Salah Serba Salah

Salah Serba Salah

Assalamualaikum. Jika sudi disiarkan, alhamdulillah. Terima kasih admin. Aku seorang yang mana pengalamanku, jika disamakan dengan umur manusia, masih gagap mengeja di prasekolah. Begitulah mentahnya aku di dunia pendidikan. Aku nak kongsi beberapa dilema aku selama aku mengajar ni. Dilema yang juga dihadapi rakan-rakan guru lain. Maka, bismillah..

Junior VS Senior

Aku okay je dgn semua senior aku. Just this one particular lady. Mungkin kerana lidahku tak bergula-gula atau kerana pendekatan dalam pengajaran yang contradict? Cara dia, murid harus senyap dan tertib adalah wajib. Cara aku, games dan positive noise are highly encouraged. Mungkin murid lebih enjoy situasi dalam PdP bersama aku. Mungkin. Aku sendiri tidak pasti bagaimana aku boleh dibenci. Cepat sahaja dia point out salah kami. Bagi aku ini bukanlah masalah yang besar mana. Aku suka setiap hari dilayan like s***t. Said no one ever. Aku ni jenis tak kisah jawatan, asalkan kau lebih tua, aku hormat. Tapi kalau dibentak dan ditengking depan anak murid oleh ‘beliau’ atas isu yang unreasonable, aku rasa kau tak berhak menerima rasa hormat. Not once tapi dah berkali-kali. Diperlekehkan depan other teachers. Padahal time ‘beliau’ lambat masuk kelas dan murid sibuk meminta aku menggantikan ‘beliau’, aku back up dia dengan white lies asalkan imejnya dan guru in general tidak kotor di mata murid. Mungkin juga ‘beliau’ membenci aku kerana murid-murid yang selalu mengingatkan ‘beliau’ bahawa waktu subjeknya sudah habis dan seterusnya adalah waktu aku. Mungkin ‘beliau’ terasa. Mungkin. Tapi layak ke aku diperlakukan dgn teruk?
Nasib baiklah aku ni species Let It Go aka jiwa pasrah semedang.

Undo Bad Habits

Normal if we humans ada bad habits. Di sekolah kau bayangkanlah dengan beratus-ratus entiti. Bermacam ragam. Berlainan karakter. Part of our job scope is mainly educational tapi hati nurani kita takkan sanggup tinggalkan murid unattended dengan soul development dorg. Jari tengah, gesture lucah, maki hamun dan punch/kick adalah makanan aku setiap hari. These rudeness if kita heart to heart talk dengan bebudak ni..they will expose psl habit family dorg. Aku berani jamin 80% of kids yg biasa mencarut, dapat vocabularies tu dari rumah. Cara aku counter biasanya the classic dosa pahala preach for tahap 1 dan 2 mins on wall squat for tahap 2 to reflect on their rudeness. But dengan society and rules nowadays, aku rasa tangan ni terikat. Aku dah cuba teknik zero hukuman ni since awal tahun 2018, honestly aku rasa jiwa aku literally dying.

Family Secrets

Aku bukan jenis cikgu yg nosy gila tanya pasal family bebudak. Biasanya murid-murid aku yang buka mulut. Kadang ternganga jugak aku dibuatnya. Jenuh suruh dorg diam or simpan secrets family but they keep coming sbb dorg takde siapa yg boleh diluahkan masalah dorg.
“Sy rindu mak sy. Mak sy kawin sabtu ni tapi Ayah tak bagi sy jumpa Mak.”
Kes parents divorce but hubungan tak baik.
“Smlm sy tgk ada org wassap sayang-sayang kat mummy sy.”
Kes budak thp 1 terbaca wassap ibunya and she was furious.
“Teacher ada ayah lagi? Sy takde.”
Kes bapa baran and ank baru lepas kena pukul.
“Sy tumbuk dia sebab dia ejek mama.”
Kes ibu penagih dan di penjara, ank jd mangsa keadaan
“Teacher boleh tak nak peluk?”
Kes budak yg ibunya meninggal tahun dia ambil UPSR, 2 minggu selepas ayahku meninggal dunia
“Ibu dengan ayah belum kawin”
Kes ibu bersekedudukan dengan boyfriend aka ayah kpd murid
Ada banyak kes aku nampak sendiri yang budak-budak ni helpless. Their souls are crying out for help tapi tak tahu nak kongsi burden tu dengan siapa..nak percaya siapa..too much stress utk budak-budak primary school. Setiap kali dorg nk cerita, aku cadangkan siap2 kaunselor sekolah. They refuse. Kadang aku bagi alasan aku sibuk. Most of the time, ada je cara dorg curi2 masa nk cerita jgk problem dorg. Mungkin dorg lebih selesa dengan guru yg mengajar dorg. Tapi aku jadi tersepit tengah-tengah sebab aku sebenarnya tak nak dengar pasal semua tu sebab aku pun manusia biasa. Kadang bila aku nampak parents murid tu aku jadi awkward sebab aku dah tau aib dia tanpa sengaja.

Sekian luahan rasa. Luahan santai. Mohon beri cadangan bernas. Yg tak bernas lagi negatif simpan elok-elok, jgn tunjuk kat orang. Malu.

– Teacher

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments