Serba Salah

Assalamualaikum sahabat semua.

Nama sy siti,berumur 28 tahun,sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan rezeki anak tetapi alhamdulilah mendapat suami yang sangat memahami.suami kerja biasa sahaja dan bukan pilihan mak saya..kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya dapat rasakan macam mana mak layan suami saya berbanding dengan abang ipar saya..untuk pengetahuan semua,mak saya ada 4 menantu perempuan dan 2 menantu lelaki. Bila abang ipar saya balik kampung,mak macam teruja sangat dan selalu berbual walaupun abang ipar saya datang sekejap je. Tapi bila suami saya balik kampung berbual pun tak nak,pelawa makan pun macam terpaksa.kalau nak mintak tolong je baru mak saya cakap dengan suami,contoh macam mesin basuh rosak ke,kipas rosak ke,keliling rumah semak samun ke..kadang2 suami ada terasa dengan sikap mak,kadang2 suami ada tanya..kenapa mak tak nak cakap dengan dia (membual kosong) tapi dengan abang ipar ok je.. Saya rasa sedih bila mak buat macam tu..

Sebelum ni saya berkerja,tapi saya berhenti untuk menjaga mak sepenuh masa.saya dan suami ambil keputusan untuk menetap di kampung untuk menjaga mak.tetapi boleh bertahan sampai 3 tahun sahaja sebab di kampung peluang perkerjaan adalah amat tipis.kebetulan nak ke bandar mengambil masa yang lama.dalam masa 3 tahun duduk di kampung suami kerja kebun sahaja.dan juga dalam 3 tahun itu la saya dan suami belajar hidup dari bawah bila mana kita kerja biasa2 je adik beradik pandang hina.(sebelum tu duduk di bandar,adik beradik ok je dengan saya dan suami) Ibarat kata macam menyusahkan mak saya.mak saya sakit 3 serangakai sering keluar masuk hospital dan menjalani dialisis 3 kali seminggu so kat situ komitmen masa untuk menjaga mak adalah sangat2 terhad.

Dipendekkan cerita, suami saya macam dah putus asa..bukan putus asa sebab penat menjaga mak saya,tapi sebab orang sekeliling..adik beradik saya tidak saling membantu,lepaskan tangan bulat2 dekat kami suami isteri dan abang saya yang sulung. Abang saya yang sulung memang menjaga mak saya dari mula2 mak saya sakit tapi dia minta tolong saya untuk bantu sama sama sebab dia selalu outstation.

Bila ada cuti adik beradik balik kampung,masing2 tarik muka dengan saya dan suami..nak berbual pun tak nak.macam kami ada buat salah sedangkan dorang nak balik belum tentu sebulan sekali.dorang tak fikir ke mak kat rumah macam mana,sihat ke tidak.siapa yang teman mak malam2 kat rumah kalau bukan saya dan suami.abang sulung saya tidak duduk satu rumah dengan mak..bila mak tahu anak2 jauh nak balik,suruh saya masak macam2..kalau dorang seminggu dekat kampung,seminggu la saya kena masakkan untuk dorang..yang dorang pulak balik2 kampung nak cari salah saya dan suami..sedangkan saya ni hanya adik perempuan,tanggungjawab saya dekat suami saya.

Lepas 3 tahun,suami ajak saya pindah tempat lama kami di bandar..saya berat hati nak tinggalkan mak dekat kampung.saya menangis tak tahu nak cakap macam mana.suami tegas dia cakap dia tak nak adik beradik saya buat dia macam 2.masing2 lepas tangan tak nak jaga mak sendiri..dia sebagai adik ipar pulak kena jaga mak dorang.lepas tu masing2 sombong.
tahun lepas saya dah ikut suami saya untuk pindah. Saya start berkerja balik di bandar tapi bertahan selama setahun je..dalam setahun tu mak masuk wad dah 3 kali..(selama 3 tahun saya jaga,mak tak pernah kena tahan wad)
2 kali masuk wad tu saya minta cuti dengan majikan..kali ke 3 mak masuk wad,keadaan mak teruk..mak tak boleh nak berjalan.adik beradik minta saya berhenti kerja..untuk jaga mak sepenuh masa..suami bagi saya semangat, dia kata ” jaga la mak selagi ada”

.saya menangis sebab suami sangat2 memahami saya walaupun macam2 keluarga saya kutuk dia..mak masuk wad selama 5 hari, 5hari la saya jaga mak,5 hari la saya tidur di wad..adik beradik lelaki saya? Nk gilir dengan saya?alasannya anak lelaki tak boleh jaga..sedihnya saya masa tu.siapa pernah jaga orang sakit di wad,mesti semua tahu kan..rasa penatnya macam mana lepas keluar hospital.

Sekarang ni saya buat perjanjian dengan adik beradik yang lain,saya boleh jaga mak di kampung tapi kena gilir2.sebulan di kampung sebulan di rumah suami saya(suami dah serik tak nak duduk di rumah mak).. Saya pun ada tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Bila time saya dirumah suami saya,2 3 orang adik beradik wasup saya tanya bila nak balik kampung jaga mak..saya cakap tunggu la suami saya gaji 7 haribulan nanti..lepas tu,masing2 tak terima..cakap kenapa nak macam tu pulak… Ya allah, saya jadi stress..adik beradik saya 7 orang bukan saya sorang..kenapa dorang nk tekan2 saya macam 2..alasan dorang mak selesa dengan saya,bila saya ajak mak duduk menetap dengan saya mak sendiri tak nak..saya buntu tak tahu nak buat macam mana lagi.

Bila time saya jaga mak,sebulan saya tinggalkan suami..sebulan la suami saya makan dekat luar bukan dia tak boleh masak sendiri tapi dia cakap,penat2 baru balik kerja nak masak pun tak larat..mak saya tak pernah tanya suami dekat sana macam mana,

Makan macam mana,.saya sendiri mengadu dengan mak, “kesian pulak ilham mak,hari2 makan luar..nak basuh baju pun x sempat” ..mak terus buat muka tak suka..mak cakap “hai takkan nak masak sendiri pun tak pandai”.. Bila mak cakap macam tu saya menangis..mak lupa agaknya yang anak perempuan dia dah berkahwin..jahat sangat ke suami saya sampai mak saya benci sangat..mak lupa agaknya,siapa yang izinkan saya untuk jaga mak dekat wad berhari2,siapa yang izinkan saya jaga mak dekat kampung sampai tinggalkan suami berbulan2..mak tak ada pun suruh anak2 lelaki dia macam mana mak buat saya..saya sayang mak dunia akhirat,saya berterima kasih dengan mak sebab menjaga saya dari dalam perut sampai saya besar..saya tak boleh nak bagi mak duit banyak,hanya dengan cara ini je la yang saya mampu mak..saya mintak maaf mak jikalau suami saya bukan menantu pilihan mak,luaran memang dia nampak tak baik tapi dalaman dia baik mak..dia jaga anak mak dengan baik sekali,5 tahun saya tak mengandung lagi tapi suami saya tak pernah sekali merungut..selalu bagi kata kata semangat..selalu pesan dengan saya supaya jaga mak baik2..
Memang dia tak mampu nak bagi saya rumah banglo yang besar,kereta yang mewah tapi dia bagi hati dia yang sangat baik.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *