Si Lembut Kesayangan

Si Lembut Kesayangan

Assalamualaikum admin yg dihormati, readers yg dikasihi.

Confession aku tentang lelaki2 lembut yang muncul dalam hidup aku, dan setakat ni semuanya aku sayang.

Si lembut 1: Pakcik aku.

Pak Lang ni adik mak aku. Dulu muda2 mak aku kerja, jadi kami lima beradik tinggal dengan nenek. Pak lang yang menganggur ni la membela kami sampai masuk sekolah rendah. Pak Lang minat kerja2 perempuan. Suka buat cupcake, jahit alas meja, memasak, tanam bunga. Dia jugak kaki pancing dan selalu pergi trip memancing dengan kawan-kawan dia. Walaupun Pak Lang tak belajar tinggi tapi bakat dia sangat menyerlah sebagai supervisor dan event planner. Lepas berenti jadi supervisor kat mall, Pak Lang kerja di katering pulak menguruskan jamuan meeting menteri2. Masa kecik pernah aku tengok Pak Lang bawak balik sorang perempuan. Mungkin bakal maklang aku tapi jodoh mereka tak panjang. Pak Lang ni memang kesayangan anak buah. Dia cakap lembut je, jalan pun lembut kalah aku. Dari kecik aku la yang paling rapat dengan Pak Lang sebab api memang lawan dia air. Haha.. aku la api tu. Dulu aku tak tahu pun tentang manusia lembut ke kasar, bagi aku Pak Lang hanyalah Pak Lang. Pak Lang yang lembut dan penyayang, unik dan banyak kebolehan.

Si lembut 2: Kawan aku kat oversea.

Panggil dia Wanzu. Gaya dia sama macam Pak Lang aku, kemas dan NATURALLY jalan kepit. Kami kenal sebab persatuan. Dia ni antara figur terkenal sebab baik ati dan berbakat. Suruh jadi leader boleh, kuli pun boleh. Mengacara majlis jangan cakap la, sambil mengigau pun dia boleh jadi buat. Masa tu aku ditugaskan menyelia jamuan menteri dari Malaysia, pairing dengan Wanzu. Dia la ajar aku susun atur meja makan, letak pinggan cawan, hiasan tisu, modus operandi dan koordinasi jamuan, etc… Teratur sungguh dia bekerja. Sampai sekarang aku berterima kasih dengan dia sebab ajar aku semua tu. Aku tau Wanzu ni menaruh hati kat aku. Malangnya masa tu hati dan minda aku belum terbuka nak fikir pasal hubungan. Sekarang aku cam nyesal pulak tak consider dia. Dah kawen pun. Haha.

Si lembut 3: Kawan sekerja kini

Adi ni muda dari aku. Sama macam Pak Lang dan Wanzu, smart orangnya dan sopan. Kerja pun kemas teratur, dan aku kira dia caring dengan orang sekeliling. Itu je tentang Adi sebab tak berapa kenal. Tapi aku suka sebab dia sopan dan kekal jadi diri dia.

Ramai lagi sebenarnya yg pernah aku jumpa… si lembut yang berkahwin dan beranak-pinak. Seronok aku tengok diorang bahagia dengan menjadi diri sendiri. Lelaki2 lembut yang muncul dalam hidup aku, aku sayang diorang sebab baiknya diorang ni. Dulu aku tak tau, dah besar ni baru tau rupanya memang ada kategori LELAKI MASKULIN-LELAKI FEMININ, PEREMPUAN MASKULIN-PEREMPUAN FEMININ. Di sini la datangnya pempuan sado bersuara parau dan lelaki sopan bersuara halus. Indahnya ciptaan Allah kalau kita raikan sebaiknya.

Mesej aku kepada lelaki2 lembut di luar sana. YOU ARE NORMAL. Kalau rasa ada kecenderungan dengan kerja2 perempuan, just do it. Tak perlu sampai kau bertukar jadi perempuan. Cakap la lembut2. Berjalan la lembut2. Kau adalah kau tak perlu jadi perempuan. Aku sedih tengok ramai lelaki lembut yang ikut hawa nafsu, tukar jantina, in the end kau tetap tak diterima masyarakat.

Kalau pun kau rasa diterima, jauh dalam hati mesti kau rasa berdosa kan? Kau tau tak boleh jadi pondan, it’s against nature. Tapi kau rasa pelik nak berperangai sopan dalam tubuh lelaki. Maka kau pun tukar badan jadi pempuan…. betul tak? Tak perlu buat semua yang susah dan sakit tu. Just be yourself. Malangnya dalam masyarakat kita, perempuan kasar memanjat dibangga2kan, lelaki sopan ditertawakan… dijadikan bahan lawak dalam rancangan lawak. Sedangkan lelaki lembut yang aku kenal ialah manusia2 outstanding terhormat. Kenapalah kita bina imej buruk begitu pada diorang.

Dari harini kita kena ubah mindset tu supaya masalah sosial tak jadi makin teruk. Risau aku tengok di media, bila pondan2 semakin mendapat tempat. Maaf aku tak berniat menghina. Aku cuma nak ingatkan kalau maksiat dah berleluasa, nanti bala turun kena semua tak kira baik ke jahat.

Jadilah lembut. It’s okey. Asalkan kau tak derhaka pada Tuhan yang cipta kita.

– Aisha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments