Seni Tangani Orang Busuk Hati

Assalamualaikum para pembaca sekalian heyheyhey. Mungkin tips ni picisan je tapi kalau admin approve thank u so much!

Dunia ni bermacam pesen orang. Dalam trilion manusia di mukabumi mustahil lah hati kita semua serupa.

Dan kita kena akui even kita sendiri pun ada jeles dengan orang lain cuma kita tak tunjuk. Apatahlagi orang lain terhadap kita, kan?

Bezanya jeles dalam diam tapi tak kacau hidup orang takpe. Jangan jeles sampai tahap dengki. Tak boleh tengok orang lebih.

Bila org jatuh kita suka. Bila orang tengah mencanak naik kita cuba nak jolok pulak bagi jatuh. Something wrong dlm hati kita sebenarnya bila kita ada sekelumit rasa mcm tu.

Okay ni tipsnya mcmana nak handle orang busuk hati ni.

(Tapi aku minta maaf awal-awal, tips aku banyak untuk student U/kolej je sebab ye lah aku baru 2 tahun grad, dan baru setahun lebih bekerja jadi pengalaman handle org busuk hati di luar kampus ni masih belum pakar lagi).

Biasa lah kan, kita mesti dapat tangkap punya siapa dengki dan siapa tidak. Bila dah tahu siapa dengki kat hang, boleh amalkan tips ni supaya sel-sel dengki diorang dlm mode ‘sleep’.

1) Selalu humble.

Orang dengki ni, lagi kita rendah diri, tawadhu’ lagi diorang lemah.

Lagi-lagi bila diorang puji, kadang orang dengki ni bukan nak puji sangat pun. Hati-hati lah memberi sebarang reaksi. Just say Hadza Min Fadhli Rabbi. Just say Alhamdulillah dah cukup.

Tak pun do mention nama orang-orang yang berjasa kat kau sampai kau berjaya. Kat situ orang-orang dengki ni akan nampak, oh, tak action budak ni. Ingat jasa orang kat dia. Bagus.

Cuba bayangkan masa diorg puji tu kau pun sibuk brag pasal usaha kau siang malam, atau betapa gifted nya kau, percaya lah lagi membuak-buak dengki diorang tu.

2) Don’t let them see how ‘it’ means to you.

Contoh bila diorg dengki atas kepandaian kau. Jangan bagi diorang nampak yang kepandaian kau adalah everything to you.

Move your focus to something else. Kalau orang dengki dengan kau sebab kepandaian, let them know at least indirectly yang kau lebih value kerohanian yang tinggi berbanding kepandaian. (Contoh la).

Macam aku dulu, bukan nak kata apa la. Aku selalu dapat dean list dan aku tahu ada je orang tak puas hati tak dapat kalahkan pointer aku.

Tapi aku malas nak bersaing dengan depa. Jadi aku aktifkan diri dengan sukarelawan, tutor orang, masuk program-program amal dan takkan pernah mention pun pasal pointer aku.

Aku buat diorg nampak yang pointer doesnt mean a lot to me. Result pun aku tak tanya2 orang. Aku terima result aku sendiri, kalau happy pun dalam diam, celebrate dgn family je then simpan. Orang tanya pun aku tak layan sangat.

Tu kalau kepandaian la. Tapi kalau aspek kecantikan ke apa, banyakkan share petua-petua cantik (even kau cantik semulajadi sebenarnya hahaha).

Macam kulit aku, flawless ikut mak aku, tapi aku ada jgk pakai bedak sejuk. Kadang buat yogurt mask so aku share je apa aku amalkan walaupun tak selalu buat dan aku tahu kulit aku memang gini secara natural. Haha.

Let them know they can be flawless jugak. Why envy when they can be beautiful too, kan?

3) Give presents, remember their special days.

Ingat birthday diorang. Celebrate kejayaan diorang bila diorang berjaya. Selitkan kata-kata semangat atau pujian.

Tak perlu sampai buat parti atau apa, sekadar bookmark special kau buat sendiri atau coklat sedap dengan ribbon comel sebagai tanda penghargaan is okay.

Depa ni dengki sebab depa rasa depa takde kualiti dlm diri sepertimana ada dlm diri kita. Rasa inferior gitu.

Bila kita hargai dia, bermakna kita mengakui kualiti diri dia dlm hidup kita. Aku pernah bagi hadiah kad kecik dgn coklat yg aku beli kat langkawi masa orang dengki tu menang projek invention fakulti.

The days later dia punya senyum kat aku tu paling manis. Ada certain thing dia masih envy aku tapi tak seteruk mula-mula.

4) Jangan bersaing dengan diorang.

Sometimes we dont get to choose our rivals, kan? People yang choose kita. Tahu2 je dah in the middle of the battle.

My advice, dont play their games. Move away from their rivalry. Dia nak rebut trophy kau? Bagi dia ambik. Dia nak kalahkan markah test kau? Bagi dia ambik. Dia nak pandai dalam benda yang kau pandai? Bagi dia ambik.

Kau tak perlu semua tu.

Cari medan lain yang tak ada pesaing. Kalau diorg sibuk bincang strategi nak kalahkan kau, kau pegi busykan diri dengan kelas-kelas skil yang tak perlu untuk kau bersaing dengan diorg.

Set your own phase.

Masuk kelas memanah ke.
Join kelab bisnes ke.
Kelas iT photoshop ke.
Jadi volunteer IM4U separuh masa ke.

They think they win enough. End up satu masa nanti rivalry diorg sia-sia je. You are out of their league completely.

Diorg menang dlm sesuatu benda je. Padahal banyak lagi benda yg kau buat diorg tak dapat catch up. Kakaka.

Sampai dia penat nak bersaing dengan kau dah. Kau memang bukan saingan diorg.

5) Bagi diorang rasa a bit sentimental.

Let them know you are struggling in your own battle. Contoh, kau nak banggakan mak kau ke. Kau harapan orang tua kau ke. Harapan adik-adik.

Atau kau kena kerja keras sbb kau lah yang akan tolong family. Gitu la.

Let them know your struggle. Diorg manusia kot. Diorg boleh faham. Tapi jangan la share benda terlalu peribadi. Just bagi diorg rasa yang kau pun manusia biasa.

Kau tak layak didengki. Kau pun sedang berusaha. Dlm masa yg sama jgn la tunjuk pulak kelemahan kau. Mentang-mentang kau nak orang kesian kau pegi kata kau sebenarnya otak lembab ke apa. Nanti diorg gelakkan kau pulak dlm hati. Don’t.

Point yg ni kau kena pandai-pandai la. Bagi diorg rasa sentimental at the same time kagum. Sampai diorg rasa ‘ish, tak sepatutnya aku dengki dengan dia ni’.

6) If all this tak berhasil, cut them lose from your life.

Kebanyakkan org dengki mmg kalah dengan 5 point di atas, aku jumpa ramai orang-orang daripada dengki jadi kawan bila aku amalkan 5 point ni.

Tapi ada jugak sorang dua yang degil masih nak bersaing.

Nasihat aku kalau jumpa orang dengki yang degil mcm ni, kalau tak ada keperluan lagi untuk kau hadap dia dlm hidup, cut them out terus.

Dia sibuk follow insta kau? Remove.
Dia ada dlm friends list kau? Remove.
Dia seorang kepoh yang suka tengok story kau kat whatsapp? Block atau remove contact.

Trust me. Diorg follow kejadah semua tu sekadar nak tau update life kau je. Lagi kau senang lagi dia nak tumpang bersaing jugak. Buang je orang toksik macam tu. Haha.

Dlm masa yg sama doa supaya diorg berlembut hati dan tak fokus dah pada hidup kau. Diorg lupa kau terus lagi bagus rasanya.

Bonus tips: baca doa elak daripada dengki. Ada satu doa yang Rasulullah selalu baca setiap kali lepas solat, salah satunya elak daripada dengki. Try la search mana-mana confirm ada.

Okay lah sekian saja daripada aku. Harap sedikit sebanyak membantu korang wahai insan-insan yang didengki.

Hahaha. Life is simple. Be smart to whatever comes to you! Goodluck!

– Selipar Jepun

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit