Selamat Tinggal Mama

Hai, ni first time aku tlis tau! So, dekat sini aku nak cerita pasal arwah mama aku. Mama aku ni seorang tukang jahit dia ni serba serbi pandai dari memasak sampai laa mengguruskan ayah aku adik beradik aku dan aku sendiri..

Masa ni aku duduk dekat Terengganu dekat daerah mane korang tak perlu tahu laa kot sebab nanti korang rase takut pulak bile datang kat situ. Aku duduk dekat flat je tepi pasar. Dekat flat tu ada 4 tingkat. Tingkat 1 sampai tingkat 3 semua pejabat tapi tak ramai mana pon yang menyewa manakala tingkat 4 pula ialah rumah, lebih kurang 10 buah rumah dan semuanya berpenghuni.

Mama aku ni dia menjahit dekat rumah je sebab dy cakap dia selesa senang nk masak, tengok tv, jaga anak dan sebagainya. Kat tingkat 1 kat rumah aku ni ade 2 buah kedai jahit, mama aku selalu laa jugak singgah dekat kedai tu lepas ambik aku dari sekolah. Sorang tu aku panggil Mak Cik Ida yang sorang lagi tu Mak Cik Ni (ofc laa dua-dua ni bukan nama sebenar)

Masa 2013 Mak Cik Ni dh tutup kedai dia dah jadi tinggal laa Mak Cik Ida ni je dekat tinggkat 1 tu. Mak Cik Ni ada anak kecik jadi dia dah tak larat nak bukak kedai dah jadi dia menjahit dekat rumah je. Mak Cik Ni selalu jugak laa datang rumah jual ikan bilis dekat mama aku sebab kat kawasan tu susah nak cari ikan bilis, ada yg mahal tapi tak cantik jadi mama aku selalu laa beli dengan Mak Cik Ni. Jadi bila-bila mama aku nak ikan bilis mama akan call dia suruh datang rumah bawak ikan bilis dan biasanya dia akan datang datang hari Sabtu sebab kat Terengganu kan dah cuti kalau hari Sabtu tu. Kalau dia datang ayah aku adik beradik aku semua ade kat rumah sebab cuti kan.

Ada suatu hari dia datang rumah tak bagi tahu mama aku pon(apa dia ingat nak buat suprisw ke kat ma aku?). Masa dia datang tu kami adik beradik tengah sekolah dan mama aku kat rumah jaga nenek dengan atuk aku sebab atuk aku kene buat check up kat hospital sebab dia jatuh motor dan dia lost memory dia. Mama aku tangah masak dengan nenek aku kat dapur atuk aku pulak tidur atas katil kat ruang tamu.

Guess what? Mak Cik Ni dia masuk rumah aku tanpa bagi salam dan berlegar-legar dengan senang hatinya di ruang tamu rumah aku. Lepas mama aku habis masak dia macam ternampak kelibat orang kat ruang tamu tu jadi dia ajak nenek aku pergi depan. Mama aku terkejut laa sebab nampak Mak Cik Ni kat dalam rumah aku tpu mak aku kawal je riak muka dia(takkan nak halau pulak kan?). Lepas borak -borak tak lama lepas tu Mak Cik Ni nak balik sebab nak ambik anak.

Seminggu atau dua minggu lepas tu mama aku jatuh sakit. Dia tak larat sangat-sangat kaki dy dua-dua bengkak teruk ( aku tak tahu nak gambarkan macam mana sebab kaki mama aku bengkak sangat-sangt mcam nak meletop macm tu). Mama gagahkan jugak ambik kami dari sekolah tapi mama tak larat dah nak masak masa tu ( baby rindu ayam masak merah mama). Ayah aku tak ada sebab dia dah ditukarkan ke Pahang sebab tak lama lagi dia nak pencen jadi dy ambik altenatif untuk pindah dekat dengan rumah yang tengah nak buat. Mama cakap yang kitaorang akan ikut ayah bile dah hujung tahun sebab berape bulan je lagi nak habis dah kan jadi aku dengan kakak aku setuju je laa kan. Setiap kali beli makan je mesti mama aku akan kongsi dengan aku atau kakak aku sebab mama makan sikit sangat tak pon dia akan muntah balik makanan yang dia akan makan tu. Korang boleh bayangkan tak mama aku yang berat dia 85kg turun jadi 35kg je.

Aku sedih tengok mama aku macam tu jadi hujung minggu ayah aku bawak balik kampung duduk dengan nenek dengan atuk aku yang sakit tu. Masa tu tak silap aku cuti jadi kami pon balik laa kampung. Abang dengan kakak aku yang kerja kat KL pon balik kampung sebab kesian dekat mama biasanya dua minggu sekali diorang akan balik Terengganu jenguk kami tapi bile duduk kat kampung seminggu sekali diorang akan balik( untuk penggetahuan aku ada 5 orang adik beradik dan aku adalah anak bongsu). Abang aku tak tahan dah tengok mak aku sakit macam tu jadi dia balik KL pergi cari ustaz kat sana malam tu dia datang dengan ustaz untuk rawat mak aku dan malam tu jugak lah dia balik KL (kesian abang aku penat).

Ustaz tu mitak diri nak balik sebab dah lewat malam sangt dah jadi dia pesan supaya tak balik rumah kat Terengganu tu dulu dalam 3 hari macam tu. Tapi kami terpaksa jugak balik sebab ayah aku nak uruskan persekolahan aku dia nak bawak kami balik Pahang secepat mungkin. Mula-mula ayah suruh mama tinggal kat kampung je sebab takut ada apa-apa berlaku tapi kesian pulak kat mama sebab tak ada orang nak tengok-tengok kan dia dah laa keadaan dia yang macam tu nya. Jadi kami pon balik laa ke Terengganu balik. Lepas aku dah ambik surat berhenti sekolah malam tu kami terus pinh kami ambik barang-barang yang penting sahaja. Bila dah angkut barang-barang semua naik lori kami pon dah nak siap sikit- sikit nak keluar dah dari rumah tu tiba-tiba mak aku rasa penat sangat dan dia muntah-muntah. Benda tu macam tak nak mak aku keluar dari rumah tu laa tapi ayah aku papah mak aku ajak jugak keluar dari rumah tu cepat-cepat dan akhirnya kami keluar dengan selamat, alhamdulillah. Masa kami pindah ke Pahang umur aku 14 tahun kakak aku 16 tahun.

Dalam perjalanan kami ke Pahang lori yang bawa barang-barang kami pulak pancit tapi orang tu cakap dia boleh handle jadi kami teruskan perjalanan ke Pahang. Sampai je kat rumah elektrik pulak tak ada sebab ayah lupa nak mintak tolong orang yang jaga rumah tu bayarkan elektrik jadi berpanasan laa kami malam tu (fyi rumah tu kami jadikan homestay sebelum kami duduk sebab tu ada orang jagakan). Mama dangan kakak aku dah tidur dah dalam bilik ayah aku keluar peegi cari lilin kat 7e aku tidur kat atas sofa kat ruang tamu sementara tunggu lori dengan ayah aku balik.

Bile ayah aku dengan lori dah sampai aku tolong sikit-sikit je sebab terlampau penat aku sambung tidur kat sofa kat depan. Ayah pon kejut aku ajak aku tidur sekali dengan mama dan kakak kat dalam bilik. Kakak aku tidur dengan mak aku sebab kalau mama tidur dengan ayah nanti ayah berdengkur kalau tidur dengan aku pulak aku ni lasak pulak jadi kakak aku laa yang paling berhak sebab dia tidur sangat lemah lembut. Sebenarnya mama bukan dapat tidur sangat pon tapi dia cuba untuk lelap dia ibarat tidur-tidur ayam je sebab memang dia tak boleh nak tidur pon.

Hujung minggu abang-abang dengan kakak aku pon balik jadi meriah laa rumah tu sebab ada ramai orang. Abang aku yang bawak ustaz tu datang haritu bukak cerita. Masa abang aku hantar ustaz tu balik abang aku tanya laa dia apa kene dengan mak aku tu sakit apa kan. Ustaz tu bagi laa tahu yang ada orang tabur abu mayat depan rumah dengan celek minyak dekat diding kat ruang tamu, abang aku dapat agak dah siapa sebab mama ada cerita kat kami pasal Mak Cik Ni masuk rumah tak bagi salam ( sampai aku sekali jadi mangsa manusia binatang macam ni) . Mama mengaku dia ada salah juga sebab dia terlupa nak kunci pintu grill. Bukan mama je kene dengan aku sekali kene tempiasnya walaupun dia dah tuju dekat sapa dia nak buat. Kalau mama kaki bengkak, kebas satu badan tak selera makan, aku pulak tiap-tiap hari nak pergi sekolah mesti kaki aku akan sakit sangat.

Abang aku tanya laa mama aku dengan ayah aku ade buat sesuatu ke dekat Mak Cik Ni sekeluarga. Ayah cakap tak ada pon tapi dia ada mengadu dekat boss suami Mak Cik Ni yang suami dia lambat buat kerja suka bersembang lepas tu silap cek laa pa laa semua sebab dah banyak kali sangt dia buat macam tu. Mama pulak dia ada perasan yang kedai Mak Cik Ni tak laku mana sebab pelanggan dia semua pergi kat mama. Pelanggan mama tu tak tahu pon yang mama ada buka kedai jahit kat rumah. Pelanggan mama kebanyakkannya cikgu sekolah aku merangkap bekas pelanggan Mak Cik Ni.

Ustaz tu dia bagi hint kat abang aku siapa yang buat kat mama. Abang aku pon tanya laa mama agak-agak mama boleh teka tak sapa. Yes the answer is Mak Cik Ni. So, ada dua kemungkinan kenapa dia buat macam tu kat mama aku. 1 sebab dia marah ayah aku sebab marahkan suami dia jadi dia tujukan dekat mama aku. 2 mungkin sebab Mak Cik Ni dengki dengan perniagaan mama aku. Manusia kan rambut sama hitam hati lain-lain.

Jadi ayah aku ambik cuti sebelum pencen selama 3 bulan untuk bawa mama aku ke hospital. Doktor still tak dapat detect apa penyakit mama aku sebab menurut dia mama aku sihat je. Mama selalu buat pembedahan nak tangok dia sakit apa dia hasilnya doktor cakap mak aku still sihat tak sakit. Hospital tu ibarat rumah ke-2 mama dah asyik keluar masuk keluar masuk.

Tahun 2015 aku dengan kakak aku memulakan persekolahan di sekolah yang baru. Mama? Ayah tak dapat nak jaga mama sebab cuti dia dah habis kami pulak kene ke sekolah. Jadi pagi-pagi kami akan bangun awal untuk siap kan mama. Ayah aku akan mandikan mama aku, kakak aku akan tolong mama aku pakai baju dan aku tolong mama aku ambil air sembahyang. Mama dah tak larat nak buat semua tu sendiri dah nak berdiri pon tak larat sangat masa tu sampai satu masa tu dia terjatuh sebab nak ke bilik air. Setiap malam aku akan urut tangan mama aku sampai dia boleh tidur sambil aku nangis tanye dia bila dia nak sihat sebab aku rindu sangat dengan dia.

Masa raya Cina aku dengan kakak aku terpaksa ponteng sekolah sehari sebab nak ikut ayah hantar mama peegi hospital kat KL plk. Mula- mula pergi klinik dekat tempat kerja kakak aku untuk dapatkan surat. Kakak aku pon ambik cuti sebab nak ikut ayah aku hantar mama pergi hospital. Sampai- sampai je mama terus masuk ICU. Kami pon masuk tengok mama. Masa aku, kakak-kakak aku dengan aku ayah aku masuk mama start bleeding banyak sangat kami ingtkan mama period sebab selama 1 tahun mama sakit dia tak period pon dan dia belum monopos lagi ok. Aku gembira laa ingat kan mama aku dah nak sihat but the fact is she getting worst. Masa aku nak balik aku lambai tangan kat mak aku dan aku peluk dia kuat-kuat aku cakap “mama kuat eah esk baby datang lagi tengok mama, baby sayang mama sangat- sangat”. Aku tak tahu pon yang petang tu adalah petang terakhir aku tengok mama aku dalam keadaan sedar. Malam tu ayah aku jaga mama aku kat wad ICU.

Esoknya pagi-pagi mama call ayah aku yang baru balik sebab nak tukar shift dengan abang aku yang nak jaga mak aku. Mama call dia cakap dia lapar sangat dah tekan button emergency pon nurse tak datang bagi makan (shi*** aku rase nak terbang je pergi hospital tu nak tanye nurse tu pekak ke orang kat dalam wad tu tekan button emergency dia nak cakap yang dia lapar). Masa mama call tu tak berapa jelas sebab mulut mama dah senget. Abang aku ambik beg dy kunci moto dia pergi beli mee goreng nak hantar kat mama. Masa dia sampai mama dah tak sedarkan diri. Aku rase terkilan sangat sebab mama cakp dia lapar tapi nurse tu tak bagi dia makan pon. Kamibpon datang tak lama lepas tu kami selalu baca kan yassin untuk mak aku tak henti-henti.

Esk kami datang lagi ramai ahli keluarga mama dengan ayah datang nak melawat mama. Petang tu tekanan darah mama rendah mama dah tercungap-cungap dah aku sendiri ada kat sebelah mama aku masa dia pergi. Aku sedihh sangat aku rase nak ikut je mama aku sekali. Kami mandikan mama kat masjid di KL malam tu kami bawak dia balik kampung untuk dikebumikan esk. Malam tu aku tidur sebelah mayat mama aku, aku nk peluk mama tapi aku takut nannti mama sakit.

Sekarang dah 2 tahun mama pergi. Aku takkan maafkan orang yang buat mama aku menderita sakit macam ni. Sebab kau aku hilang mama aku. Aku redha tapi untuk memaafkan kau tu belum terdetik dalam hati aku ni. Al-fatihah untuk mama.

Maaf kalau ada terkasar bahasa atau ada yang tak faham. Maaf juga kalau tertypo. Saya mintak maaf sangat. Terim Kasih sebab sudi baca kisah saya ni.

– Anonymous

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit