Selamat Tinggal Mama II

Selamat Tinggal Mama II

Hai, assalamualaikum. Aku yang tulis selamat tinggal mama tu haritu. Aku nak jelaskan yang family aku dah bawak mama aku pergi macam-macam tempat dah termasuk laa Darusshifa’. Tapi hasil nya still sama. Mama makin hari makin tak larat.

Kami bukan tak ikhtiar kami selalu bawak mama pergi jumpa ustaz yang datang rawat mama dulu. Setiap hujung minggu kami akan bawak mama pergi KL. Walaupun mama tak sihat mama tetap ikut sebab aku selalu pujuk mama untuk berubat sebab aku nak mama aku sihat aku sayang mama aku. Mama selalu tak selesa dalam perjalanan nak pergi KL tu, cuba bayang kan mama yang kurus tu macam duduk atas tulang je. Sakit tak? Tinggal kulit yang membalut tulang je tinggal.

Ayah aku selalu cerita kat kawan baik dia tentang keadaan mama aku. Jadi kawan ayah aku bawak laa orang Darusshifa’ datang untuk ubatkan. Orang dari Darusshifa’ tu datang dengan kawan ayah aku petang sebab ramai pelanggan kat tempat dia jadi terpaksa laa datang lewat sikit. Masa dia datang borak kejap lepas tu dia suruh tutup tingkap semua. Jadi aku dengan kakak aku pon tutup laa tingkap dan pintu semua, rumah pon dah gelap dah masa tu sebab dia tak bagi bukak lampu. Tapi still nampak laa pasang lilin je macam tu kipas pon tak bukak tau. Orang tu start laa sesi rawatan dia tepuk belakang mama aku (berlapik ok) dengan daun apa tah aku pon tak ingat dah. Bile dia dah siap tepuk tu dia letak daun tu atas kertas putih. Dia suluh dengan lampu suluh atas kertas tu. Tahu tak kami nanpak apa? Kami nampak banyk sangat dawai yang halus yang ada dalam wayar tu. Jelas sangat nampak dan banyak sangat.

Masa orang dari Darussyifa’ tu nak balik dia tinggalkan daun yang belum dia guna tu kat ayah aku dia pesan suruh buat hari-hari. Ayah aku masa lunch je dia akan balik ambik aku dengan kakak aku sekolah lepas tu dia akan buat apa yang ustaz tu pesan. Kesian ayah, aku tahu dia pon penat sebenarnya. You are the best daddy in the world.

Mama aku lama-lama nampak macam dah ok dah sikit-sikit dah boleh berjalan tanpa bantuan orang lain. Setiap kali mama nak buang air besar je mesti tak boleh dia dah teran sekuatnya dah tapi still tak keluar cuba bayang kan 1 tahun tak berak kau rase? Berapa bulan lepastu mama sakit balik. Kami pon bawak laa dia berubat lagi.

Kami dah cuba macam-macam jenis rawatan (bukan hantar kat hospital je ok) dah berubat macam-macam tempat dah. Tapi tak ada laa yang menyimpang dari ajaran agama. Jadi kami pon seiring kan laa rawatan islam dengan rawatan moden. Kejap-kejap hospital kejap- kejap ke pusat rawatan islam. Maaf kan aku sebab tak bagitahu awal-awal yang mama aku ada buat rawatan islam masa penulisan aku yang pertama tu.

Last sekali masa mama aku meninggal kat hospital tu doktor baru sahkan dia ada kanser usus jadi selama ni selalu operate perut mama aku tak jumpa apa-apa ke? Aku selalu mimpi yang ada orang masuk kubur mama aku ambil sesuatu kat mama aku masa nak kebumikan dia haritu tpi tak silap aku abang-abang aku dengan ayah aku je ada masa nak letak mama kat dalam tanah tu.

Mama tunggu kami kat sana ye mama. Semoga mama ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman. We love you mama. Mama syurga akhirat kami. Sayang mama.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit