Sleep Paralysis Kali Ke 3

Sleep Paralysis Kali Ke 3

Assalamualaikum and hi semua. Ok harini aku nak share story aku tentang sleep paralysis ni yang semakin melampau.

Nak intro ke? Nama aku D, aku lelaki, aku stay dekat ………… Tak payahla. Kita straight to the story. So sepanjang hidup aku ni baru 3 kali kena sleep paralysis and semuanya dalam tahun ni.

SLEEP PARALYSIS 1
Ok ni yang first time kena. Biasa2 je. Ni time aku tido oversleep sebab letih sangat. Masa buka mata tu memang betul takleh gerak badan lepastu tak tau nak buat apa sebab panic sangat. Then dalam 5 minit macam tu terus bole bangun macam biasa. And aku tak syak apa2 yang berkaitan dengan kena tindih lagi masa ni.

SLEEP PARALYSIS 2
Ok yang ni lain sikit dari yang mula2 kena tadi. Masa aku bangun and takleh gerak, aku rasa ada benda besar kat tepi aku, tak nampak sebab aku tido hadap ke kiri time ni. Rasa yang aku xpenah rasa sebelum2 ni. Panic sangat time ni 1 badan dah gigil, tengkuk rasa macam kena kecik and tak bole buat apa. Yang ni dekat 10minit jugak aku rasa jadi robot takleh nak buat apa2. Nak sebut nama Allah dalam hati pun tak boleh, tak tekeluar sebab otak tengah blank takut sangat ada apa kat sebelah.

SLEEP PARALYSIS 3 – GAME OVER
kenapa yang ke 3 ni game over? Ok ni cerita dia. Lepas kena kali ke 2 tu (sebelom raya haji). Aku still tertanya2 and nak tahu apa dia sebenarnya benda tu. Tiap kali baca kisah seram or scroll feed jumpa tweet2 seram, dalam kepala aku ni fikir nak jugak tengok benda yang kacau aku time sleep paralysis tu.

Aku baru kena kali ke 3 ni harini 12.9 lepastu terus update cerita kat sini. Pagi tadi lepas makan dalam pukul 9 lebih tu aku tido. Sebab malam2 tak tido jadi burung hantu. Then masa nak sedar tu gerak2 badan tapi tak bole. Aku anggap jela ni mesti kena sleep paralysis lagi ni. Lepastu aku bukak mata separuh je and you know whatttt. BENDA TU BETUL2 DEKAT DEPAN AKU MENGAHADAP AKU AND PANDANG AKU!. Ok ni memang betul2 melampau dah time ni panic gile…aku point mata ke kiri sikit nak elak face contact then DIA IKOT KAT MANA AKU TENGAH PANDANG. takut gila time ni hujung kaki aku jadi sengal2 nak terangkat badan rasa berat sangat mungkin ni la orang kata kena “Tindih” tu. Rupa dia macam benda besar tak bermuka. Hitam tapi macam bungkus merah. Bukan kain putih tapi kain merah. Tak ada rambut. Sebab kepala dia tutup macam tudung.

Grrrr meremang bulu2 aku nak taip ni. Tapi ni tak lama tak sampai seminit pun aku rasa kena tindih tu. Lepas nampak dia tu 2 3 kelip mata terus boleh bangun. Sebab apa? Sebab aku paksa jugak diri aku sebut dalam hati “Allahuakhbar, ya allah tolong la aku” lepastu mcm ada electric shock kat tubuh then aku betul2 sedar boleh bangun. Lepas dapat bangun tu lari bukak pintu duk tengah panas. Dalam pukul 2 lebih time ni. Mintak sangat sekarang dah dapat takut pulak. Padan muka aku. Oh lagi satu masa dapat bangun dari bed tu langsir semua terangkat mcm ada angin kuat.

Tamat.

Sorry semua kalau cerita aku ni typo and buat readers2 jadi pening sebab aku pun tak tau macam mana nak buat ayat yang sedap dibaca.

Sekarang ni aku tengah nangis sambil pelok kucing sambil tunggu parents aku balik keje. Tak tau nak cerita macam mana kat dorg nanti

– katman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments