Selalu Kena Bahan

Selalu Kena Bahan

Assalamualaikum, aku Ayu. Aku tulis confession ni sbb aku teringat kisah lama aku. Aku seorang yang clumsy, socially awkward dan jenis cepat panic. Keadaan aku mcm ni menyebabkan ramai kawan2 suka bahan aku ketawakan aku. Kadang2 kwn2 aku suka cerita perihal aku, dan biasanya cerita pasal aku ditokok tambah. Byk peristiwa aku kena bahan tapi ade satu aku nak cerita sbb dia ni “kwn baik” aku yg tiba2 tiga hari lepas wassap aku nama dia Sya (bukan nama sbnr)

Aku berkawan dgn sorg lelaki ni nama dia adi (bkn nama betul). Hanya kawan. Aku tak ada perasaan langsung dengan adi ni. Walaupun semua org ckp dia ada rupa tapi aku mmg xde perasaan langsung dgn dia. Aku sedar aku xde rupa, x cantik so mmg xde la aku nak suka dgn org hensem2 ni. Aku berkawan dgn dia sbb aku suka hasil kerja dia dan dia sendiri mmg selalu ajak aku satu group dgn dia sbb aku buat part kerja yg dia x suka nak buat tp aku suka part tu. Jadi sbb tu kami selalu satu group. Ada satu hari kwn baik aku (sya) sendiri buat rumors yg kononnya aku suka kat si adi ni. Aku diamkan je sbb aku mcm x kisah. Satu hari aku tertumpahkan makanan dkat kertas assignment aku, dan sya dan yg lain gelak2 kan aku dan ckp dgn semua org kt situ yg aku nervous sbb ade adi kat sblh aku. Padahal bkn sya ni x tau yg aku mmg jenis clumsy dan dia sbnrnye tau yg aku takde suka pun dgn Adi ni. Then, aku rasa si Adi ni malu dan lepas dari peristiwa tu dia lgsg x ckp dgn aku. Semenjak dari peristiwa tu jugakla si Adi ni ade mengata pasal aku ckp aku ni desperate. Aku bkn kisah pasal Adi sorg ni, tp aku sakit hati dgn si sya ni yg fitnah n malukan aku dpan org ramai. Banyak lagi yang dia dah ckp pasal aku tapi aku diamkan je sbb kwn2 aku yg lain lebih percaya dan sukakan dia sbb dia ni jenis depan org mulut manis beza dgn aku yg x pandai nak ambik hati kwn. Byk kali aku tegur si Sya ni, tp mcm biasa jwpn dia “gurau” je..

Masuk alam kerja aku rasa seronok sbb fokus aku hanya pd kerja bkn pd keinginan nk berkwn. Aku dh rasa trauma nk berkwn sgt ni. Tapi lepas beberapa bulan aku kerja mak aku sakit cancer. Mula2 aku pilih nak benti tapi bos aku ckp x payah benti just ambik je cuti tanpa gaji. Bos aku ckp mcm benti jugak tapi kerja sini balik. So, aku pun okay la. Aku ambik cuti 6 bulan.

Semalam Sya wassap aku personal tanye aku buat ape skrg kerja mana. Aku ckplah aku x kerja jaga mak aku. Aku silap ckp, spatutnya aku ckp tgh cuti tp bg aku small matter so aku malas nk cerita pnjg lebar, ckp je x kerja. Aku ingatkan dia dh insaf tau2 je dkat group wssap dia tanye smua org ade x yg belum kerja lagi.. Sbb dia ada kerja then sebut nama aku, Ayu x kerja lagi kan.. Takpe ayu, aku ada kerja utk kau. Lepas tu aku reply lah, eh x pe aku belum nak kerja lagi. Then dia tanya knp, kau nak apply dekat company Y**** ke?Company tu tempat Adi kerja. Then, aku malas nak layan aku left group terus. Terus terang, aku mungkin nmpak x kisah tapi aku manusia ade hati, mcm mana x kisah pun aku masih ade perasaan. Jadi, sorry “bestfriend” aku dh hilang sabar. Aku x leh terima dh. Aku berkawan dgn kau sbb kau yg mengaku dgn aku ckp kita ni bestfriend, so dgn naifnya aku rasa gembira sbb aku dh dpt bestfried dkat uni. Aku impi nak kejar cita2 dgn kau, tapi smua tu mimpi. Aku x tau ape yg kau nak. Mcm mana pun kita ade memori. Aku tetap doakan kau bahagia. Terima kasih atas segalanya kawan.

– Ayu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit