Serkap Jarang

Serkap Jarang

Mesti ramai kenal jabatan agama islam. Yang rata-rata pada aku kerja deme ni tangkap khalwat dan lain-lain. Tapi pada pengalaman aku pula diorang ni ramai tak ber-etika dan bertata susila.

Aku sebenarnya dah kahwin. Ada sekali ni, waktu tu sambut tahun baru. Jadi bila nak balik dari majlis sambutan tu dalam pukul 2 lebih. Kereta aku mati pula. Dah cuba hidup taknak juga. Jadi kami tunggu dalam kereta dan call abang aku suruh datang tolong. Hujan renyai2. Entah macam mana tiba-tiba. Datang pegawai ni dalam 5 orang dia kata dari jabatan agama islam. Dia ketuk kuat tingkap kereta aku. Isteri aku dalam tu dah terperanjat.

Jadi aku keluar , aku tanya kenapa ni. Aku suruh isteri aku stay dalam tutup pintu. Bila dah keluar ni sorang pegawai ni tanpa soal siasat. “Kau buat maksiat dalam ni” dengan dia jerit. Aku dah terkejut. Terus aku cakap itu isteri saya kami dah kahwin. Sebelum tu aku minta juga diorang tunjuk id semua. Tengok mmg betul. Jadi aku keluarkan kad kahwin tunjuk. Dengan selamba diorang blah macamtu. Tak cakap maaf ke apa.

Dan pernah sekali, waktu tu aku datang rumah isteri aku. Sebelum kahwin isteri aku ada rumah sendiri. Dan dia duduk sorang jarang balik cuma beberapa kali je kalau ada hal penting dekat area tu. Ada sekali tu kami tidur situ. Sebab besok ada majlis kahwin bini aku. Aku tak tahu jiran kawasan situ ke. Ketua penghuni rumat flat tu ke yang report. Sebab lepas isyak. Aku tengah mandi. Isteri aku dekat depan. Lagi satu, isteri aku ni dia pekak. Dia memang pakai alat pendenger tu. Kalau tak pakai memang tak dengar apa.

Jadi rupanya waktu tu jabatan agama islam ni datang. Dia jerit2 aku dalam bilik air tak dengar. Isteri aku dia tak pakai alat pendengar dia tu. So dia tak perasan. Sekali ni orang jabatan agama islam dengan dia punya gelojoh. Dia paksa bukak kami punya grill rimah tu. Pagar tu kami kunci. Dalam memang jarang kunci. Sekali aku keluar bilik air dengar bunyi pelik aku terus pergi pintu depan dengan pakai tuala. Sekali tngk diorang selamba paksa bukak pintu pagar tu.

Aku marah punya pasal aku jerit lah “puk*mak korang nak merompak ke” yang sorang tu terus jerit. Berzina ye korang dalam tu sampai tak dengar. Isteri aku bila nampak situasi tu dia terus datang dekat aku. Aku dengan marah. Tunjuk kad kahwin. Aku cakap tak boleh check rumah lain dulu ke baru datang sini. Aku siap kasi tahu isteri aku ni ada masalah pendengaran. Sorang tu kurang ajar dia selamba sahut ” oh pekak “. Aku suruh betulkan pagar rumah aku memasing terus berjalan macamtu. Bangsat betul.

Aku juga kena repair sendiri malam tu. Aku pernah buat aduan. Email call surat semua. Haram tak ada balasan langsung. Kes macam ni sebenarnya ramai je pasangan dah berkahwin tapi kena macam ni. Tak kisah nak check sebenarnya. Tapi itulah, dengan cara yang betul. Dan ambik orang yang betul, ini sorang pakai kupiah lain buat muka gengster jerit2. Geram pula aku eiii.

– Iman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments