Sokong Poligami Kalau…

Sokong Poligami Kalau…

Sekarang ni banyak cerita pasal suami kawen lain, atau dalam erti kata lain poligami. So aku rasa terpanggil nak share pasal poligami. Tapi bukan aku la yang kawen, ni ayah aku. Bukan nak buka aib, tapi lebih kepada nak bagi pengajaran kat orang luar sana.

First sekali, dulu aku tak sangka takdir hidup aku yang ayah aku akan kawen lain. Aku pun tak pasti sama ada arwah mak aku tahu atau tak yang ayah aku dah kawen lain.

Ayah aku kawen lain tahun 2006. Mak aku meninggal tahun 2010. Ayah aku kawen senyap² tanpa pengetahuan anak² tapi at last kantoi dengan abang aku. Maka bermulalah episod suka duka family kitorang.

So bila aku dapat tahu, aku ape lagi, rebel, derhaka dengan ayah sendiri (Ya Rabbi, teruk aku time nih), aku sound kawan ayah aku (sebab dia jadi saksi time ayah aku kawen huhu), aku maki hamun mak tiri aku (melalui mesej jela time tuh).

Bertahun aku macam tu, tapi tahun 2011 aku start calm down sikit perangai derhaka aku tuh sebab adik aku yang paling rapat dengan ayah aku meninggal. Aku nampak ayah aku sedih yang amat, dia hilang anak yang dia paling sayang sebab arwah adik aku pandai ambik hati ayah aku, jaga tutur kata dengan ayah aku, tak macam aku. Mungkin Allah nak bagi petunjuk kat aku, yang hidup ni sementara je. Bila² masa kau akan mati dan adakah kematian kau diredhai oleh Dia. Kau agak kau dapat ke redha Dia kalau dengan mak bapak kau pun kau layan macam musuh? Hmm sentap kejap. Layak ke aku nak hukum kesalahan ayah aku sebab dia kawen lain?

Start daripada tu aku cuba fikir positif je kenapa ayah aku kawen lain walaupun aku tahu arwah mak aku adalah yang paling baik dan sempurna. Aku tak pernah dengar pun arwah mak aku dengan ayah aku bergaduh, arwah mak aku sangat menjaga makan minum pakai ayah aku. Sebab tu dulu aku tak boleh terima kenapa ayah aku kawen lain. Dan salah satu sebab lain pulak, mak tiri aku sebaya dengan abang aku yang sulung. Sabar jelah wahai hati hoiii. Dan sekarang aku cuba terima kehadiran mak tiri aku dengan berlapang dada. Salah satu sebab aku fikir, mungkin bila adik beradik aku duduk jauh dengan ayah aku, mak tiri aku boleh jaga ayah aku masa dia sakit.

Tapi, jujur aku cakap, bukan senang rupanya poligami. Aku tengok ayah aku tak pernah tinggal solat. Bukan setakat solat waktu je, solat sunat semua dia buat. Ayah aku sangat menjaga solat dia, tapi ayah aku gagal bersikap adil dengan anak² and mak tiri aku.

Adil tu dari segi waktu, tanggungjawab pun buat acuh tak acuh. Start 2011 sampai sekarang, ayah aku mana pernah tinggal sebumbung dengan anak² dia, bagi dia, anak yang perlu cari ayah, bukan ayah yang cari anak. So kalau aku rindu ayah aku, baru aku pegi rumah mak tiri aku. Dekat je sebenarnya, jalan kaki dalam 15 minit je.

Tapi aku agak terkilan, sebab ayah aku macam tak ambik peduli pasal aku padahal aku anak perempuan dia, rasa sangat kurang kasih sayang. Lain la kalau arwah mak aku masih ada, sekurangnya aku ada tempat nak bercerita, nak mengadu, nak mintak pendapat. Hmm. Tapi mujur Allah ada, Dia hantar kawan2 yang baik untuk aku, Dia tak pernah tinggal aku dan aku bersyukur sebab Allah jaga aku. Walaupun aku kerja kat KL, hidup kat bandar yang penuh dengan dugaan ni, Allah masih lagi jaga aku supaya tak buat benda yang tak baik. Dan aku juga bersyukur sebab adik beradik aku tak berpecah dan tak bermusuhan. Bagi kitorang, jagalah hubungan adik beradik walaupun hubungan dengan ayah tak berapa baik. Tapi aku nampak abang dengan adik lelaki aku macam berdendam dengan ayah, mungkin jealous tengok layanan ayah dengan anak sebelah mak tiri. Mungkin.

So bagi aku, aku tak ada masalah dengan poligami sekiranya lelaki boleh bersikap adil dari segi masa, tahu tanggungjawab. Ingat laa, setiap apa yang kau buat, ada hati yang kau perlu jaga, begitu juga dengan hati anak². Serius aku cakap, ayah yang kawen lain, bukan isteri je yang rasa kecewa, anak² pun sama. Lain laa kalau ayah kawen lain, tapi perhatian dia dan kasih sayang dia kat anak² tak pernah berubah, itu yang patut kita sanjung. Satu lagi, kepada perempuan yang bergelar mak tiri, fahamilah keadaan suamimu. Kalau dia ada anak dengan isteri pertama dia, tak salah rasanya kalau dia luangkan masa dengan anak2 dia. Jangan pulak kau sibuk duk call tanya mana husben kau pergi, padahal kau dah tahu time tu dia dengan anak2 dia or wife pertama dia. Toleransi la sikit. Kau buat baik dengan madu kau, kau tak rugi apa pun. Jangan sangka buruk la, itu yang makan hati berulam jantung tu. Bukan senang sebenarnya suami ni nak berlaku adil. Kalau bini muda dengan anak tiri kau bergaduh, kau jangan cepat menghukum. Bawa berbincang. Aku cakap ni based on true story family aku. Bila aku perasan mak tiri aku lain macam pandang kitorang atau adik beradik aku ada tak puas hati dengan mak tiri aku, kitorang akan open table dengan ayah aku skali. Time tu kau cakap la ape masalah kau, tak payah pendam. Tapi berlapik la sikit cakap dengan orang tua.

Ok lah, panjang pulak aku membebel. Kepada suami yang berpoligami, bersikaplah adil (masa dan tanggungjawab), jangan aniaya anak2 dan kepada isteri muda, toleransi dan jangan buruk sangka, jaga hati dan mulut. Maaf. Terima kasih sudi baca.

Salam

– Anak Ayah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments