Siapa Netizen Ini Sebenarnya

Siapa Netizen Ini Sebenarnya

Makin hari makin famous netizen ni.
Tapi siapakah sebenarnya mereka ini?

Dari sudut pandangan aku lah kan, perkataan netizen tu pun dah cukup bagus untuk memberi erti kepada pe’el perangai netizen yang kian berleluasa sekarang ni.
NET-IZEN..
NET-internet, IZEN-citizen.. Atau maksud panjangnya, penghuni internet. Orang yang kehidupannya berkisar dalam internet SAHAJA. Tak berkembang. Apa-apa yang terpapar kat internet, itulah pegangan hidup dia. Tak kira lah info tu betul ke, salah ke. Asalkan info tu dia jumpa kat internet, so betul lah info tu. dan dia akan bermati-matian pegang dan tegakkan kepercayaan dia tu.

Mereka ini juga golongan yang akan menegur tak kira siapa pun, dengan bahasa yang ada kalanya tak mudah untuk difahami, tanpa sebab yang munasabah, menggunakan fakta yang tak berasas, janji dapat bidas sesiapa yang mereka lihat di media sosial, ibarat buldozer yang dipandu driver dibawah pengaruh dadah+alkohol.

So aku kategorikan netizen kepada beberapa jenis:-

A) Makcik-makcik bawang
Netizen-netizen ni biasanya golongan makcik-makcik yang akan menegur bab-bab rumah tangga ke, anak ke. Yang biasanya jadi mangsa adalah artis-artis la. Bila diorang bercerai ke, putus cinta ke, putus tunang ke, ha golongan netizen ni lah yang akan paling kuat bersuara. Macam dia lah yang tau pucuk pangkal cerita kenapa pasangan tu bercerai.

Pastu bila artis tu bergurau kasar dengan anak, ada saja yang nak dikomennya. Nanti bila besar, anak tu jadi kurang ajar la. Eh jangan dukung anak macam tu, nanti dia kuat melawan. Eh jangan main dengan tangan anak macam tu, nanti patah tangan anak tu.

Sometimes you make me speechless, makcik.

B) Budak-budak baru nak up
Yang ni pulak, budak belasan tahun yang ajet-ajet tau semua pastu kengkonon nak tunjuk hebat.
Tak tau pape, tapi guna perkataan mencarut-carut. Komen kat profile orang macam dia lah orang yang paling pandai kat dunia ni.

Dan aku suspect dari golongan ni lah yang dah malukan nama orang Melayu dengan mengkomen kat insta Dua Lipa yang pasal “Happy Birthday Babi” tu. Adoi la dik oi. Bahasa Melayu is not the only language in the world. Mentaliti netizen Malaysia belum cukup kuat nak lawan open-mindedness netizen global. Apatah lagi dengan pemikiran korang yang tak berapa nak matang lagi. Jangan la malukan diri & bawak nama Malaysia sekali. -_-‘

C) Ustad ustajah wannabe
Golongan ni. Semuanya haram. Semuanya dosa. Tapi dia tak sedar, menegur keburukan orang di khalayak ramai tu pun bukanlah cara menegur mengikut panduan islam. Setakat belajar agama kat skolah pastu dapat A masa SPM je. Ceramah kat masjid pun taknak dengar. Pergi masjid pun masa raya je. Ada hati nak tegur ala-ala mufti. Ye betul, kena tegur kalau orang buat salah. Tapi betulkan diri sendiri, adik-adik, anak bini dulu. pastu kalau nak tegur pun, PM la. Tegur cara baik.

D) Doktor jadian
Ni masalah negara. Dan paling bahaya. Sebab “pengaruh” deme ni boleh menyebabkan kematian kalau tak kena gaya. Dia lah pakar kanak-kanak. Dia lah pakar kanser. Dia jugak pakar sakit puan. Yang lagi bahaya, kalau golongan ni jual produk. Dan produk yang dia jual tu boleh baik segala macam penyakit. Darah tinggi, kencing manis, migrain, kanser semua lah boleh baik. Yang hardcore lagi kalau dia siap komen kat Dr betul punya page/post.

Yang lagi menyedihkan, ramai yang mempercayai statement golongan ni, lebih dari kata-kata Dr lagi. Menysusahkan kerja Dr atau healthcare provider lain yang dah penat lelah belajar untuk berbakti kepada masyarakat.

Konklusinya?
Netizen adalah golongan manusia yang dah menyalah-gunakan media sosial.
Mereka jadikan media sosial sebagai satu platform untuk menghentam orang lain, mencari kesalahan orang lain dan juga menyebarkan berita-berita palsu yang boleh mengakibatkan defamation dan juga kematian (merujuk kepada golongan doktor jadian).

So kalau anda rasa anda tergolong dalam mana-mana group ni, bawak-bawaklah bertaubat.
Jangan sampai kat padang Mahsyar nanti, anda kena cari balik mereka-mereka yang dah terkesan dengan statement anda yang salah itu. Ingatlah, internet tu cuma virtual, dunia ini sementara dan akhirat itu lah yang kekal selamanya. Haa, kan aku dah tazkirah.

– Orang yang penat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit