Sisi Kecil Peminjam PTPTN

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession ini. Mudah-mudahan semua berada di dalam rahmat Allah sepanjang bulan Ramadhan ini.

Memang sekarang tengah heboh dengan manifesto PH tentang pembayaran semula PTPTN dikecualikan kepada peminjam yang belum capai pendapatan sebanyak RM4,000.00. Ramai yang setuju dan tak kurang juga yang tidak, Ok, aku tolak tepi dulu pasal setuju atau tak. Aku cuma nak fokus di sini sebahagian besar netizen mengecam peminjam-peminjam yang sedang ‘bergembira’ sekarang sebab tak perlu bayar hutang. Aku tahu kebanyakannya mengecam peminjam-peminjam yang tak kenal diuntung. Sudah la meminjam, lepas tu tak nak bayar. Boleh pulak pergi melancong, beli kereta, beli rumah dan sebagainya. Persoalan aku di sini ialah betulkah mereka jenis kaki joli dan tak nak bayar hutang? Aku tak tahu sebab aku tak ada kawan-kawan yang macam tu. Kawan-kawan aku terima nasib yang sama macam aku. Well, aku nak kongsi sisi kecil peminjam bermula dengan life aku dulu.

Aku memang dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat sederhana dan aku pun dah biasa hidup dengan besederhana. Aku jarang bertukar pakaian, beg, kasut apatah lagi handphone. Tak macam perempuan lain, life aku jenis ‘pakai hat mana dan ja’ orang utagha cakap. Baju abang aku pun aku main sebat pakai ja. Sampai la aku masuk IPTA untuk sambung study dan of course aku minta PTPTN sebab bapa aku kerja swasta dan dah tamat perkhidmatan, mak aku pulak surirumah sepenuh masa.

Selepas aku habis study selama 3 tahun dalam bidang seni (bidang yang paling lekeh dianggap masyarakat), alhamdulillah aku grad dengan pointer 3.35. Tak tinggi tapi aku tak pernah gagal dalam paper-paper aku. Paling rendah pun C. Selepas aku konvo, aku dapat kerja sebagai guru tadika swasta yang gajinya cuma RM900 sebulan setelah tolak EPF/SOCSO dan tak ada OT. Pada masa ni sebenarnya keluarga aku dah mengalami krisis kewangan yang kritikal yang mana family aku dah tak ada simpanan langsung. Jadi aku pun bekerja untuk menyara keluarga aku. RM400 sebulan saja aku mampu bagi kat keluarga aku untuk makan, bayar bil, makan pakai depa. Cukup kah kau rasa? Selebihnya aku bayar rumah sewa RM200 (sebab aku kerja jauh dari family), dan selebihnya lagi belanja aku sendiri. Dengan harga barang yang tinggi berapa banyak lah sangat aku belanja. Beli barang dapur pun cuma sikit2. Beras jenis 1kg, syampoo sabun saiz paling kecik sebab nak jimat. Tambang aku naik bas ke tempat kerja lagi. Banyak jugak la aku terpaksa jimat yang sehabis jimat. Kau rasa kelangsungan aku untuk hidup tak penting dan aku sepatutnya WAJIB bayar hutang PTPTN aku dulu kan?

Family aku? Tuhan saja la tahu masa tu perasaan aku macam mana. Setiap kali aku telefon aku tanya mak aku “Mak makan apa hari ni?” Mak aku jawab “Hurm.. Makan nasi goreng bodo ja”. Hang tau nasi goreng bodo tu nasi goreng yang ditumis dengan bawang dan minyak saja tak ada perencah dan tak ada isi ayam/ikan/daging. “La.. awat? Mak tak masak lauk ka hari ni?” Mak aku pulak jawab “Tak tau la nak makan apa. Tak selera nak makan la ni”. Mak aku memang pembohong besar. Masa ni ayaq mata dok bertakung, soqha aku dok tahan sedu. Mak aku cakap macam tu sebab nak jaga hati aku saja so that aku fikir yang ‘everything is fine’. Kadang-kadang mak bapak aku makan megi saja dari siang sampai malam. Alasan yang sama depa habaq padahal beras dah habis. Family aku terpaksa berhutang sebab aku masih ada adik yang tengah belajar. Tak cukup duit nak bayar yurannya sebab dia belajar IPTS, kosnya tinggi.

Aku pergi check kat cawangan PTPTN, nama aku dah diblacklist dan jumlah yang tertunggak adalah RM2000++ masa tu. Aku jadi buntu sebab aku tak tahu nak bayar balik macam mana dan apa kaedah yang sesuai dengan aku. Ada juga aku bertanya kepada pegawai tu tentang cara yang sesuai untuk aku bayar balik. Tapi jawapan dia sangat acuh tak acuh. Dia cuma bagitahu aku bayar guna duit KWSP aku untuk bayar tunggakan. Aku dah la baru grad, kerja pun tak sampai setahun dan KWSP aku banyak mana sangat nak bayar balik even separuh dari jumlah tunggakan tu pun aku tak mampu bayar. So, aku pun murung sepanjang dua minggu mengenangkan nasib ku ini.

Kemudian aku mendapat kerja lain yang tinggi sikit gaji permulaannya. Basic aku masa tu, RM1400 dan ya, aku lulusan degree tapi alhamdulillah, berkat aku bekerja sangat keras kali ini sebab aku kerap buat OT, aku dinaikkan pangkat dan gaji. Lebih kurang RM2000 gaji aku sekarang dan separuh gaji aku, aku bagi kat family aku untuk segala belanja dalam tu. Alhamdulillah keluarga aku tak ada masalah makan cuma kadang-kadang saja tu pun sangat jarang. Tapi masih keluarga aku berhutang dengan orang. Jadi duit aku tu sebahagian digunakan diorang untuk bayar hutang orang. Aku juga ada buat personal loan untuk bantu adik aku bayar yuran dan belanja. Komitmen aku pun dah bertambah satu lagi. Jadi aku ni adalah orang yang sangat tak bertanggungjawab kerana berhutang dan tak bayar balik, kan?

Sehinggalah bos kat tempat kerja aku rekemen kan aku untuk restucture balik bayaran. Ada pro and con. Tapi aku tak kisah asalkan aku dapat bayar. Tapi aku masih tak dapat buat sebab aku dibelenggu masalah hutang family aku. Kerana duit, saudara-mara yang kami pernah pinjam dengan diorang jadi seteru. Pernah sekali aku bayar hutang saudara aku tu sampai aku terpaksa makan roti hari-hari sebab dia dah mula korajaq (kurang ajar) dengan mak aku cara dia mintak hutang . Aku tak tahan dan aku cakap kat mak aku, “biaqlah cheq tak makan, daripada biaq orang yang takut makan tak kenyang macam ni”. Jadi aku pun belum lagi buat kaedah itu.

Simpanan? Yaa… inilah benda yang aku suka buat sebenarnya, menyimpan. Memandangkan aku pun jarang shopping untuk kehendak aku, sudah tentulah aku boleh buat simpanan. Tapi setiap kali menyimpan, aku terpaksa keluarkan balik sebab hal-hal emergency. Contohnya bayar roadtax kereta dan motor family aku, bayar duit rumah, dan lain-lain. Kalau tak bayar dan bertangguh, family aku nak bergerak pun susah. Jadi aku korbankan simpanan aku dan sekarang memang aku bekerja semata-mata untuk bela nasib keluarga aku. Bayangkan aku dah kerja dalam 2-3 tahun tapi masih belum ada simpanan. Aku pun ada juga nak jadi macam perempuan lain. Nak beli pakaian baru, make up, dan sebagainya memandangkan umur aku pun dah pertengahan 20-an. Tapi aku hanya boleh pendamkan saja la perasaan aku tu sebab keluarga aku lebih penting dari kehendak aku.

Hang sanggup kah tengok mak bapak hang yang bela hangpa dari kecik sampai besaq yang tak pernah bagi hangpa kebuloq, lepas tu bila hangpa dah besaq, mak bapak hangpa pulak kebuloq? Tak tahu la, aku bukan jenis macam tu. Sebab tu aku korbankan banyak benda dalam life aku; masa, kawan, diri aku sendiri semata tak mau tengok family aku bersedih terutamanya mak aku la.

Setakat ini, Alhamdulillah, aku bersyukur ke atas nikmat Allah yang banyak permudahkan urusan aku walaupun aku hidup dalam keadaan yang terlalu sederhana macam ni. Bila aku mendapat perkhabaran dari pihak kerajaan tentang bayaran PTPTN kini, aku dapat menarik nafas lega sedikit tapi aku masih ingat untuk bayar kerana duit PTPTN yang aku pinjam tu pun duit rakyat jugak kan. Dah pinjam mesti la kena bayar. Aku tak mau la amalan aku tergantung sebab hutang, kan.

Hangpa kecam peminjam tak bayar hutang ada hati pi melancong, umrah. Hangpa tau tak dari mana depa dapat duit tu? Kawan aku dapat sponsor dari saudara dia untuk mengerjakan umrah bersama-sama tapi tak dapat tunai sebab disekat sebab PTPTN. Kawan aku sorang lagi pergi melancong sebab company dia bagi bonus tahun ini dan atas usaha keras dia tapi tak lepas jugak sebab sekatan. Ada juga kawan aku yang parents/husband dia boleh support dia bayar PTPTN dan berkemampuan untuk melancong. Tak kisah la macam mana hangpa nak kecam, tapi rata-rata nasib peminjam adalah di sisi gelap macam aku. Mungkin ada yang lagi teruk dari aku. Kalau ada peminjam PTPTN yang dikatakan tak sedar dek untung, maka sedar-sedarlah diri untuk bayar hutang walau apa pun langkah yang kerajaan kita ambil. Kena ambil kira apa yang Dr. Maszlee kata, “Bila gaji mereka sampai RM4,000 atau tak sampai mereka nak bayar pun dialu-alukan. Itulah sikap yang sepatutnya ada,”. So bawak-bawak beghenti la kecam-mengecam ni. Hangpa tak duduk kat tempat kami diam-diam la naa..

Sekian.. Wassalamu

– Pohon Beringin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *