Sekolah Menengah Berasrama vs Sekolah Harian

Sekolah Menengah Berasrama vs Sekolah Harian

Assalamualaikum admin. Terima kasih kerana siarkan pandangan saya mengenai kenapa ibu bapa nak anak masuk sekolah menengah berasrama berbanding sekolah harian, dan juga beberapa cadangan penambahbaikan untuk pelajar sekolah rendah.

Ini adalah pandangan peribadi saya mengenai beza kehidupan di sekolah berasrama berbanding sekolah harian.

Di sekolah asrama, kurang pendedahan kepada anasir luar kerana kehidupan anak2 berkisar dalam lingkungan pagar sekolah saja. Kebenaran keluar ke bandar ialah pada hari sabtu 2 minggu sekali berselang seli antara pelajar lelaki & perempuan. Jadual waktu belajar yang tersusun iaitu semasa kelas prep petang & malam. Pengaruh rakan sebaya utk belajar bila tengok kawan2 lain belajar. Cukup solat 5 waktu kerana dimestikan solat di surau.

Di sekolah harian, kedua2 ibu bapa yang bekerja risau keselamatan anak dalam perjalanan pergi & balik sekolah dan semasa tinggal berseorangan di rumah. Walaupun anak-anak di rumah diawasi ibu yang menjadi suri rumah, masih risau jika anak ponteng sekolah atau menipu dengan mengatakan menghadiri aktiviti di sekolah tetapi sebaliknya terlibat dengan gejala tak sihat. Ibu bapa kena sentiasa awasi & ingatkan anak2 dari segi belajar, solat & pergaulan dengan kawan2. Paling mencabar ialah apabila anak2 minta untuk keluar dengan kawan2. Ibu bapa kena pastikan dengan siapa, pergi mana, buat ape, mematuhi tempoh masa yang ditetapkan.

Cadangan:
a) Transit/pusat jagaan harian untuk anak2 sekolah menengah di mana anak2 akan diawasi dari segi buat kerja rumah/ulangkaji & solat. Boleh juga tawarkan tuisyen, mengaji al-Quran atau hafazan. Dapat penuhi keperluan ibu bapa yang kedua2nya bekerja.
b) Anak2 terlibat dengan gejala tak sihat kerana banyak masa lapang dan tenaga. Penuhi masa & salurkan tenaga anak2 dengan aktiviti seperti riadah, seni pertahanan diri, keagamaan, berpersatuan, sukarelawan, muzik, hobi.

Pendekatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini untuk mengurangkan tekanan kepada pelajar UPSR adalah langkah yang baik. Berikut adalah cadangan tambahan untuk pelajar sekolah rendah:
1. Kurangkan peperiksaan dari 4 kali setahun ke 2 kali setahun bagi tahun 4-6 dan 1 kali setahun bagi tahun 1-3. Di universiti, tidak boleh buat silap kerana keputusan peperiksaan akan diambil kira dari mula sampai akhir & akan digunakan untuk memasuki alam pekerjaan. Di alam pekerjaan, jika buat silap, boleh diberhentikan kerja. Apabila dewasa, kehidupan menjadi serius & ruang untuk buat silap adalah sikit kerana ada tanggungjawab kepada keluarga, pekerjaan dan masyarakat. Beri peluang untuk anak2 sedikit relaks & “merasa untuk buat silap” di sekolah rendah. Ibarat berlari jarak jauh, jika dari mula dah pecut, di pertengahan jalan dah penat. Jika dari mula anak2 dah berusaha terlalu keras, dibimbangi boleh jadi terlalu letih.
2. Untuk atasi kurang dari segi kebolehan memberikan pendapat sendiri, peruntukkan 10-15 minit semasa subjek bahasa melayu & bahasa inggeris untuk seorang pelajar bercakap di hadapan kawan2 sekelas, di mana seorang pelajar dapat peluang 2 kali setahun untuk setiap bahasa.
3. Pupuk kepimpinan dalam semua pelajar dengan pastikan semua bergiat aktif & bukan hanya segelintir sahaja. Pecahkan ahli kepada beberapa kumpulan kecil di mana setiap kumpulan akan buat 1 atau 2 aktiviti dari merancang sampai melaksana.

Pandangan di atas adalah berdasarkan pengalaman hidup & pemerhatian saya yang terbatas. Jika ada perbezaan pendapat yang menyinggung mana-mana pihak, saya ingin memohon maaf. Terima kasih.

– Insan di bumi Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments