Soalan Makcik Bawang Di Hari Raya

Soalan Makcik Bawang Di Hari Raya

Kemain makcik bawang sekarang ni. Diangkat namanya hingga ke seantero dunia. Iklan raya pun sampai guna nama dia. Hihi. Nak tahu jugak, siapa lah agaknya yang mulakan panggilan makcik bawang ni kan. Patut beliau dapat royalti. Hehe.

Okay. Sebenarnya nak cerita berkaitan soalan famous di hari raya. Soalan di hari raya ni pun antara topik yang kerap dibincangkan (selain topik tinggalkan pampers anak dalam bilik air. Haha). Dua kategori yang memang selalu menjadi mangsa soalan adalah orang yang belum kahwin dan orang yang belum ada anak. Tapi, saya nak fokus soalan kepada orang yang belum ada anak. Atau kata lainnya, orang yang dalam fasa “Trying To Conceive” (TTC).

Dalam iklan TM pun diselitkan citer ni. Maklong bawang tanya kat Yam, dah 4 tahun kawen Yam oii.. bila nak ada anak ni. Takkan “flaning” kot. Wah. Kemain maklong dengan flanning nya.

Saya pernah berada dalam situasi ini. Diasak dengan soalan “bila nak ada anak?.. bila..? bila..?”.
Tahun pertama okay lagi. Cool je. Tapi masuk tahun kedua perkahwinan memang soalan tu rasa amat menyakitkan. Tak kesah lah, masa raya ke masa tak raya ke, bila orang soal “bila nak ada anak?”, memang rasa nak marah. Sakitnya tu di sini (hati). Mana kita tahu “bila”. Takde jawapan. Bila..bila.. Tanya kau bila kau nak mati tahu lah. Ya, masa tu memang rasa nak jawab gitu. Tapi, tak pernah lah jawab gitu kan. Masih lah ada hati dan perasaan.

Memang zup.. rasa darah naik kepala bila ada orang tanya. Berterusan lah sampai 3,4 tahun jugak. Tak kira lah kat office ke mana ke, mesti orang tanya “bila..bila..bila nak ada anak”. Buntu nya kepala hotak nak jawab. Tapi, masuk tahun ke 5, dah mula malas nak layan. Cuma, masih ada rasa macam rengsa kalau orang tanya soalan tu.

Hingga lah masuk tahun ke 6 dan tahun ke 7. Soalan pun dah tak byk. Tp still ada. Masa tahun ke 7, saya dah sematkan azam baru. Raya tahun 2015 masa tu. Turn beraya di kampung saya. Dan sebelum puasa lagi saya dah malas nak fikir ada orang tanya ke takde ke. Kalau ada orang tanya, saya nak berlapang dada je. Senyum. Senyum dan senyum. Saya fikir, kalau kita senyum je, takde orang nak provoke. Saya positif yang takkan ada orang akan tanya soalan “bila nak ada anak?”. Tapi, rupanya tahun tu memang takde seorang pun yang bertanya. Dan kami beraya dengan gembira.

See, bila kita positif, outcome pun pasti positif. Hidup kita pun takde lah dibayangi rasa takut, sedih, benci. Dan lagi, tahun itu juga lah doa kami untuk mempunyai zuriat sendiri dimakbulkan Allah.

Sebenar, orang bertanya ni, terutama yang tua-tua tu, mereka ni bukan nak sakitkan hati kita. Diorang takde niat pun. Tu salah satu cara berbasa basi. Nak bersembang dgn kita. Kan? Jangan lah kita pula yang asyik negatif.

Tahu tak, macamana saya mula berlapang dada dengan soalan ni.
Salah satu, bila yang sibuk bertanya kepada saya – anak nya pula bercerai. Raya tahun sebelum tu dia yang kemain bertanya kepada kami bila kami nak ada anak. Raya berikutnya, kami pula tahu cerita yang anaknya bercerai. Sorang lagi anaknya pula terlibat kemalangan. Meninggal. Ada lagi satu kisah pula, pun asyik lah bertanya bila kita nak ada anak. Last last, anak dia kahwin, pun takde anak. Yang lebih sadis, dalam 3 tahun kot berkahwin – dah bercerai.

No. Bukan lah kata saya yang mendoakan yang tak baik untuk mereka ni. Tidak. Tak pernah terlintas pun. Tapi, Allah bantu kita. Orang ini lah kaum keluarga mereka ditimpa dugaan. Diuji anak tak panjang jodoh. Dalam kita menjaga perihal tepi kain orang, rupanya kain kita yang koyak. Begitu lah perumpamaannya. Jadi, saya muhasabah. Saya tak perlu lagi marah, tak perlu lagi rasa membuak sakit hati. Hidup umpama roda. Kadang kita rasa hidup kita smooth, takde ujian, tapi.. nahhh… lagi hebat dugaan tu.

Kita teruskan saja berdoa. Serahkan segalanya pada Allah. Kalau ada yang bertanya bila nak kahwin, bila nak ada anak, bila nak tambah anak, jawab saja “InsyaAllah.. coming soon. Kita sama-sama minta pada Allah”. Dan senyum. Tak perlu ada sakit hati, berbekas hati.

Sebagai kesimpulannya, janganlah takut dengan soalan makcik bawang. Diri kita, kita lah yang mengawal keadaannya. Kalau kita sedari awal positif, hasilnya pasti positif. Jangan sesekali terfikir yang akan ada orang nak tanya soalan-soalan ni. Raya kot. Hari yang bergembira. Ini belum raya lagi, kita dah fikir nanti ada orang tanya begitu begini. Dah. Tak perlu fikir. (walau kt office pun, saya dah dapat soalan bila nak bagi adik pada anak saya. Saya malas nak layan. Senyum je lah. Lantak hang lah).

Saya sentiasa doakan semua yang belum mendapat zuriat, akan dikurniakan zuriat soleh dan solehah. Yang menjadi penyejuk mata, penawar hati. Jangan putus asa berusaha. Dan sentiasa lah berbaik sangka. Dengan orang sekeliling dan terutamanya kepada Allah SWT. Semoga doa kalian menjadi ibu dan bapa dimakbulkan.
Selamat hari raya :)

– -Makcik Stoberi-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit