Si Pencuri

Assalamualaikum. Firstly, terima kasih admin kalau confession ni disiarkan. Aku memang tak pandai menulis tapi aku menulis disini untuk meminta pandangan sebab kalau nak tanya kawan it’s too personal and they know my family.

Aku anak sulung dari 5 beradik. Aku dibesarkan dalam kluarga yang sederhana. Keluarga aku ada business sendiri. Setelah tamat pengajian, aku bermula bekerja dengan syarikat parents aku sendiri. Sebagai anak sulung, mak aku selalu untuk minta aku simpan duit untuk kegunaan peribadi dan syarikat. Kebiasaanya kegunaan syarikat ni macam duit yang dah diperuntukkan untuk keraian atau hadiah untuk staff. Kadang2 dalam bentuk cash kadang2 aku akan simpan dalam akaun bank.

Sejak akhir2 ni, aku macam perasaan duit yang aku simpan cash selalu tak ckup. Kadang 50, lebih pun penah. So terpaksa aku topup duit aku sendiri. Sebab mmg tanggungjawab aku la sebab pegang duit kan. Maybe aku terguna or etc. Satu hari aku kena pegang cash 1.7K sebab time tu ada nak kena buat payment kat supplier yang mintak cash. Tapi beberapa hari jugak la aku pegang duit tu. Hari nak buat payment tu 1.2K HILANG. Yang tinggal 500 saja. Terkejut bukan kepalang. Aku pegang duit tu baru sehari dan aku tak pergi mana2 pun just stay kat rumah sebab weekend. Aku syak memang pencuri tu ada dalam rumah aku. Adik yang ke3 dan ke4 memang takde kat rumah sbb dorang belajar jauh. So suspect adik ke2 dan ke5 sahaja.

Adik yang ke5 ni memang macam bermasalah sikit. Baru lpas spm.Dia belajar skolah asrama penuh, penah kena gantung skolah sebab merokok dalam asrama and dia penah kantoi dengan mak aku mencuri duit ayah aku sendiri masa form2. Dia jugak memang tak banyak cakap and banyak main fon je.

Adik yang ke2 ni pulak baru habis belajar. A bright student. Cakap banyak dan boleh kata baik la jugak. Dua dua ni lelaki.
So lepas kejadian duit aku hilang 1.2K, aku bagitau mak aku and mak aku pun syak adik ke5 ni. Tapi check duit dalam bank,wallet and bilik dia memang tak jumpa apa2 so tak boleh nak tuduh. So mak aku decide just ganti je la duit tu dlu.

Pastu semalam ayah aku baru bukak cerita kat mak aku yang duit dia hilang 500 and dia baru withdraw 1K and tak belanja apa2 pun. Mak aku apa lagi tekejut la. Ayah aku cakap sebenarnya dah banyak kali hilang tapi just taknak kecoh. This time myb ayah aku pun dah tak tahan asyik hilang je. So mak aku decide nak gi jumpa ustaz untuk menengok.

Bila bagitau ustaz tu, ustaz tu cakap memang pencuri tu ada dalam rumah aku sendiri. Dia macam dah terkena dengan orang. Kawan dengan budak2 jahat. Mula2 pencuri ambil and guna untuk diri sendiri tapi sekarang dia ambil and bagi dekat kawan dia tu. Biasa kalau ustaz boleh macam bagi pencuri ni jadi panas and tak senang duduk. Ustaz tu cadangkan jangan buat lagi sebab kalau panas tu pencuri tu boleh jadi gila. So hati ibu ni tak sampai hati tak buat apa2 lagi sebab kesan tu kat anak2 dia.

Tiba2 tadi adik yang ke2 bagitahu aku yang dia terjumpa duit RM500 dalam wallet adik yang ke5 tu sbb aku ada crita dekat dia yang duit ayah aku hilang. Aku dah bagi tahu mak aku and apa aku patut nasihat mak untuk buat dekat adik ke5 tu ? Patut ke mak aku paksa dia mengaku and kalau dia mengaku apa patut buat ? Possibility untuk dia buat lagi pun tinggi. Ke belasah je dia ? Or as parents what should you guys do ? Hopefully to read some good opinions. Thank you!

– Tinis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *