Simpanan Gadis Bujang

Simpanan Gadis Bujang

Assalamualaikum. Aku perlukan pandangan pembaca sekalian. Aku tahu page ni dibaca pelbagai golongan latar belakang, dan biasanya penuh dengan nasihat, cadangan, kritikan membina.

Aku amy, usia lewat 20-an. Begini ceritanya.
Disaat umur menghampiri 30, aku baru sahaja memasuki dunia pekerjaan sebenar dengan gaji bawah paras gaji sepatutnya seorang graduan sarjana muda. Tidak mengapa. Bukan itu yang ingin dipersoalkan.

Sudah setahun aku bekerja. Gaji aku cuma rm1500 bersih setelah potongan wajib pekerja. Setahun yang lalu, aku menikmati sepenuhnya gaji dengan membeli apa sahaja yang terlintas dan terhajat dihati. Tidaklah berupa barang mewah, tetapi cukuplah menggembirakan hati sendiri. Di samping setiap bulan wajib menghulur RM150 untuk parent.

Dulu diawalnya aku cuba juga untuk menabung, seratus dua tetapi akhirnya aku mengorek semula. Haha. Tetapi diakhir-akhir ini sudah timbul kesedaran untuk menabung memandangkan aku sudah mula mahu serius memikirkan tentang tabungan untuk kahwin, beli asset, pergi melancong (aku teringin nak ke Cameron highland dan mana2 pulau kat Malaysia ni. Dapat satu pulau pun jadi lah). Sedih kan? Huhu

Terima kasih kepada saudara harith faisal dan beberapa figura awam di facebook yang selalu berkongsi tentang kepentingan simpanan . menabung. Aku rasa aku harus mula serius memikirkan pelaburan masa depan. Untuk makluman, aku tidak mempunyai kenderaan sendiri, hanya menggunakan motor keluarga untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Berbalik kepada soal kewangan, dengan gaji rm1500 aku sudah mula konsisten menabung rm500 sejak 3 bulan lepas. Komitmen bulanan aku tidak banyak – RM230 sewa bilik, RM150 parent, RM30 minyak moto, RM29 takaful – ye aku amik takaful yang cimb promot by call tu. Betul ke tindakan aku beli takaful ni? Nak amik prudential dll aku tak mampu lagi. So total hampir RM450. Ptptn aku dah setelkan tunggakan , so sekarang tengah tunggu surat konfemkan bayaran bulan lebih kurang rm110. Alhamdulillah aku dapat deal untuk bayar minima 110 je sebulan – total ptptn aku 32k. so lets assume total komitmen RM550.

Balance 950 untuk makan minum, duit kecemasan, duit shoping – ( biasa aku suka cuci mata online je. Lazada bahaya weyh!) dan tabungan. So kalau aku cuba untuk kekalkan setiap bulan minima rm500, by the end of this year, aku dapat kumpul dalam RM4000. Tapi aku rasa aku boleh tambah lagi rm200 memandangkan bulan depan gaji aku naik jadi rm1700. So assume aku dapat kumpul RM5000.

TUAN PUAN BUDIMAN,
Sewaktu tuan puan kakak abang sahabat sekalian sekitar umur saya, adakah kitaran wang ini normal? Apa yang saya maksudkan, normalkan disaat usia lewat 20-an, saya hanya ada simpanan kurang dua ribu, dan baru berkira-kira untuk mula menabung secara serius. Saya belum berkahwin, saya tiada asset rumah kereta bahkan seurat gelang sbutir emas pun tiada di genggaman?

Saya tahu, di saat umur sebaya saya ini, masih ada yang baru sedang bertatih mencari kerja, sedang menyambung pelajaran, ditimpa hutang bertimpa. Namun normalkah untuk saya bersedih dan mentertawa kemiskinan diri sendiri disaat ramai rakan sebaya sudah mula menayang gambar kereta (ya tahu mereka berhutang), pergi bercuti kesini situ, sudah mula menayang kunci rumah. Lagi sedih mereka yang sudah mempunyai asset anak-anak disamping suami. Tipu kalau tak cemburu.

Saya juga sedar, kita harus sedar diri. Ikut kemampuan diri. Timeline manusia berbeza. Betul. Cuma itulah, terkadang datang pertanyaan membelenggu diri. Sudikah kira pembaca sekalian berkongsi kisah kalian sewaktu mungkin situasi hampir sama seperti yang saya alami sekarang. Apa yang kalian buat untuk memujuk, membaiki diri seterusnya meniti hari-hari mendatang dengan lebih gemilang?

Jangan cerita tentang ASB, maaf saya tidak berminat kerana seboleh mungkin saya mahu elakkan subahah. Saya hormati mereka yang melabur menyimpan di sana. No objection. Terpulang kalian. Buat part time keje/ bisnes online? I already try my best. tak masyuk. Huhu

Terima kasih sudi baca sampai habis. Saya percaya ramai yang berada di dalam kapal yang sama seperti saya. Mungkin berbeza terlebih terkurang sedikit. Begitulah. Sekurangnya, orang lain juga boleh mengambil manfaat. Admin, terima kasih jika sudi siarkan. Dua hari lepas saya menangis teresak-esak selepas menonton filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, tatkala ayat ini bergema “ Kejatuhanmu bukanlah awal dari kesedihanmu, tetapi awal dari kebangkitanmu. Jangan pernah biarkan kesedihan dan kedukaan masuk dalam dirimu..”

Mengenang nasib diri sendiri..
Alhamdulillah ala kulli hal
-gadis amy-

– amy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments