Schizophrenia – Bukan Ini Yang Diminta

Schizophrenia – Bukan Ini Yang Diminta

Terima kasih admin sudi siarkan luahan saya..Tak siapa pernah sangka,ibu akan diuji dengan penyakit schizophrenia. Mulanya hanya dengan memakan makanan yang di kasi oleh jiran kami,warga asing. Sebelum2 ni,tak pernah ibu macam ni. Ibu selalu memuji jiran sebelah. Pelik kami melihat perubahan ibu. Kemuncaknya bila jiran beri ibu hadiah kain sari. Abi rasa tak sedap hati, jadi abi larang ibu terima apa2 pon dari jiran. Semenjak tu,ibu jadi tidak tentu arah. Katanya dia selalu mendengar dari rumah jiran,suara wanita kene dera,dengar jiran merancang menculik adik yang sekolah asrama dan macam2 lagi. Bayangkan,hari2 ibu menangis. Rumah da tak terurus. Oh ye,sejak abi larang,kami terima jugak makanan untuk jaga hati jiran,cuma kasi ke kucing. Tapi kucing tak nak makan,tak taw kenapa. Nasi arab dengan potongan ayam yang besar2.

Masa tu saya dan kakak baru start keje. Stress sangat. Yela,siapa sanggup tengok ibu sendiri selalu menangis?Sebabkan ibu tak tahan dengar macam2,ibu selalu minta balik kampung. Bayangkan balik kerje,terus gerak balik. Lepas hantar ibu,balik semula ke rumah sebab esoknye kerje lagi. Perjalanan pergi balik kampung hampir 8jam lebih. Dalam sebulan,4-5 kali ulang alik dari kampung.

Dipendekkan cerita,lepas berubat dekat darul syifa, ustaz sendiri sarankan ibu jumpe doktor. Time tula,doktor diagnos ibu kene schizophrenia. Kemuncak penyakit ibu,bila dia bercakap sorang2,dia tak mengaku abi suami dia,dia dah kawen dengan jiran tu. Malam2 dia biarkan pintu rumah terbuka luas,kadang2 jerit marah suara yang dia dengar. Dia pernah pukul abi tengah makan,menggunakan iron board. Dia pernah cuba pukul saya dengan getah paip tapi mujur abi sempat halang.

Saya ingat kejadian malam tu. Pak cik seolah2 paksa bawa ibu berubat dengan seorang ustaz. Abi terpaksa turutkan. Sampai kat depan rumah ustaz,ibu mula mengamuk. Ustaz tu sendiri tak berani dekati ibu. Last2 ustaz cakap dia nak scan abi dulu. Masa tu,saya dan adik teman ibu kat luar. Tetibe ibu jalan,saya cuba halang tapi ibu ugut,kalau saya halang dia akan pukul dengan batang kayu yang dia kutip. Saya suruh adik panggil abi sementara saya ekori ibu.

“Ibu..ibu..ibu nak pergi mana?janganlah macam ni”. Rayu saya. Saya takut. Kat tempat asing,tengah malam tepi jalan. Kalau apa2 jadi pada kami berdua,pada siapa saya nak minta tolong?saya tak bawak hp..saya pegang tangan ibu,halang dia. Ibu pukul2 dengan kayu. “Kau jangan halang aku,nanti aku tolak kau masuk longkang!”. Saya mula menangis. Sampai hati ibu. Tapi saya taw ibu tak sedar apa dia cakap. Tetibe abi muncul dengan kereta,puas pujuk ibu naik,akhirnye mau juga. Saya tak berhenti menangis lagi,abi sangka ibu pukul dengan kuat. Tak..ibu tak pukul kuat..

Pagi tu,abi tekad masukkan ibu ke hospital. Kene tahan pon takpe,sebab ibu makin mengganas. Mula2 hospital attendant datang,abi nasihatkan hati2. Masa tu saya sorang dalam rumah. Ibu da kunci pintu awal2 masa abi keluar nak panggil dorang. Tapi dorang cakap takpe bole handle. Bila ibu start mengamuk,barulah dorang mengalah,minta bantuan polis. Ye,doktor ade keluarkan surat,jika ibu mengamuk boleh minta bantuan polis.

Masa tu saya takut sangat. Saya menyorok dalam bilik depan. Ibu tengah marah2 pergi ke dapur,saya keluar senyap2. Polis serbu dalam rumah. 6 orang lelaki. Saya dengar ibu menjerit minta tolong. Ibu marah2. Luluh hati saya dengar ibu menangis. Saya tak kuat nak berdiri, terjelopok tepi longkang sambil menangis. Hanya mampu lihat ibu dibawa pergi oleh polis. Abi dekati saya. “Abi minta maaf..sebab abi sayang ibu,abi terpaksa buat macam ni”. Kosong. Saya rasa kosong sangat.

Sampai kat hospital,saya cari ibu. Dia tengah duduk di tempat menunggu. Sebelahnya ada polis berdiri. Saya dekati ibu. Tangannya bergulung dengan tuala. Disebalik tuala tu,saya nampak gari!ye,gari..tak pernah terbayang dalam hidup saya ibu akan bergari. Saya lihat kakinya pula. Tidak berkasut. Saya pandang ibu. Air matanya mengalir. Saya sapu dengan tangan. Saya juga menangis.

2 tahun dah berlalu. Walaupun 2 tahun saya tak kerja. Walaupun lepas ibu ok sikit, abi pulak jatuh sakit..Alhamdulillah,dua2 da sihat sekarang. Walaupun doktor cakap ibu terpaksa bergantung ubat sepanjang hidup tapi saya percaya kesembuhan itu kuasa Allah. Ubat hanya perantaraan. Cuma saya terkilan. Masa arwah nenek meninggal, ibu baru beberapa minggu keluar hospital. Masa ibu dekati arwah nenek untuk kucup kali terakhir, ibu tak dapat kawal emosi dan menangis terjelopok. Depan mata saya,sorang mak cik buat isyarat gila bila kawannya tanya kenapa tu?saya geram. Salahkah ibu sedih sebab orang tersayang meninggal dunia?dan bukan ibu minta pon penyakit dia tu. Masa ibu dalam proses nak pulih, selain makan ubat, saya bagi ibu dengar ceramah2 agama. Tiap malam pasangkan bacaan ayat suci alquran. Saya tak kasi ibu termenung. Peluk ibu hari2,cuba selami apa yang dia fikir. Disamping tu,doakan ibu hari2.

Kadang2 saya sendiri depress. Pernah terfikir untuk membunuh diri. Orang mengata saya tak kawen&tak kerja,kawan perlekehkan saya complicated memilih kerja. Hakikatnya,tiada siapa faham apa saya lalui. Memang ibu da sihat tapi dia selalu cakap “kakak tak payahla kerja&kawen. Teman ibu kat rumah. Ibu sunyi”. Ikutkan hati saya ok je. Saya tak nak penyakitnya datang kembali. Tapi saya ade komitmen pinjaman pelajaran. Saya malu ibu&abi tolong bayarkan. Makan minum pon ditanggung lagi. Saya pujuk hati. Takpe,ade hikmah semua ni. Allah nak kasi sesuatu buat saya. Mungkin ini juga cara Allah ampunkan dosa2 saya.

Satu saya minta,janganlah perlekehkan orang yang mengalami masalah kesihatan mental. Kita tak sedar,dengan hanya 1 perkataan memungkin dia terbunuh atau membunuh. Saya selalu baca orang kata hati tisu,mengada,balasan tuhan&sebagainya. Ingatlah,masing2 ade ujian tersendiri,dan tak siapa minta sedemikian..kalau tak mampu kata baik2,lebih baik diam&doakan baik2. Pengalaman saya, sokongan moral&kata2 positif sangat diperlukan disamping doa mohon kesembuhan. Moga kita semua tabah hadapi ujian hidup.

– Jazz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments