Sedih dan Terkilan

Assalamualaikum. Terima kasih.

Sebelum aku mulakan confession.. aku teringin nak tanya, korang masih ingat lagu ini? Atau mungkin pernah dengar?

“Bagaikan bintang, berkelipan di waktu malam.
Bagaikan lilin di penjuru jalan.
Bagaikan ombak kecil di lautan luas berenang ke tepian.
Bagaikan mentari disebalik awan, menyerikan alam menghidupkan bumi ini.”

Ini lirik lagu ‘Suara’ yang di nyanyi kan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2001 diterbitkan oleh KFC. Dah berbelas tahun pon berlalu tapi aku masih ingat bait lagu ni. Sebab apa?

Sebab aku rasa sayu, lagu ni mewakili suara kami anak kecil masa tu (aku 91liners).. ingat lagi part korus lagu tu? Aku terlalu rindu perasaan macam tu. Perasaan minta suara di dengari. Perasaan minta tolong fahami. “Kami anak bangsamu. Suara hari esok nanti!” Tolong dengar suara kami! Tolong jangan lupa, kami sebagai ‘generasi akan datang’. PERASAAN TOLONG JAGA KAMI, JANGAN BIAR KAMI LALAI HANYUT.

Tapi itu zaman 2001. Kanak-kanak zaman tu dah besar pon, dah cipta macam-macam teknologi, dah berkeluarga, beranak pinak.

Cuma aku rasa sedih yang teramat tengok anak-anak bangsa sekarang. Kamu yang bernama anak bangsa Malaysia. Aku bukan kisah kamu dari negeri mana.

Macam-macam cerita keluar pasal budak-budak sekarang. Kadang-kadang benda merepek yang diikut, kadang-kadang yang bahaya yang membunuh orang tu yang dibuat.

Terus terang, aku buat confession ni bukan nak menuding jari. Kalau menuding jari, tu bukan confession. Aku nak mengadu kat sini, supaya moga-moga ada nasihat yang lebih baik, moga-moga mana yang tak betul tu di betulkan.

Aku rindu zaman kita dulu. Zaman tanam azam besar bukan main, zaman tak nak kalah, zaman jatuh bangkit sama-sama. Budak-budak sekarang aku rasa kosong sangat dengan peringatan nilai-nilai murni. TV pon dah jarang buat kempen nilai-nilai murni macam dulu. Kempen ‘Senyum dan Terima Kasih’, aku suka kempen ni.

Nak cakap banyak pon tak boleh sebab generasi sezaman/sebelum aku pon antara penyebab kerosakan generasi sekarang. Sebab tu aku tak nak tuding jari. Sesama kita pon faktor penyebab sebenarnya. Cuma aku betul-betul rindu perasaan zaman tu, kalau lah budak-budak sekarang dapat rasa apa yang aku rasa dulu.

Perasaan..
“Kami nak buat sendiri, tapi jangan biar kami buat salah.”
Tolong lah buat semua, kembalikan manisnya zaman dulu. Memang betul mustahil sebab zaman berubah. Tapi, nilai-nilai murni, pengajaran yang baik itu kan berterusan.

Jom lah kita kongsi rasa bertanggungjawab sama-sama dalam membentuk generasi akan datang tak kira la dari zaman mana pon kau berasal.

Even sampai sekarang aku still nak nyanyi lagu tu sebab macam tak dengar je dari dulu. Haha

– Aku yang muda tua

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit