Salah ke Kalau Tak Putih?

Assalamualaikum…

ni apa yang berlaku pada saya petang tadi. Sedang saya berjalan-jalan di gerai2 jualan di mall. saya tertarik untuk singgah satu gerai ni yang jual produk kecantikan. main produk dia produk pemutih. yang tauke jaga kedai tu ada sambil dukung baby dia yang ke 2, dalam 5 bulan cam tu. sedang anak dia yang no 1 (1 tahun lebih) main2 kat belakang kedai.

akak tu cuba meyakinkan aku untuk beli satu produk ni. harganya mak-oi-mahal. satu kotak dalam 120. tu pun harga offer. iyelah, sekarang ni dah macam trending plak produk pemutihan ni dalam kalangan remaja. akak tu cuba meyakinkan aku untuk beli produk ni. tak pasal2 dia bandingkan anak2 dia dari segi kulit.

katanya, anak pertama dia x makan produk ni. pastu dia dapat anak no 1 yang kulit agak gelap. memanglah, dah ayah dia gelap. siap kata menyesal tak makan produk ni time mengandung anak 1st.

pastu time mengandung anak ke-2, dia cuba makan produk tersebut. last2 anak yang ke-2 dia memang agak cerah kulit sedikit berbanding anak pertama. yang aku tak leh terima, dia kata " akak bersyukur, alhamdulillah anak akak yang ke-2 ni putih, x macam no-1 tu" sambil buat gaya muka.

aku tersentap. akak ni lebih mementingkan dapat anak yang comel je ke. tau tak yang dia patut bersyukur ialah anak dia sihat walafiat. setiap anak ada kelebihan tersendiri. janganlah menghina makhluk yang diciptakan Allah. (anak sendiri kot).

satu lagi, kita selalunya mengagungkan mereka2 yang berkulit cerah ni. asal cerah je cantik. sampai yang kulit gelap pun kita hina n rendahkan. kadang2 makcik or sedara2 suka membandingkan apa yang Allah ciptakan. astaghfirullah, busuknya hati kita ini. bukankan Allah itu maha adil? dan dia menyempurnakan ciptaanNya dalam bentuk yang sebaik-baiknya. janganlah kita memandang seseorang melalui rupa, nilailah melalui hati.

– farh

Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->

Click Here

71 Comments

  1. Ala..saya dah biasa da..masa kecik2 dulu saya gemok..hitam lagi..cikgu pun kutuk. Siap cikgu muzik saya dulu jengil mata tengok saya. Cakap saya makan banyak sebab tu gemok pastu hitam. Cikgu lain pun sama..kalau budak comel masa tulis autograf tu siap tulis sayang..kalau saya nama ja. Its okay. Nasib baik Allah swt bg kelebihan saya agak pandai dalam belajar. Dapat no 1 sampai 4 je dalam ranking ms sekolah. Bila masuk sekolah menengah pun sama.yang cerah diagung. Saya ni siap masa program kakak angkat adik angkat..yg kena amik saya adik angkat tu buat muka terpaksa je. Segan nak mengaku adik angkat ngan kawan-kawan. Yang cun..yg cerah semua berebut-rebut nak buat jd adik angkat. Cikgu lelaki ada gak la yang sindir-sindir.

    Lastly masuk form4 saya masuk sekolah sains..tak tau lah nape makin hari makin cerah jd kulit. Masuk uni busy kot jd slim dah banding zaman sekolah. Barulah orang pandang xde kutuk2 dah cm dulu. Siap ada yg anta surat la..mesej la nak jd adik angkatlah..abang angkatlah.

    Ntahla..sometimes orang kita cakap je xnak diskriminasi..tp itu hakikat yang kena telan.

    Skg saya ada anak perempuan..sorang cerah sorang agak gelap pun semua dok banding2kankeduanya. Kadang2 panas je hati. Tapi lantak lah. Dalam kubur Allah tak tanya pun cerah ke gelap. Bagi saya, kt jaga solat..jaga akhlak..kita tetap akan nampak cantik pd mereka yang nilai kita dengan iman bukan dengan nafsu.

    #justsharing
    #untukpengajaran
    #untukperingatandirisendiri

  2. Hahaha jgn akak ni jd mak yg berat sebelah mcm confession2 sblum sudah la, ciri2 tu dh ada sbb suka banding2 kn anak die sorang putih la, sorang gelap lah..

  3. Pade aku warna kulit tu sentiasa cerah kalau hati baik…. Giiiiihhhhttteeewww!!!
    Bile hati baik, percakapan baik, walau kulit hitam bak taya keta pun, orang suka dan sayang. Tapi tak dinafikan sebelum org nak suka tu banyakla dugaannya. Must stay positive ^.^

  4. Mse lhir..prents ak ckp cm ank bngla ak ni..tp lma2 ok je..lek je..dh tua nt xde pon org ksah cerah ke x..org pndng kau ad kerjaya ke x..didikan kt ank2..haa..so chill je..salu kne igt hdup ni pnjman..nt sumenye ak d soal

    • Ugly =/= hitam
      Hangpa kalau perangai mcm smpah automatic ugliest. Tapi klau hang layan orang baik2 org lain akan nampak hang hensem/cantik. Klau betul la yg putih je ade jodoh habis tu yg kulit gelap tu xkan single forever? Jodoh di tangan Allah k ;)

  5. Hahaha… Mse aq kecik sume org ejek aq كليع.. Mmg hitam sgt muke aq mse tu… Now aq xde laa cm taksub sgtt nk putih2 ni… Cume pkai skincare dot dot.. Tu pon murah jek… Yg aq pelik,tgn aq yg hitam dulu pon da cerah.. Smpai kan baru2 ni aq blk kg, kakak aq yg gebu gebas tu tegur aq “apesal ko makin putih skg” hahaha… Dye jeles laa tu sbb aq semakin putih.. Mgkin sbb aq da lme xjmpe matahari.. G kje blk kje xjmpe matahri terik.. Hahaha..

  6. Aq blh judge rupa org tu 1 kali pandang je. Bila tgk lama2 muka semua org sama ada hidung, kepala buang kulit nampak tengkorak. Kalau aq punya ada sinusitis so x ray kpla aq x berapa cantik

    Ok aq merapu bye.. nite sorry peaceee

  7. Hrga promosi? Sekotak rm120? Mcm perla king je. Huhuhu….sepatutnya bersyukur la Mak Cik tu dpt anak yg shat. X ksh la hitam ke putih. Yg pntg, hati kna baik. Baru lah terbaek!… Boboiboy! Jahahahhha….

  8. Kalau pegi overseas, matsalleh/minahsalleh semua suka skin tanned/darker sb katanye kalau white skin means u’ve got no colour. Sb tu depa bersusah payah nak sunbathing bagai. Unless kalau pegi overseas kat korea tu mmg depa obses la putih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *