Siapa Yang Bermasalah

Assalamualaikum. Aku pasti ramai kat sini tinggal dengan mertua kan? Mesti ada suka duka. Happy, sedih, sakit hati, semua bercampur baur. Kadang aku rasa macam orang gila pulak. Kejap happy, kejap sakit hati.. kejap lagi gelak.

Aku bukan seorang yang pendengki. Aku kahwin dengan husband aku ikhlas. Atas dasar cinta. Cewah. Aku terima family husband aku seadanya, seperti mana husband aku terima family aku seadanya. Tapi tulah, bila kita tinggal dengan mertua, banyak masam dari manis. Dalam kes aku, bukan dengan mertua. Tapi ipar duai aku.

Aku cerita kat sini, sebab tak da siapa kenal aku. Bayangkan aku cerita kat mak, abang atau kakak2 aku? Apa pandangan dorang pada ipar duai aku kan? Baik aku luah sini. Sebab, aku dah bernanah dah simpan benda ni sorang2. Nak mengadu kat husband aku? Rasa tak best, sebab tu family dia. Maafkan aku kalau korang tak suka. Aku dah bersedia mental dan fizikal kalau kena kecam.

Abang ipar aku, rumahnya tak jauh dari sini, hari2 akan hantar 4 anak dia ke rumah mertua. Aku adalah seorang suri rumah. Hanya jalankan bisnes online dari rumah sambil2 jaga anak2. Dalam masa yang sama, aku tolong mak mertua jagakan anak2 abg ipar aku sebab mak mertua aku dah tak larat. Contohnya seperti memasak, kemas rumah, uruskan budak2 tu ke sekolah, suruh dorang mandi (budak2 ni sangat susah nak mandi) , nak makan, minum dan sebagainya.

Jadi, disebabkan pagi2 hantar anak2 ke rumah mertua, abang ipar 1 family akan breakfast di sini. Dan begitu juga makan malam. Mereka akan makan malam di sini sebelum pulang ke rumah. Kiranya, rumah dorang tu sekadar tidur malam dan weekend je dorang duduk. Aku faham, kerana anak ramai, kesesakan wang dan sebagainy menyebabkan dorang 1 family akan makan di sini setiap hari. Lagipun inlaws aku tak kisah, buat apa aku nak kisah. Kan?

Kisahnya adalah biras aku ni. Ada masa terluang sembang dengan aku, pasti akan mengomel bosan dengan masakan mak mertua dan aku. Sebab kami masak benda yang sama setiap hari dan akan rotate setiap minggu. Katanya. Aku dan mak mertua bergilir masak setiap hari. Contohnya harini aku masak, esok mak mertua akan masak. Dan pernah jugak biras mengomel aku masak tak sedap..

Aku bukanlah sakit hati sangat bila dia cakap bosan dengan masakan aku dan mak, dan masakan aku tak sedap. Tapi aku geram dengan ketidak bersyukuran dia tu. Nak pergi kerja orang masakkan. Balik kerja pun orang masakkan. Tinggal ambik pinggan makan je. Tu pun banyak bunyi.

Jenis aku, orang berbudi, kita berbahasa. Kalau aku berbudi, tapi orang tak berbahasa ni boleh buat aku sakit hati. Dah la tu, lepas makan basuh pinggan anak beranak dia je. Kot lah nak tolong basuh periuk belanga yang dah kosong lepas hidang lauk. Aku bukan berkira. Aku ikhlas awalnya, tapi makin lama, makin melampau. Kadang lepas makan, terus balik, pinggan anak2 dorang makan bersepah dalam singki. Aku basuhkan je la, dah nasib aku.

Dan lagi satu benda mengganggu jiwa raga aku. Adalah perasaan tak puas hati. Dari awal aku kahwin, aku selalu perasan biras aku ni suka tengok aku. Bila aku perasan, dia akan pusing ke lain. Aku rasa biras aku ni sebenarnya tak suka aku. Tapi terpaksa suka. Buat masa sekarang, aku adalah menantu perempuan paling last. Adik husband aku belum kahwin, masih sekolah. So akulah perempuan yang paling muda dalam family husband aku ni. Orang lain okey je dengan aku. Mak mertua, kakak2 ipar aku. Semua layan aku macam seorang adik ipar. Biras aku ni suka layan aku macam budak2. Dia selalu cuba malukan aku depan saudara mara husband aku. Dan dia selalu pertikaikan aku punya choice untuk anak aku. For example, aku beli stroller, dia cakap buat apa beli, ambik je yang dorang punya yang lama tu. FYI, stroller lama dorang dah tercabut tayar, sorong2 je tayar tercabut. Apa salahnya aku beli baru. Aku beli yang murah je. Jenama dearbaby tu. Aku beli carrier, dia cakap haa ajar la sangat anak tu. Eh macam2 lagi la, nak cerita 1-1 memang panjang.

Lagi satu biras aku ni, dia macam tak senang duduk kalau kakak2 ipar aku datang rumah mak mertua. Tak lama tu mesti dia pun sampai.Sebab kakak2 ipar aku ni jenis kalau datang rumah mak dorang, mesti nak upload gambar dalam group. Kalau aku sembang2 dengan kakak ipar, dia akan datang jugak. Tapi she won’t include me into her conversation. And dia langsung takkan pandang muka aku. Kadang, kalau ada rahsia dia dengan kakak2 ipar aku yang sah2 dorang je tau, dia akan saja2 cakap depan aku. Contohnya masa tu kakak ipar aku sakit appendik, so kakak ipar aku hanya bagitau inlaws aku dan biras aku. Sebab biras aku dah kahwin lama, anak dah 4 orang dah. So no wonder hubungan dia dan kakak2 ipar aku rapat. So berbalik pada cerita, kakak ipar aku no 2 ni sakit appendik dan akan dioperate. Dia taknak orang tahu, aku pun tak tau kenapa. So mak mertua aku takde la sembang2 dengan aku pasal tu. Tiba2 masa tengah makan malam, biras aku tanya mak mertua aku “mak tau kan pasal kakak?”.. terus mak mertua aku buat muka macam shhh jangan cakap sini, rahsia. Biras aku terus sengih2 berenti cakap. Aku sebagai taktau apa2, mesti la agak curious and rasa terpinggir sikit la sebab cakap benda rahsia depan aku.

Aku seorang manusia yang rasa Bahasa Inggeris tu penting. Sebab aku punya bidang kerja sebelum aku berhenti jadi housewife memerlukan penguasaan bahasa inggeris yang tinggi. Sebab aku dari kecik2 dah diterapkan penggunaan bahasa inggeris oleh bapak aku. Sebab bapak aku cikgu bahasa inggeris. Jadi aku cuba terapkan pada anak2 aku penggunaan bahasa inggeris. Aku bagi dengar baby rhyme bahasa inggeris. Tapi tidak pula aku lupakan Didi and Friends. Dan yang terbaru, Omar dan Hana. Aku campurkan semua lagu ni pasang kat tv untuk anak aku dengar. Dlam masa yang sama, aku terapkan penggunaan basic bahasa inggeris pada anak aku. Supaya dia familiar. Itu ja. Bukan aku berlagak nak cakap inggeris. Tak 24 jam aku speaking ngan anak aku. Tapi aku sedih, bila aku dengar abang ipar aku dan biras aku mengajuk2 apa aku cakap dengan anak aku. Masa tu di meja makan. Biras aku ulang2 ayat aku cakap pada anak aku dengan nada yang ditekankan. Sama jugak abang ipar aku. Sambil gelak2. Sepanjang kat meja makan tu, dorang buat lawak speaking bodoh2 non-stop. Sorry aku taktau nak cakap macam mana bila orang yang taktau cakap bahasa inggeris cuba2 cakap bahasa inggeris dan cuba sebut ayat2 inggeris tu jadi lawak bodoh. Contohnya, ayat dorang cakap malam tu :-

“You want ceken??” (ceken maksud chicken)

“You want ceken take a bowlerr” (bowler maksud bowl)

Menangis aku malam tu. Sah2 tu ayat aku guna untuk ajak anak aku makan sebelum tu. Sejak tu, aku berjanji, aku takkan hormat dorang lagi. Aku rasa dorang bodoh sangat. Sekarang aku ada anxiety, nak speaking ngan anak aku, aku rasa insecure sangat, takut dorang ejek2 aku lagi.

So sekarang, aku rasa sangat sakit hati dengan dia dan abang ipar aku. Aku dah simpan lama. Aku nak tanya, aku yang masalah ke atau dia? Sebab dari awal aku kahwin, aku takda niat nak jadikan sapa2 musuh, aku nak happy2, semua 1 family. Tapi bila jadi kes2 macam ni, aku jadi tertekan sorang2. Aku over ke korang?….. Berasas ke sakit hati aku ni?…

– Sabrina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit