Si Copycat

Hai,aku Inara dan aku mempunyai seorang BFF bernama Maya. Untuk pengetahuan korang, aku nie jenis yang gila-gila, agak kasar sedikit, peramah dan mudah bergaul dengan orang manakala Maya pula seorang yang lemah-lembut, bercakap dengan orang pun antara dengar dengan tidak (ala-ala gadis melayu terakhir gitu)HAHAHA.. Tapi kami masih boleh berkawan baik.

Kami berkawan sejak dari tingkatan 1. Kami diibaratkan seperti pasangan kembar dan pernah juga mulut-mulut jahat menggelar kami lesbian disebabkan keakraban kami tu. Boleh dikatakan kami memang banyak persamaan, kami suka dan tak suka benda yang sama dan dikelilingi oleh orang-orang yang sama.

Lepas SPM pun kami kerja part time di tempat yang sama sementara menunggu keputusan.Siapa sangka, kami juga dapat melanjutkan pelajaran di kolej yang sama, course dan kelas yang sama!! Pada mulanya memang kami seronok sebab kami masih ada sesama sendiri walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga. Tapi masa sangat mendewasakan dan mematangkan kita. Lama kelamaan aku mula berasa rimas dengan Maya.

Kisahnya bermula bila kami ditempatkan di asrama yang berasingan. Tapi Maya selalu datang ke bilik aku, bergaul dengan roomates aku. Mulanya aku tak kisah tapi bila setiap hari dia tidur sini, mandi kat sini, makan kat sini aku mula rasa tak selesa. Seolah-olah ini memang bilik dia! Bukan apa, aku segan dengan roomates aku yang lain. Bila aku agak rapat dengan salah seorang roomate aku iaitu Nadia, aku mula perasan dia pun cuba mendekati Nadia. Nadia pernah juga bersuara pada aku, kenapa dia rasa Maya tu cuba nak jadi macam aku. Yela Maya tu kan lemah lembut tapi dia macam berusaha keras cuba nak jadi gila-gila. “Nampak janggal sangat”, kata Nadia. Aku? Entahla..

1 hari tu Maya ajak aku teman dia beli barang-barang keperluan dia di mall, yang terkejutnya apa yang dia beli semua dari jenis yang aku pakai. Daripada jenis shampoo, pencuci muka, sabun segala semua benda la dia beli sama macam aku punya. Aku dah kawan dengan Maya lama dah, so aku tahu semua pasal Maya, perfume apa yang dia suka, shampoo apa yang sesuai untuk rambut dia, semua aku tau. Tapi kali nie dia beli barang semuanya sememangnya berbeza dari kebiasaan dia.

Cara pemakaian Maya pula? Dia ala-ala muslimah, kalau tak baju kurung, dia akan pakai blouse dan skirt labuh.Tapi tu dulu, sekarang nie dia selalu pakai baju-baju aku, kemeja takpun t-shirt dengan seluar. Cara pakai tudung pun selalu nak ikut cara aku. Kalau aku pakai tudung bawal dia pun nak pakai tudung bawal, aku lilit macam tu,dia pun nak juga.. Dan aku nie sejenis rabun,so aku memang akan pakai lens.Then Maya pun nak beli lens juga,siap suruh aku ajarkan dia cara nak pakai.HAHAHA apa kes dah nie??

Perangai copycat dia nie makin menjadi-jadi bila 1 hari tu aku minta dia teman aku beli telefon baru sebab telefon aku dah rosak. Masa aku tengah pilih telefon, aku terdengar Maya cakap telefon dengan mak dia, minta duit sebab nak beli telefon baru! WHAT?? 2,3 hari lepas tu aku perasan Maya pakai telefon yang sama jenis dengan aku cuma berbeza warna ja. Bukan setakap telefon ja, laptop pun sama!

Maya juga pernah cuba mendekati kawan lelaki aku,Syamel.Aku tak kisah sebenarnya sebab aku cuma fikir positif. Kawan aku kawan dia juga kan? Tapi Maya dah berubah. Dia sanggup ambik telefon aku dan bermain mesej dengan Syamel. Maya kantoi sebab Syamel perasan cara mesej tu bukan aku. Syamel sendiri yang bagitau dan tunjuk semua mesej tu kat aku.Maya Maya….

Kali nie mengenai pembentangan individu dalam kelas kami, masa tu giliran Maya dulu, Maya memang melampau sebab dia curi softcopy Power Point aku, idea aku! Bila tiba giliran aku, apa yang aku nak bentangkan? Kali ni memang aku marah sebab melibatkan markah dan prestasi aku. Pensyarah dah marah aku sebab kata aku pemalas dan nak tuduh Maya, kawan-kawan pun ada yang tak percayakan aku. Semua lebih percayakan Maya, percaya Maya yang buat Power Point tu,percaya yang tu semua idea Maya.

Aku dan Maya memang dah renggang walaupun dia masih berbuat baik dengan aku, tanpa ada rasa serba salah. Nampak aku yang jahat kan? Maya kelihatan baik seperti malaikat di depan semua orang. Yela, orang mesti percaya dengan si sotong lembut tu.Bukan macam aku, kasar,konfirm nampak jahat.

Apa yang aku nampak pada Maya, walaupun kami dah jauh..Dia masih suka meniru aku dan tak boleh lebih pada aku. Aku beli nie,dia pun beli. Aku pakai apa,dia pun pakai.Aku buat apa, nak pergi mana kira semua la dia akan tiru dan ikut walaupun kadang di luar kemampuan dia. Apa masalah sebenarnya Maya??
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Dah hampir 7 tahun kami terputus hubungan. Baru-baru nie aku dapat tau Maya bekerja 1 syarikat dengan kawan aku. Dan dari cerita-cerita kawan aku tu,dia masih sama… SI COPYCAT.

– Miss Ai

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit