Seller Bukan Diva

Seller Bukan Diva

Salam semua pembaca. Terima kasih admin kalau entry ni disiarkan.

Aku nak luah sikit pasal sikap manusia khususnya seller-seller online yang terkenal mahupun baru menapak dalam sosial media. Apa yang aku luah dibawah ni bukan semua seller ya, bukan semua.

Sebagai seller khususnya seller online. Tak kisahlah dropship atau agent atau owner produk. Tak kisah produk apa awak jual, pemutih badan? Baju? Jamu ? Makeup? kita kena ada skill ‘excellent customer service’.

Bila kita makin lama berniaga pastinya makin ramai customer kita. Facebook pula limit friends 5k kan? Entahlah sebab aku rasa Facebook sekarang lain macam. Followers kemana, engagement kurang. Aku ucapkan tahniah kepada seller yang laku jualan dia. Rezeki! Sampai terpaksa remove sedikit demi sedikit friends yang tak active. Ok itu takpa. Tak active remove jelah kan.

Aku ada perasan sesetengah seller yang sangat sombong. Dia nak orang ‘Hai’ kat ruangan komen. Bila orang ‘hai’ atau tegur dia dia tak reply. Padahal bukan lelaki miang pun. Kalau lelaki miang memang patut ignore je. Kadang upload selfies atau gambar jalan-jalan, bila orang yang dia tak kenal komen, dia takkan reply. Nak kata komen beribu masuk idak jugak. Kadang 3-4komen. Dia hanya reply komen kawan-kawan yang sehati dengan dia saja. Lainlah kalau komen beribu masuk, tak logic la kau nak reply one by one.

Kadang kesian ye aku tengok orang tanya “cantiknya, pakai skincare apa? “wah kat mana restoran ni?” dia tak reply langsung. Hanya reply komen kawan-kawan dia yang merapu-rapu. Aku nak tahu, salah ke berbasa basi dengan orang? Bukan 1-2 gambar, malah mostly gambar yang ada.

Tak lama lepas tu dia cakap nak remove orang yang sombong dan tak active dan kutuk sikap customer. Aku rasa kalau kau nak remove kau boleh remove diam-diam dan teruskan approve future customer kau. Itu hak kau sebab account kau. Janganlah dok kutuk customer sebab sikap ni buat orang tak berani nak beli barang kau.

Aku juga peniaga. Apa salahnya kita ramah dengan customer. Kadang aku upload jugak gambar tempat makan yang menarik, gambar bercuti. Sebab asyik upload gambar produk je pun bosan. Bila ada orang komen bertanya dengan baik “kat mana ye?” “wah boleh bagi itinerary?” “boleh share tips macam mana nak dapatkan wajah licin?” kita tak kenal tapi reply jugak dengan baik berserta emoji. Mana tahu dia akan jadi customer kita one day? Tak lama lepas tu, orang tu whatsapp nak beli barang yang aku jual. Kadang dia bawa geng beli barang dengan aku. See?

Kita nak orang tahu kewujudan bisnes kita, kita juga kena la tahu nak ambil hati customer, reply komen atau whatsapp pun kena ada cara jugak sebab aplikasi ni kadang buat orang salah tafsir. Jangan reply macam badmood bila customer whatsapp kita (maybe kita tengah kalut dengan anak atau busy masak) sabar. Kau nak duit kan? Kena sabarla walaupun kau owner produk siapa nak kasi kau duit free. Semua orang kena usaha nak dapatkan duit.

Selagi orang bertanya kita soalan yang berkaitan jualan atau apa yang kita upload, selagi pertanyaan elok, kita balaslah dengan elok. Mana tahu dia boleh jadi regular customer kita? Customer ni bila dia selesa dengan kita, 1 brand produk tu muka kita je yang dicari. Memanglah kita kadang bengang jugak dengan ayat “customer is always right” dan kita tahu tak semua customer sentiasa betul. Tapi kena ingat, kita seller ni pun customer jugak pergi mana-mana kita nak service yang bagus. Betul?

Jadi, ingat. Kita seller dan kita jugak customer. Bukan Diva. Aku doakan semua orang yang berniaga online mahupun offline sentiasa dimurahkan rezeki. Semoga semakin laku jualan kita. Amin.

– ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments