Sisi Hitam Room Attendant

Sisi Hitam Room Attendant

Sisi hitam room attendant

Assalamualaikum semua..
Nak kata confession aku ni ‘membangun jiwa’ tu tidaklah..Aku cuma nak cerita kisah disebalik hotel jek.
Bukan semua hotel la tapi ada sesetengah hotel memang macam ni.
Aku ni bukan belajar tinggi mana cuma aku taulah mana salah/betul, patut/tak patut.

Mula2 aku masuk kerja, aku kena ikut senior room attendant(SRA). Masa ni laaaa kau akan belajar cara short cut nak siap cepat.

Kalau dah kerja kemas bilik, buat apa lagi kan, mesti la kemas bilik. Point2 yang aku bagi ni, untuk korang tengok2 bila korang check in hotel.

1. Kalau nak tau kan, gelas2 minum dalam hotel tu kami cuci dengan pencuci APC(All purpose cleaner) ,pencuci ni la yang cuci toilet bowl, floor, bath tub segala. Tak de pulak kami diberi cecair pencuci pinggan untuk cuci tumbler tu. Lepas cuci kami biasanya lap dengan towel bahagian kering yang cust dah pakai. Kalau bernasib baik ada jek towel yang customer tak pakai, so kami lap dengan towel bersih tu.

2. Tandas rata2 kami cuci setiap hari, dimulakan dgn scrub hand basin, bath tub dan berakhir dengan toilet bowl. Lencun la lantai semua. Memang bersih la. Hehe tip top. Korang masuk berkilat je lantai kering kan. Hahaha kami lap dengan bath mat dan towel yang customer guna. Kan besar towel tu. Kalau tak pakai towel, nak pakai apa, korang terfikir tak macamana kami nak keringkan lantai waktu tu juga?
Kami tak disediakan dengan ‘kain2 buruk serap basah’ untuk lap lantai. TIADA.

Tapi kan, kalau nak tau, ada je yang tak cuci pun bathroom ni. Nampak bersih, diorang main lap je. Ye la. Nak cepat katanya. Cepat habis cepatlah kami relax.
“Alaa cuci kan towelnya, bersih la” reaction orang bila aku remind pasal towel hotel..eh memanglah bersih. Tapi bayangkan la, tuala korang pakai kat rumah lap badan tu, korang buat lap lantai, toilet bowl segala, pastu basuh, pakai semula. Best ke?

3. Bed sheet. Normally kalau customer dah check out, kami memang tukar.
Dah berbau masam(tak fresh) dah renyuk.
Kecuali kalau customer stayback(check in more than 1 day), tengok keadaan la, kalau huduh sangat keadaan tilam tu, kami terus tukar.
Tapi kan..ada masa juga yang kami tak tukar. Tau bila?

– Bila kami dah siap2 duduk relax kat stor selepas habis kemas bilik.. Tetiba dapat plak call, cust check out..eh baru check in dah check out? Biasanya couple muda yang check in camni. Diorang ni biasa tak bermalam. Check in kul 3, petang sebelum 6@7 petang diorang check out.
Time kemas tu ko akan nampak bakul sampah cuma ada tisu dan kondom. Bilik air basah sikit. Katil tak kemas.
Kami memang tak cuci. Cuma buang sampah, makeup bed, lap bathroom dan tukar towel je. Haha projek haram jadah. Maaflah Kalau korang tertidur Kat bedsheet jijik yang diorang guna.

-Dan lagi time PRC check in(orang cina dari China) . Biasa group, datang hotel semata2 nak gi kasino. Katil terusik sikit. Diorang tidur kejap,tidur pun tak lasak cam kita. Haha. Bathroom tak guna(diorang kan x mandi).
So kitorang tak tukar bedsheet pun. Makeup bed jek.

4. Kalau kat dalam bilik hotel tu, tak payah la acah2 kaki ayam duduk bersila atas carpet. Memang nampak bersih. Tiap hari kami vacuum. Tapi ada je customer yang kasut merata bersepah dia bawak jalan serata bilik. Kotor ya. Kita tak tau pun najis yang dibawa.

5. Bilik berhantu. Biasa mesti ada kat mana2 hotel. Hotel aku kerja tu tak de la famous sebagai hotel berhantu tapi kalau nak tau memang ada. Bukan bilik jek, floor berhantu pun ada. Aku tak ingat tingkat berapa tapi bahagian Hotel tu dekat dengan hutan and bangunan paling lama.

Sekarang aku dah berhenti. Baru le terfikir berkat tak berkat kerja aku tu dulu. Korang rasa? Dah dah jangan kecam sangat.. Aku dah taubat.

– -Anne

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments