Sensitip biar bertempat

Assalamualaikum. Perasan tak lately kat timeline fb banyak betul post-post yang sibuk warning orang raya nanti jangan tanya itu ini? Tak tau la kalau timeline aku je mcm tu haha. Aku mcm rasa tak suka jugak dgn golongan yg sensitip tak bertempat ni. Tapi ye la, i'm not in their shoes kan, so what do I know. Aku paham konsep rezeki dan nasib setiap orang lain. Hati orang pun lain. But some people choose rudeness over patience. Aku rasa kita kena didik hati untuk paham yg konsep 'sabar' tu wujud jugak.

Actually aku jd mcm menyampah sikit sejak beberapa bulan lepas. Ada cousin ni kahwin, biasa la bila ada kenduri tu kita berkumpul ramai-ramai. Time tu la nak jejak kasih, time tu la atok nenek pakcik makcik sepupu sepapat nak tau life update semua orang. Aku jadi terkesan sgt dgn hal ni bila opah aku tanya dua orang cousin aku ni. Sorang tu pasal bila nak tambah anak, sorang lagi bila nak kahwin. Lepas opah tanya, yg tak kawin lg tu tweet pasal dia tak puas hati dgn soalan opah. Lps tu yg lg sorang tu reply and dorang perli2 opah kat twitter.

Masa aku nampak tu aku cam rasa 'eh tak baiknya' tp let go je la, mungkin dorang sensitive sgt. Malam tu aku masuk bilik opah nak amik brg and nampak opah tak tido lagi. Kami pun borak2 la. Pastu aku cam cakap la kat opah baik2, dgn cucu2 opah jangan la tanya sgt soal jodoh & rezeki ni, takut dorang terasa. pastu opah aku jawab yg dia ni jumpa cucu2 setahun bape kali je, cucu2 bukannya nak call tanya khabar, jenguk2 pun tak, takkan la tanya pasal tu pun nak marah (aku yg sentap). Dah tu bukannya dia tau nak tanya apa lg.

Paling buat aku tersentuh bila dia cakap dia tak putus doa untuk cucu2 dia murah rezeki & dikurniakan jodoh yg baik. Aku cam dapat rasa la yg soalan opah tu ikhlas. Terus lepastu aku jd bengang dgn cousins aku tu. Bagi aku la, soalan pasal jodoh & anak tu mmg la sensitif bagi some people tp sebenarnya yg tanya tu bukan dia nak menyibuk tau pun. Tanya sekadar concern. Tak dinafikan ada yg mulut celupar, lps tanya soalan cepumas gi buat offensive remarks pulak. Ada jugak yg dah tau orang tu ada kisah hitam, nak jgk gi menyibuk tanya.

Tp in general bg aku yg tanya ni sekadar nak bertanya bukan nak menyibuk. Sekadar nak start a conversation. Tak kan kau nak expect atok nenek pakcik makcik tanya pasal favorite movie kau, lagu apa tgh best sekarang, drama kat tv3 ke. Kalau takut sgt kena tanya, masa atok nenek pakcik makcik baru bg intro kat kau, kau start dulu friendly2 dgn dorang, cerita2 pasal the insensitive part of your life so that they can focus on that instead or kau je tanya dorang soalan. Ini tak, bila ditanya bengang dan terus blah, buat hal sendiri, dalam hati terbit rasa menyampah and trust me, itu la bakal jadi punca keluarga berpecah, berbalah, paling2 kalau tak gaduh pun bila satu hari mak ayah dah takde, kita boleh jd punca pemutus sillaturrahim.

Semoga kita semua beragak2 la nak sensitive pun. Tgk dulu yg tanya tu siapa. Kadang2 kita sibuk dgn kita punya sensitip, kita jawab kasar2 konon nak bg org yg bertanya tu diam tapi hakikatnya kita yg mengguris hati dia dgn kt punya rudeness. Kalau dah pangkat atok nenek pakcik makcik, tak ke berdosa namanya buat cenggitu? Selagi tak offensive, selagi tak perlekeh konsep rezeki, qada & qadar, kita wat lek wat pis je ok? Hmm wallahua'lam. Semoga lebaran nanti memberi 1001 makna buat semua. Salam aidilfitri in advance ✌?

?

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Kire beruntung still ade opah aka nenek..mereka yg tidak punye nenek ni.. lg sedih especially bile tiba musim raya.. so far arwah nenek sy blom pernah tnye bila sy nk kahwin.. kasih syg nenek pd cucu adakalanye lebih bernilai dr kasih syg ibu bapa sndr..nenek lebih myayangi cucu mereka

  2. Dulu sblm saya kahwin, blk kmpg org tua2 selalu tny bila nk ad boifren? bila nk kawen? Saya jawab – sila doakn saya. Diorg pon jwb blk, insyallah…alhamdulillah, kawen jgk saya walaupon bdn gemuk tp laki kurusss, hihihiii

    Org tua2 ni biasanya saja nk tny khabar. Dan kadang2 saja tny sbb nk kenenkn dgn anak jiran dia yg kacak rupawan. Klau sentap, kan da melepasss….think positive kayyy

  3. Bila dah ramai sangat orang bertanya soalan yg sama, baru kamu akan rasa apa yg diaorg rasa. Tak kena kat sendiri maka tak rasa. Be empathic ok.

  4. biasanya yg trlebih concern tanya bila nk kawen ni yg akn tlg kenen2 dgn sapa2 yg dia kenal.so bila ditanya soaln tu terus la minta dia tlg carikkan..kn dah untung kt situ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *