Sepertiga Malam

Sepertiga Malam

Korang, aku nak share amalan yang aku buat. Yang aku rasa, semua orang perlu buat. Tak kira paksa atau rela. Sebab dari paksa lama lama insyaAllah dengan sendirinya kita rela untuk buat. Apatah lagi bila kita boleh nampak dan rasa kebaikannya. Ye daq?

Okey bila sebut sepertiga malam, mesti korang dah agak kan aku nak cerita pasal apa. Qiamulail. Ya betul macam apa yang korang teka tu. Aku nak cerita pasal qiamullail. Amalan yang sangat sangat sangat istimewa. Bagi aku. Dan bagi korang jugak seharusnya.

Sebab apa aku kata istimewa? Mana taknya, siang hari kita punyalah sibuk sangat dengan dunia kita. Dari celik mata pagi pagi sampailah tutup mata semula, sebenarnya kita ni banyak sangat dah lupa kat Tuhan. Time solat pun kadang hujung waktu, itupun nak cepat siap, asal buat je. Kan? So aku kata tadi qiam ni special sebabnya masa ni lah kita boleh refresh balik iman kita. Masa malam sunyi. Orang lain tidur dibuai mimpi. Kita pulak sanggup je bangun ambik wuduk walaupun air sejuk kadang sampai pucat biru tangan. Waa menipu sangat ni haha. Bangun pulak bukan sebab nak cek wassap, nak cek fb ig segala. Bangun sebab kita nak cerita kat Allah apa kita dah buat sepanjang hari tu. Ape kes nak cerita cerita pulak, bukan ke Allah tu Maha Tahu? Eh come on guys, Allah tu kan sangat lah suka hamba Dia mengadu memintak kat Dia tau tak? Allah tu malu bila hamba Dia mintak dan Dia tak kasik. Jadi kita nak tunggu apa lagi, mintak la sungguh sungguh kat Allah masa qiam tu. Sebab time siang dah banyak dah kita lalai, kadang tak sedar kita bermaksiat. Masa qiam tu lah kita nak mintak ampun nak mintak tu nak mintak ni.

Aku pun awal awal dulu kena paksa diri gak. Pastu dulu aku duk rumah sewa. Kira semua geng dalam umah tu dah biasa sangat dah qiam, solehah belaka (kof kof) Sampai satu tahap aku jeles tengok orang qiam tapi time tu aku tak buat sebab cuti khas kaum wanita atau kadang tu sebab penyakit malas haha. Dan jeles tengok orang buat baik ni bagus sebenarnya sebab boleh buat kita semangat nak buat baik jugak. Mat arab kata fastabiqul khairat-lumba lumba buat baik. Haa gituh.

Sejak aku dah keje ni. Aku memang tekad nak jaga qiam aku. At least dalam seminggu tu mesti ada jugak bangun. Paling teruk pun aku akan bangun berdoa sambil tutup mata. Hahaha sayang tidur sebab penat. Dan alhamdulillah bila kita dah start istiqomah, semua jadi mudah lepas tu.

Pastu aku nak share ngan korang. Ni kawan aku cite time study dulu. Cara nak bangun qiam. Aku rasa tips ni sangatlah bagus sebab sampai sekarang aku duk amal. T.kasih kawan, semoga pahala buatmu. Tipsnya ialah, sebelum tidur kita doa dulu mintak ngan Allah; “Ya Allah, tolong kejut aku bangun tahajud”. InsyaAllah percayalah kat aku, korang mudah je bangun macam ada orang datang kejutkan. Mungkin Allah kirimkan malaikat ke, taktau la tu kan. Tapi kan, masa doa tu jangan pulak kita duk bermain main dalam hati “em kalau tak ngantuk, baru aku bangun” Nak tahu tak sebab apa? Sebab Allah tu Maha Mendengar la guys. Korang cakap dalam selimut ke dalam hati ke dalam usus ke, Allah dengar. So hati hati part doa tu, kena ulang banyak kali kasi clean and clear.

Pastu aku nak suggest kat korang buat list doa. Lagi bagus kalau korang ada skrip penuh apa yang korang nak mintak ngan Allah time qiam tu. Yela kalau siang time sibuk biasanya kita sempat baca doa pendek pendek je kan. Tu pun kita tak sedar pun apa kita baca, sedar sedar dah ameen. Sebab apa aku suggest ada skrip, sebab nak bagi kita ingat la. Satu lagi, bila kita baca apa yang kita nampak kat buku catatan tu insyaAllah kita rasa lebih segar. Kalau terlelap pun, kita tahu nak baca apa bila sedar semula tu. Amboi khusyuknya korang berdoa sampai terlelap. Haha. Bagus bagus.

Bab doa tu kan, pastikan mintak ampun dulu tau korang. Jangan tiba tiba ya Allah aku nak kereta sebuah. Banyak cantik muka korang. Mintaklah maaf dulu, kan kita ni hamba hina banyak dosa. Pastu baru mintak. Nak mintak tu pulak, doakanlah dulu untuk orang lain. Kan bila kita doa untuk orang lain, malaikat yang suci tak ada dosa tu akan doakan untuk kita benda yang sama. Tak ke rugi kalau kita tak ambik peluang tu? Lepas dah doa untuk orang tu lah baru kita fokus doa untuk diri sendiri. InsyaAllah satu persatu doa kita akan makbul. On the spot, akan datang atau Allah akan bagi yang lebih baik dari yang kita mintak tu. Yang penting, yakin tau korang!

Korang nak tahu tak sebab apa aku beria sangat cerita pasal qiam dan doa ni kat korang? Sebabnya, tadi aku nangis tau. Sebab doa aku yang baru aku tulis dalam buku beberapa hari lepas (tak sampai seminggu pun lagi) dan aku baca time qiam tu termakbul. Korang boleh bayang tak perasaan aku? Menangis tau. Sebak, terharu, gembira semua ada. Sebab baru mintak, Allah dah kasi. Inikan pulak yang kita selalu mintak, takkan lah Allah tak kasi kan. Sob sob

Korang nak tau tak doa apa yang termakbul dalam masa beberapa hari tu? Em kalau post ni dapat sambutan, insyaAllah nanti aku story lagi eh. Sebab ada banyak lagi nak share kat korang. Rugi rasanya kalau simpan sorang je.

Okey korang, selamat beramal!

– Kheir

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments