Si Peanut & Si Gajus II

Si Peanut & Si Gajus II

Assalamualaikum.. terima kasih admin sebab siarkan cerita aku bhg ll.. kepada pembaca semua terima kasih sebab sudi membaca dan bagi komen. Sorry guys bukan aku tak nak cerita terus kat korang tapi citer aku ni agak panjang..takut korang pening bile baca.. xda niat pun nak tengok berapa ramai like ke apa.. haha cool guys..

Ok sambungan kepada cerita yang lepas..lepas kejadian aku kena marah dengan parents pasal kes aku dikatakan buli si gajus ni kita orang jalani hidup sebagai student macam biasa.. seminggu lepas orientasi senior mula balik dan masuk balik.. dalam bilik aku ada 3 orang senior yang masuk. Biasalah budak mentah macam aku tgk akak-akak tu masuk jadi takut jugak.. tapi serius aku cakap akak-akak tu baik sangat. 3 orang akak yang aku namakan kak ani, kak dian dan kak ina.. diorang layan ktorang ni macam adik-adik diorang sendiri. Dan banyak aku belajar dari diorng.

Ok.. aku pasti mana-mana student yang penah duduk asrama ke hostel ke mesti takkan lari dari syndrom adik n kakak angkat ni kan? Haha aku pun sama guys.. tapi bukan aku yang mulakan.. aku macam biasa buat hal sendiri.. and jenis aku ni memang pemalu and pendiam.. selagi orang tu x mula aku akan diam je. Tapi aku ni mmg suka senyum walaupun aku tak bercakap pun. Korang ingat x kak DD yang aku jumpa masa nak masuk bilik tu? Rupanya dia duk bilik sebelah aku je.. dan dia rajin datang balik ktorang sebabnya dia kawan dengan kak ani and kak dian.. so start dari situ lah aku perasan dia amik berat pasal aku n gajus ni.. mungkin dia pegang amanah mak aku kot mintak tengok-tengok kan budak mentah ni.. aku plak waktu tu memang takda la terfikir nak suka sangat ke yelah orang caring kat kau kan.. so aku anggap dia macam kakak jela..

Aku mula perasaan si gajus ni macam xsenang hati dengan aku. Means jeles.. yes dia jeles bila kak DD layan aku.. penah lah 1 hari tu aku demam teruk guys.. dekat seminggu. Demam yang memang aku tak boleh bangun mungkin sebab rindu pada family yelah aku kan tak pernah berjauhan dari family.. dan waktu tu roomate aku N dengan Y bawak aku ke klinik berpapah ye.. dan akak-akak bilik termasuk la kak DD diorng jaga aku sebaiknya. Gajus? Diam macam takda apa dia buat hal dia. Bila aku dah sembuh aku perasan dia lain macam aku ni ada buat salah kat dia..

Nak dijadikan cerita gajus pulak demam.. dan kami semua jaga dan tengok-tengok kan dia… aku perasan bila kak DD dtg tengok dia.. dia punya mengada tu lain macam seolah-olah macam nak bagi aku ni jeles.. dalam hati aku ko ni dh kenapa.. hahaha.. tapi aku layankan aja.. dan bila dia dah sembuh.. 1 day tu aku duk kat meja gajus datang duk sebelah aku.. then aku cakap la aku rasa berterima kasih sgt kt room mate and kak DD sebab jaga aku masa demam tu.. then gajus pun x nak kalah.. hahaha.. gajus cakap haah la diorang jaga kita jugak.. aku cakap la tak sangka kak DD jaga aku sampai malam tertido kat katil aku.. then gajus cakap kak DD pun jaga kita jugak.. kak dian pun duk dengan kita.. aku dalam hati ckp dia ni dah kenapa macam nak berlawan dengan aku pulak.. means dia xnk aku lebih dari dia.. tapi aku layankan jela cerita dia.. dia siap cakap kita jeles la tengok diorang layan awak masa demam tu sekali kita pun demam jugak… awak mesti jeles kan tengok diorang layan kita camtu kan? Aku dalam hati berkata what??? Aku juz senyum dan cakap ada-ada jela kau ni..

Day by day aku dengan kak DD makin rapat.. anyway bukan kak DD je tapi aku rapat dengan kak ani jugak.. nak buat macam mana.. bukan aku yang merayu kat diorang untuk kami rapat tapi diorang yang datang kat aku.. mungkin ada sumthing yang diorang senang dengan aku kot… dan hal tu membuatkan gajus bertambah-tambah jeles dengan aku.. aku tak pernah terfikir pun nak bergaduh dengan dia ke apa.. tapi satu hari tu dia moody tak tentu pasal sampai x nak bercakap dengan aku. Then aku ni plak kalau ada pape memang aku slowtalk..so aku tanya la gajus kenapa dengan dia.. aku ni ada buat silap ke.. mula gajus diam je.. then lepas tu dia cakap dia sakit hati dengan aku.. sebab budak bilik semua lebihkan aku tapi dengan dia macam biasa-biasa je. Aku pun cakap la kat dia aku berkawan dengan diorang macam aku berkawan dengan kau jugak.. dan diorang pun mcm tu jugak.. tapi sebab malas nak panjangkan cerita aku mintak maaf jela..

Zaman dulu beb time study nak dapat laptop bukan senang kan..? Dan ada pc pun dah cukup bersyukur.. room mate aku memang slalu guna pc aku sebab aku ada printer sekali.. aku pun jenis xkesah diorang nak pakai apa yang penting jaga elok-elok.. gajus ni pulak memang xbole tgk aku lebih.. dia pun mintak la parents dia belikan laptop.. so room mate pun ada la jugak pinjam laptop dia.. dia punya la happy sebab diorang pergi kat dia.. mungkin dia suka kot aku ni sorang.. aku plak jenis xkesah.. bukan setakat barang.. sampaikan nak bangun pagi pun jadi isu.. hahaha apa lah salahnya kalau dah jaga tu kau kejutkan jugak kawan kau ni.. nak mandi dan solat subuh.. tapi gajus xbuat cmtu.. dia akan bangun mandi dan solat pastu dia tidur.. kadang aku tak terfikir apa yang dia berlumba sangat..walaupun aku penah ckp kat dia nanti kalau kau terjaga dulu kau kejut aku sekali boleh kita pegi mandi sama..

Bukan setakat mandi je.. gajus ubah strategi.. strategi apa? Macam apa yang dia buat pada aku masa aku kena marah dengan parents aku.. dia mula buat cerita pasal aku pada room mate aku.. dia buat cerita pada kawan-kawan aku dan sampaikan ke budak kos aku dia buat cerita.. aku mula perasan diorang lain dengan aku dan aku kena tegur dengan kak dian.. kenapa buat gajus macam tu.. aku macam saya buat apa kak? Kak dian diam.. korang tau x perasaan kena pulau macam mana? Itulah yang aku tanggung.. roomate aku pulaukan aku kecuali kak ani.. sebab dia je tau cerita yang sebenar.. waktu tu setiap hari aku menangis.. satu hari aku slowtalk dengan gajus tanya dia apa yang aku dah buat sampai dia cerita macam-macam pada aku.. korang tau slowtalk tu bertuka jadi pergaduhan.. gajus ni terpekik-pekik kat aku cakap aku ni teruk. Gajus cakap semua orang suka kat aku.. pasal aku diorng ketepikan dia la apa.. aku ni saja nak sakitkan hati dia.. aku ni amik makanan dia and gunakan dia suruh buat itu ini.. kau bayangkan semua jiran-jiran ktorang keluar dan tanya kenapa weh bilik korang?? Room mate ktorng tenangkan ktorng.. aku rasa macam mimpi semua tu kelua dari mulut gajus.. tak pernah terfikir aku nak gunakan dia ke apa.. depan room mate aku dia cakap cmtu korang boleh fikir tak apa tanggapan diorang pada aku..

Aku hanya mampu menangis.. setiap hari dalam solat aku mintak Allah tunjukkan kebenaran.. aku bawak diri aku.. kawan-kawan yang aku rapat pun blame aku pasal gajus dah mengadu macam-macam pada diorang.. sem 5 ktorang kena duduk luar.. dan aku dengan kawan-kawan tu plan nak duduk sekali.. termasuk la si gajus ni.. aku duk bilik sorang.. gajus duk dengan kawan ktorang giha, wan, ema..,antara ktorang giha tua dua tahun dari ktorng. Aku lalui hari aku mcm biasa.. gajus tetap cmtu buat cerita macam-macam pasal aku.. mungkin dia nak orang benci aku kot. Aku still bertahan.. sampailah 1 hari..dalam dewan kuliah.. lecterur bgtau bt group 5 orang untuk project by group.. aku pun tak terfikir apa la sebab biasa group assignment aku memang dengan giha, wan, ema dan gajus.. tapi haritu bagai nak terduduk aku dengar.. giha cakap peanut group ktorng dah cukup.. ko cari group lain la.. dan waktu tu aku terdiam.. sampaikan semua bdk2 dlm tu xnk group dengan aku tapi ada sorang kawan aku ni sudi masukkn aku jadi ahli group dia.. aku balik dan menangis-nangis.. aku call mak aku cakap aku tak tahan aku nak berhenti sebab aku kena pulau dengan kawan semua.. tapi mak cakap sabar doa byk-byk pada Allah.. aku bertahan dan akhirnya amik keputusan keluar dari umah sewa tu dan sewa di tempat lain. Terpancar wajah puas kat muka gajus. Aku bawak diri sorang-sorang guys.. then satu hari wan datang kat aku.. dia cakap mintak maaf pasal kes group assigment tu.. then aku pun tanya apa yang berlaku sebenanrnya.. wan pun akhirnya bukak cerita yang gajus cerita yang aku ni gunakan dia.. buli dia.. suruh buat itu ini.. kat bilik tu semua budak layan dia je xlayan gajus pun.. aku ni suka marah-marah dia.. dan macam-macam lagi.. gajus cerita kat semua budak-budak class ktorang sebab tu ktorng pulaukan kau.. waktu tu ikut hati aku memang rasa nak je aku tumbuk muka si gajus tu tapi aku tak buat cmtu pun.. aku juz cakap tak apalah Allah maha berkuasa tengok jela sapa betul siapa salah..

Perkara tu berlanjutan beberapa bulan sem tu.. tiba-tiba sorang demi sorang kawan aku dtg mintak maaf semua.. aku macam pelik apa yang berlaku.. mungkin Allah nak tunjukkan pada diorang perangai gajus.. beberapa orang kawan ktorang kena fitnah dengan gajus jgk.. tapi waktu tu kantoi sebab budak tu tanya depan-depan gajus psl segala cerita yang dia reka.. gajus mengaku.. then diorang cakap mungkin cmni jugak ko reka cerita pasal peanut kan? Yes.. kebenaran tu akan terbukti jugak guys.. even room mate aku pun mintak maaf dekat aku atas apa yang berlaku sebab terlalu percayakan orang sangat katanya.. akhirnya kebenaran berpihak pada aku.. gajus?? Dia menyimpan dendam pada aku mungkin..

Bukan setakat perangai jeles dia yang melampau.. gajus ni agak pengotor weh.. korang boleh bayangkan tak pakai baju dan seluar yang sama selama seminggu? Bila aku tanya kenapa xbasuh baju? Dia jwb ala kita bukan main kotor pun duk bilik je.. aku diam je n dalam hati cakap memang la duk bilik je tapi bau badan kau tu perit kot. Perangai dia ni berlanjutan sampai ke universiti ye.. aku masuk U yang sama dengan dia cuma lain kolej je.. dia still buat perangai yang sama.. jeles tengok bila aku dengan kawan-kawan. Padahal tu kawan dia jugak.. fitnah orang makin menjadi-jadi habis dia tabur citer pasal budak bilik dia..room mate pertama dia ckp budak tu teruk perangai tak senonoh sejak couple macam apa je.. aku tengok budak tu ok je mmg islamik la.. tapi gajus ni punya sakit hati macam dia xsuka room mate dia tu bercouple. Second room mate dia cakap budak tu psiko.. mcm-mcm citer dia ckp psl budak tu.. sampaikan ktorng yang dengar ni takut nak dekat dengan budak tu sebab ingat budak tu psiko.. dan psl room mate yang dia cakap psiko tu la dia mintak tumpang bilik kawan ktorng yang sama kolej dengan dia.

Akhirnya kawan ktorang tu menyesal xsudah.. korang boleh fikir tak dekat 3 bulan dia duk blik kawan tu.. kawan aku cakap tak tahan sebab dia pengotor.. pakai baju tak tuka-tuka.. tak mandi weh.. bau badan dia buatkan kawan aku tak tahan.. slumber je korek hidung depan-depan orang.. hahaha.. kadang-kadang kalau dia selsema dan bersin habis terkeluar cendol.. haha aku gelak je masa kawan tu citer sebab dan tau perangai gajus ni.. dan setiap hari ada je citer pasal orang tu dan ini semua tak kena semua jahat. Dia jela yang betul.. dan actually masa kat univ ni pun aku penah kena pulau dengan kawan-kawan jugak pasal mulut gajus la.. tapi sebab dah tak kesah aku biar je.. sebab akhirnya kebenaran tu terbukti.. diorang akan mintak maaf balik pada aku..

Gajus ni ada 1 sikap suka mengejek orang lain. Contoh dia nampak orang tu xsempurna macam tempang ke.. gemuk ke.. dia akan gelak dan bagi nama samaran gajah la.. itu dan ini.. aku selalu tegur dia cakap tak baik cakap orang mcm tu.. dan kawan-kawan yang lain pun tak berapa senang dengan dia pasal hal tu.. dia cakap orang boleh tapi bila orang cakap dia mula nak sentap dan buat muka teraniaya.

Gajus ni dapat biasiswa.. hal ni pun buatkan aku terkilan dengan dia.. dia dah tau seminggu sebelum tarikh tutup lagi dapat tau pun dari geng kolej dia.. aku dapat tau pun sebab aku nampak dia print sumthing.. aku nak buat memang tak sempat sebab dah tarikh tutup pn. Aku fikir tak pela takda rezeki aku.. dengan duit biasiswa tula gajus kaburi mata-mata kawan-kawan.. hahaha kaburi macam mana? Gajus akan belanja makan mahal-mahal kawan-kawan dia.. belikan itu ini sebab nak dapatkan perhatian dari diorang.. dan dia akan berlawan dengan aku setiap barang yang aku ada dia mesti nak lebih dari tu. Cuma yang dia xbole lawan lagi adalah kereta. Aku ada kereta parents aku belikan..gajus ni punya la sakit hati setiap hari mengutuk kereta aku.. dia ckp ala kancil je pun.. kereta macam kereta control.. pans la itu ini.. waktu dulu weh kete kancil pun dah cukup sempurna dah. Banyak jasa kereta aku tu weh bawak g sana sini.. gajus pun kalau pegi mana-mana akan naik kereta tu jugak. Tapi manusia kalau dah busuk hati kau tabur emas pun dia akan cakap kau nak racun dia kn? So aku biarkan jelah semua tu.

Akhirnya masa nak konvo tu gajus pulak kena pulau. Semua budak-budak kos ktorang tak layan dia.. sebab apa? Bukan aku sorang je kena tapi ramai dikalangan ktorang kena dengan perangai dia. So dia duk sorang-sorang.. takda sapa pun nak ajak dia bergambar. Muka aku ni jugak pegi kat dia ajak bergambar. Aku ni lembut hati jenis xsuka gaduh panjang-panjang so biasa memang aku akan mengalah je. Lepas habis konvo ktorang lost contact.. apa yang aku ingat kawan-kawan aku cakap macam kau boleh bertahan dengan manusia psiko cmtu eh? Macam-macam dia buat kau kot.. aku juz cakap tak apalah Allah tu ada.. macam dia nak tipu pun Allah tu akan tunjukkan jugak kebenarannya.. nak citer pasal gajus ni byk lagi sebenarnya. Ni pun rasa dah cukup panjang dan aku citer. Nanti la kalau ada masa aku share pasal dia citer kat semua orang aku dengan mak aku serang dia dan family dia kat rumah. Kerana citer tu ntah berapa keturunan dia jaja weh..

Anyway thanks pada pembaca… yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan.

-Si Peanut-

– Si Peanut

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit