Salah Diagnosis Sakit

Salah Diagnosis Sakit

Salam semua. Terima kasih admin siarkan ye. Memang tengah buntu ni…

Saya ingin meminta pendapat, saya disahkan ada kanser ketika saya mendapatkan rawatan di sebuah hsptal. Saya masuk wad sebab terlalu sakit masa tu. Saya duduk wad 16 hari, mcm2 test dktr buat. Tulang belakang saya retak jadinya dktr suspek tb dan buat test suntik bawah kulit tu tapi katanya negatif. Ambil kahak semua. Dan bermulalah mcm2 test. Berpandukan dr xray katanya saya ade mcm putih2 di bahagian rusuk dan kwsn perut saya. Mereka suspek kanser tapi setelah bermcm2 test masih tak tahu kanser apa. Mereka ada ambil sample di tekak dan dada.

Sudahnya saya dibenarkan pulang ke rumah dan disuruh pakai pendakap yg bertujuan untuk support tulang yg retak tu dan dibekalkan ubat tahan sakit shj. Sebulan kemudian dtg semula. Sakit masih sama. Malahan makin teruk. Bygkan saya dtg ke hospital, rupanya sample saya yg dh diambil sebulan tu baru dihantar 2 hari sblm tarikh appoinment saya. Jadinya hri tu saya dtg hospital hanya sia2 dan dapat sakit sahaja. Sebenarnya banyak lagi keculasan pihak hospital dlm memberi rawatan kpd saya. Maka berlarutan lah aktiviti ulang alik hospital saya dari bulan 3 ke bulan 5. Dari saya blh berjalan sdiri hingga saya tak boleh jalan disebabkan saya kena elektrik dan kaki saya kebas2. Saya ada mengadu dgn dktr situ untuk tuka hospital lain dan meminta fail2 saya untuk rujukan tapi mereka suruh tggu TCA yang lama.

Saya berjaya meminta film MRI dan xray saya shj setelah bertekak dengan doktor pada 17.5. Mereka dahla hilangkan fail2 saya. Ade yg x lengkap. Pada 21.5 saya pergi sdiri ke hospital lain dan alhamdulillah hospital kedua ni yg sy gelarkan hspital B sgt efisien. Mereka sgt teliti berbanding hospital sblm. Hanya dalan 3 hari, mereka terus mengambil spesimen tlg blkg saya dan ketumbuhan yg dikatakan kanser tu. Dan pada 5.7 saya dapat tahu rupa2nya saya kena tb spine yg dah kritikal juga. Nanah da semakin banyak dan menghancurkan tlg blkg saya dan dah menjangkit ke tulang2 yg lain. Dktr terus admit saya pada hari yg sama dan memulakan ubat tb pada saya dan menguruskan pembedahan untuk saya. Malahan pendakap yg hospital lama suruh pakai tu adalah pendakap yg salah dan memburukkan lagi keadaan tulang saya sebab ia tidak support tulang yg retak itu. Dahla saya beli sendiri dan cara memakai pon dktr salah ajar. Harganya mahal lbh rm500.

Menurut dktr hospital B, keadaan kaki saya yg lemah dan tlg blkg yg da hancur ni boleh dirawat jika awal.diketahui. Tak perlukan pembedahan hanya makan ubat tb. Tapi disebabkan hospital lama tidak membuat pemeriksaan dengan betul dan mendiagnosis saya kena kanser , jadinya saya terlambat mendapat rawatan yg sepatutnya. Pembedahan tak dpt dibuat kerana risiko sgt tggi, sya boleh lumpuh, kehilangan darah dan lain2. Ini kerana, kawasan pembedahan dekat dengan jantung paru2. Dktr akan membuang rusuk saya sebatang dan tulang yg hancur. Ia major operation yg berisiko tggi. Dktr hospital B sgt jujur. Beliau memberi option kedua dimana saya perlu makan ubat tb selama 9 bln ke atas dan memakai pendakap bdn yg akan menolak kembali tlg blkg saya. Tapi tu lah saya kena menghadap sakit lagi selama 9 bulan. Allah.

Persoalan saya sekarang, boleh ke saya nk saman hospital lama saya yg salah diagnosis sakit saya tu. Saya hidup selama 4 bln memikirkan saya akan mati sebab dktr kata saya ada kanser tahap 4. Suami saya banyak berkorban kerja sehingga mengggangu prestasi kerja, saya seperti sakit jiwa serabut disebabkan saya disahkan ada kanser. Kehilangan kerja, lambat mendapat rawtan yang sepatutnya sehingga keadaan kesihatan semakin merosot. Saya amat terkesan dan kecewa dengan hospital lama saya. Boleh ke saya nk saman atau mengambil sebarang tindakan terhdp hospital lama ? Kerana dalam report mereka pon menyatakan saya ada sel2 kanser.

Terima kasih kerana memberi pendapat anda.

Saya minta maaf kalau ayat saya mcm tak betul. Saya tengah buntu.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit