Sebagai Abang

Assalamualaikum, admin. Aku tak tahu samaada admin akan approvekan atau tak, tapi kalau diapprove, aku nak ucap terima kasih. Aku nak luahkan pasal adik aku.

Aku ada 2 adik perempuan, berumur 19 dan 22. Diorang berdua ni, memang parents aku manjakan. Parents aku tak pernah sentuh, walaupun cubit. Tak macam aku dengan abang aku, tak jemur baju pun kena cubit. Tapi tak kisah pun, anak jantan kan..

Adik-adik aku tak pernah buat masalah, diorang jenis yang mendengar kata, jaga solat, jaga batas. diorang berdua sekolah agama dan bila masuk menengah, parents masukkan ke sekolah perempuan.

Memang parents aku kawal ketat, tak bagi keluar. Aku rasa, first time diorang tengok wayang, masa tahun lepas. Masa diorang umur 18 and 21. Itu lah first time ibu aku benarkan diorang keluar, itupun dengan aku.

Kalau diorang nak keluar dengan kawan, memang ibu aku tak bagi, melainkan time tusyen. So baru-baru ni tempat tusyen diorang tu ada panggil untuk buat reunion dengan ex student diorang. Reunion ni buat kat area kuala selangor and kena menginap sana 2 hari.

So adik-adik aku ni nak pergi, dia pujuk parents aku supaya benarkan diorang pergi kesana. Diorang cakap, dekat sana nanti duduk dengan perempuan. Bukannya campur-campur dalam 1 homestay. Okey, parents aku bagi diorang pergi.

Bila dah 2 hari kat sana, and dah balik sini. Aku perasan adik aku yang 22 tu perangai macam lain, selalu berkurung dalam bilik. Asik pegang phone, and then senyum-senyum. So aku siasat, tanya adik aku yang bongsu. Kenapa kakak lain ? Dia cakap, kawan kepada kawan tusyen kakak, suka dekat kakak. Tu yang bagi no phone, and then laki tu mesej2 laa.

Okey, aku pun tak kata apa laa sebab umur dia pun dah 22. Tapi hari ke hari, dia dah tak banyak bercakap, lepas makan masuk bilik. Pastu duk otp sampai pukul 12 bagai. Perangai dia berubah.

1 hari tu, sepupu kami ajak diorang pergi jalan-jalan kat area kl. Parents aku benarkan, sebab keluar dengan sepupu kan. So diorang pun pergi, aku memang rasa ada something wrong ni. Tapi aku diamkan je.

Aku pergi laa kat mall yang diorang nak pergi tu, aku memang terkejut, tengok-tengok laki tu ada. Means, adik and sepupu aku keluar jumpa laki tu sekali. Okey start ni memang aku mulakan siasatan. Aku tanya adik bongsu aku, nama dia Niel.

Long story short, aku pun dapat laa fb dia. Aku add apa semua, aku tengok memang lelaki ni jenis social. Pura-pura baik, berjubah, berkopiah depan adik aku. Ohh, adik aku add fb fake laki tu ya. Aku dapat real fb dia, dia tak guna nama betul on real fb. Macam mana aku dapat ? By phone number dia.

So aku tengok, dia jenis minum arak, merokok. Tak solat, (masa kuar ke mall tu, adik bongsu cakap dia tak solat). Aku kumpul semua gambar, aku whatsapp niel, and warning dia. If dia dekat lagi dengan adik aku, memang aku ngan abang aku akan face to face dengan dia.

Bila aku dah hantar tu, dia bagitau kat adik aku pasal warning tu. And kelmarin, adik aku marah-marah aku. Cakap, tak perlu nak kawal dia lagi dah. Umur dia dah 22, dia rimas aku ni asik kawal, asik follow dia mana dia pergi. Masa ni memang kitorang gaduh teruk, tak pernah gaduh seteruk ni.

So aku dah tak tahan sangat, aku tunjuk semua bukti yang aku simpan. Gambar dia merokok, and then pegang botol arak. And niel ni macam join group skinhead. If tengok real fb dia, memang scary.

Bila aku dah tunjuk semuanya, barulah dia terdiam. And terus masuk bilik, dan tadi dia minta maaf dengan aku semua. Aku cakap dekat dia,

“Kitorang sebagai abang-abang ni, ada hak nak tau mana korang pergi, dengan siapa berkawan. Korang tanggung jawan angah dengan along, kalau kawan dengan orang baik, kitorang tak kisah. Ni kawan dengan budak skinhead, minum arak apa semua, takkan abang2 nak diam ? Kitorang buat sebab sayang. Kalau tak sayang, dah lama angah dengan along biar je korang. Tapi sebab sayang ni laa, kitorang pergi follow, pergi temankan korang sana sini.”

Alhamdulillah, dia sedar. And dah tinggalkan laki tu, block his number, delete all the photos. And semua yang berkaitan dengan lelaki tu, dia dah buang.

Salah ke aku sebagai abang jaga adik aku ? Atau aku yang terlampai risaukan dia ? Aku tak manjakan dia, yang mana salah aku tegur. Diorang pun pandai cari duit sendiri, cumanya yang aku kawal adalah bab pergaulan, aku taknak adik-adik aku terjerumus dalam benda yang bukan-bukan.

Dalam kalangan umur diorang ni, memang mudah dipengaruhi oleh kawan, sekeliling and media social pun boleh pengaruh minda diorang.

Adik-adik yang ada abang yang sama perangai macam aku ni, jangan lah marah and rimas. Kitorang sebagai abang just risau and taknak adik-adik kitorang terpengaruh untuk buat perkara yang keji.

Kerana kami risau laa, kami sanggup korbankan masa bahkan nyawa sekali pun kami sanggup korbankan.

Terima kasih, Assalamualaikum.

– Far, Abang Over.

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *