Siapakah Aku?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. Ini confession yg pertama aku & aku harap admin lulus kan. Aku tak nak cerita pasal diri aku cuma sekarang ni aku tinggal dgn parents aku. Banyak derita dari bahagia sepanjang aku hidup setakat harini. Aku bukanlah seorang yang pandai, cantik jadi sejak kecil parents aku suka bandingkan aku dengan adik-beradik aku, sedara2 yang sebaya. Kalau perbandingan yang baik oklah tapi perbandingan yang menyakitkan hari sampaikan aku berfikir yang aku ni anak pungut.

Bila dah besar aku ingat perbandingan tu dah tamat dan parents(mak) aku boleh terima aku seadanya. Bila kakak2 aku dpat masuk sekolah bagus atau result cemerlang mesti mak aku cakap ‘ko tak boleh ke jadi macam kakak ko tu selalu je dapat straight A’ atau ‘ko ni malas belajar sbb tu result ko tak macam kakak ko’ dan banyak lagi kata-kata negative yang aku terima dari mak aku sendiri. Bukannya aku tak usaha belajar tapi dah limit aku setakat tu nak buat macam mana. Bukan aku mintak untuk jadi tak pandai .

Itu baru bab belajar. Bila bab buat kerja rumah(kemas, masak etc) smua aku kena buat. Orang dalam rumah ni buat aku ni macam hamba abdi. Bila aku tak buat atau buat lambat mula lah dicopnya aku ni pemalas lh, tahu makan je masak tolong dapur taknak. Tapi kakak aku boleh pulak duk rilek goyang kaki tengok tv. Bila aku suruh dia buat kerja tahu pulak nak mengamuk mengadu kat mak aku. Last2 aku jugak kena marah.

Lepas spm aku sambung belajar dalam bidang yang mak aku pilih kononnya dah grad nanti senang dapat kerja. Aku ikut je sbb taknak gaduh dan sebab mak aku cakap dengan result spm aku ni takda U yg nak terima aku. Sedih sang at hanya Allah SWT je yg tahu sbb tu aku decide ikut je keputusan mak aku. Masa tu aku fikir mesti mak aku tahu apa yg terbaik utk aku.

Tapi bila dah grad aku kerja dalam bkan bidang aku. Kenapa? Sbb sepanjang aku belajar satu apepun xmsuk dalam oyak aku. Aku belajar sbb nk lulus Dan grad je. Sbb nak puaskan hati mak aku je. So bila dah dapat kerja luar bidang, mak aku mengamuk. Mulalah dia start balik perbandingan yang dulu2. ‘ko xmalu ke kerja mcm tu’ atau ‘ko tengok sepupu ko gaji tinggi tapi ko?’ atau ‘brapa sen je gaji ko dapat dengan kerja gitu’ sambil senyum sinis. Sejak haritu aku stress, hari2 sedih tapi aku pendam sendiri sbb bagi aku family aku tak pernah nak terima atau sokong apa yang aku buat. Mentang-mentanglah smua adik beradik aku kerja gomen aku disisihkan dan dihina.

Mungkin bagi mak aku duit tu segala-galanya. Setiap hari aku makan hati dengan perangai family aku sampaikan aku pernah toreh lengan aku, hantuk kepala aku ke dinding, bwak motor laju2 sbb nak mati. Bukan aku taknak pindah tapi hati ni berat sangat nk tinggalkan rumah ni macam ada sesuatu yg menghalang.

Reason sebenar aku tergerak nak submit confession malam ni adalah kerana aku stress dengan adik beradik aku. Aku tahu selama ni adik beradik aku kutuk aku dalam wassap sesama mereka dan bila mereka tak tahu aku curi2 baca msg2 diorang. Aku baca sambil menangis sambil fikir apa dosa aku pada mereka? Adakah aku ni mmg anak pungut? Tolong bagi aku kekuatan sbb makin hari makin sakit aku rasa.

– unknown

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *