Story of My Aunties

Salam hye untuk semua readers & especially adik adik IIUM. Semoga semua berada di dalam jagaan Allah. Terima kasih admin jika confession ini di siarkan & terima kasih juga andai tak di siarkan (at lease ada jugak yg baca) hihi.

Story of my aunties?. . Hmm harini aku nk share sikit my family life. Alhamdulillah, Allah lahirkan aku dalam keluarga yg beragama, mampu serba serbi, adik beradik yang best & mom dad yg the best. My mom & dad siblings semua ok (maksud aku dari segi ke-stabilan, didikan anak anak, family bonding) & aku ada childhood memories yg best.

Tapi, dalam sebijik nangka, mesti ada yg “keeookk” (Mcm jahat sgt la nk kata busuk, hitam hitam sikit gitu haha). Same goes to my family. Actually confession ni more to my dad family, which are his sisters. Tak boleh explained details sebab aku tahu family aku ramai aktif fb as well as IIUMC. Heh heh heh.

Okeh, untuk tidak mengelirukan readers, “family” yg aku mention start after this paragraph is actually my big family (Saudara mara) & bukan lah my mom, dad & adik beradik aku. Clear?

My dad ada beberapa org kakak dan abang & beberapa org adik perempuan & lelaki.
Yang lelaki semua Alhamdulillah okay, tip top, mantop. Aku sayang family pakcik pakcik aku semua. Yang “tak berapa best” are my aunties (Kakak & adik perempuan) daddy aku. And yup, all “tak berapa best” things happen mostly because of them, or lebih tepat, their mouth.

Kerana mulut, badan binasa. Pada aku, family binasa. Sedih nya lah. Aku antara manusia yg bangga dgn childhood aku. Family semua rapat. Masa kecik aku, sebut je, berkelah, beraya ramai-ramai kenit-kenit semua jalan satu kampung, bercuti jauh jauh, hantar kakak & abg saudara pergi masuk u, main baling selipar, kongsi cerita hantu, main bunga api, kena marah ngn arwah atok sebab baling mercun kt rumah orang depan (padahal org depan yg baling dulu- budak budak memang tengah galak main main), kena rotan ramai ramai sebab boikot taknak kawan ngn Ali, tengok AF ramai ramai, berebut panjat pokok ceri, tangkap berudu & ikan puyu depan rumah arwah atok, main congkak, batu seremban, bergaduh sebab nak menang, boikot taknak main ngn Abu sebab nanti Abu asyik menang, haih.

Banyak nya. Banyak. kitorang sepupu sepapat ada geng. Biasa la kan, yang sebaya dan hampir sebaya, akan rapat. Batch yang atas sikit, rapat sesama mereka. Batch yang bawah bawah, kecik lagi so kitorg taknak kawan ngn bebudak kecik (HAHAHA). Tapi biasa nya batch kecik akan rapat ngn mak mak dyorg dulu. I miss my childhood. Miss my cousin.

Kenapa rindu rindu ni?
Sebab, geng batch aku terdiri daripada anak makcik (Kakak / adik perempuan) daddy aku. Masa kitorg kecik, bohong lah kalau aku cakap siblings daddy aku harmoni je. Tapi kitorg tak faham. So, main tetap main. Yang berselisih faham itu, mereka. Kami anak-anak mana mengerti.

Lama kelamaan, kami membesar. Semakin dewasa untuk memahami setiap apa yg berlaku dan semakin mengerti setiap bait perkataan yang keluar dari mulut-mulut mereka. Well, kau sebagai seorang anak, sedikit sebanyak kau akan ada rasa “sakit” dan “geram” bila kau dengar “umpatan” yang tak sepatutnya keluar untuk parents kau. Sebab apa? sebab kau dah “faham”.

And the worst part is, “bahan” untuk mereka membahan, mencari salah, adalah adik beradik Lelaki daddy aku which is of course lah include daddy aku sekali. Meh aku tolong simple kan (Adik beradik perempuan daddy aku, balik kampung, takde modal nk gosip, dyorg jadikan FAMILY “abang & adik lelaki” dyorg sebagai “bahan” untuk bergosip.)

Korang yg lelaki mesti mcm, “alah biasa la, yang lelaki x kesah pun, buat tak tahu je”. Hehehe. Itu, persepsi aku DULU-DULU. And teka lah siapa yg jadik mangsa??
My uncles family, wife, daughter,son. Including my mom, me & my siblings.

Every single things yang kitorg ni buat, every single mistakes, pergkhhh dyorg punya judgement….. Straight to hell. Takde tapis tapis. Neraka gais, neraka. Dah berapa ramai kitorg ni kena label as “bodoh, anak sedara takde adab, anak sedara tak tolong mak sedara, anak sedara tak mcm org lain”.

Fuhh memang kitorg ni buusuuuk memanjang.

And kau sebagai emak, kak ipar kau direct sound anak kau mcm tu, apa kau rasa? Sound direct satu hal, lepastu menjaja kat adik beradik perempuan lain satu hal, lepastu bagi nasihat kat kau, konon anak kau ni begitu begini. Bila di tanya apa lah si Ali tu buat sampai kena sound begitu, rupanya sebab Ali balik kampung tak “greetings” my aunties. Tanya Ali pulak, kenapa la tak beradap tak greetings, “Kau ingt masa aku sampai dia dah sampai ke? Masa dia sampai aku x perasan”. HAHAH. Hmmm kesian kitorg.

Yang isteri-isteri ni malas nk keruh kan keadaan. Paling busuk pun mengadu ngn husband masing-masing. Tapi aku mmg respect kaum ipar-ipar, walau kena mcm -mcm, paling pun mengadu ngn anak-anak & husband masing-masing. Anak-anak nt gosip ngn sepupu-sepupu (Tp exclude sepupu yg mak nya siblings ngn daddy). Hahaha.

Dari situ, kami dah tak mcm kami dahulu kala. Its so obvious, kami sepupu-sepupu satu batch dulu, hanya rapat dengan anak-anak uncles. Anak aunties? Dyorg rapat sesama dyorg je lah, mana main nk rapat ngn kitorg ni, banyak benar salah.

Aku hairan. Kenapa kami, anak-anak & isteri-isteri, abang & adik lelaki kamu, yang selalu di jadikan mangsa? Apa, abang & adik lelaki itu tidak kongsi darah yang sama kah? Kamu adik beradik perempuan saja yang share the same blood?

And mcm biasa, Gajah depan mata dia langsung tak nampak, kuman seberang laut jadi mangsa. Bila kami sering di jadikan “bahan” untuk di kata, setiap apa yg kami buat, mesti akan di ambil dengan langkah hati-hati. Bukan untuk puaskan hati mereka, tapi untuk mengelakkan dari our moms makan hati.

And believe me, bila kau acap kali judges orang, orang akan eager untuk tengok kau punya “hasil”. Balik kampung, kami akan perhati, apa anak dyorg buat. Boleh ke mcm tu. Kenapa kami takboleh? Anak mereka slumberr tak greetings our daddy (Which is their uncles), tak kena ke neraka pun??. And ada je anak-anak dyorg yg balik, mmg jenis sorok wife x bagi jumpa siapa-siapa (Maksudnya wife mmg tanak bergaul ngn sedara mara), kaum pakcik ni laaa yg kena approach dulu, yela takkan nk jadik stranger dlm family, ye dok? And again, tak ke neraka pun???.

Cuba kalau yg buat tu anak-anak my uncles. HAHAHA. Neraka gais, neraka. Kayh?
Aku kesian dekat my aunties tu (20% je). Tapi aku lagi kesian dekat kaum ibu-ipar ni. Kadang – kadang aku rasa dyorg ni tak pandang uncles aku macam “abang-abang”. Atau dyorg rasa dyorg lagii bertanggungjawab pada family ni instead of their “abang”. Tu yg mulut “Leader aka Pu***” konon nya.

Pernah je uncles aku buat heart to heart talk. Tapi entah, mcm takde apa. Dyorg akan guna kan uncles aku as “abang” bila dyorg dah xboleh hadap masalah tu. Pernah la ada satu kes. One of my cousin buat hal. Tapi sebab dia anak one of my aunties, dyorg diamkan. Rahsiakan. Sampai masa mmg xboleh handle. Too much. Bak kata one of my uncles, “dyorg punya salah semua sapu simpan, tak buang pun, sampai masa penuh, baru la nk carik penyodok”. Maksud nya, dyorg pun tahu dyorg ada buat salah. Problem yg dyorg nk handle tu become worse. Tapi ego. Tanak minta maaf. Bila dah sesak, baru pandai carik “abang”.

Banyak sebenarnya hal yg jadik. Tapi untuk aku cerita one by one itu, tidak lah. Aku dengan adik beradik aku, kalau balik kampung je, mmg mcm kera sumbang (Mula-mula je la). Duduk setempat, tgk tv, main phone, borak sesama kitorg, sampai la uncles aku balik, bawak anak-anak, baru la aktif. Jumpa geng kan. Tapi my mom tak bagi kitorg buat mcm tu. Tak elok, kata nya. Pergi la, berborak ngn anak-anak aunties tu, and my mom walau dah kena “kata” mcm-mcm, at the end, shes always act like nothing happen. Masa baru kena memang lah, mengadu dengan my dad. Lepastu, “benda dah lepas, biar je lah. Nak buat mcm mana”.

Tinggi kesabaran my mom. Mom selalu nasihat, “takpe, biar dyorg nak kata apa, jangan la kita ikut apa yg dyorg buat. Nanti awk dengan dia sama lah, dua-dua nak membalas, dapat apa?”. Ikut darah muda aku, kadang nak je aku bahas balik apa yg dia kata pada kami. Tapi ayat my mom akan menyejukkan hati aku. Paling aku takut, “Aii sama nak membalas mulut, mcm dah nampak ikut siapa. Anak siapa ni? Beloved aunties ke?” Kahkahkah. Kitorg paling bengang kalau mak-mak kitorg ckp “nak ikut perangai beloved aunties la tu”. Haih noo. Minta jauh. Hihi. Allah bless you mommy.

And baru-baru ni one of my family ada buat kenduri. Soalan aku, kau nk tolong org, memang kena tunggu org tu call dulu ke baru nk dtg? HAHA. Aku kalau nk tolong org, dtg sendiri boh. Malu la org tu nak call, nk minta tlg. Lepas tu org tu tak call (memang laa, common sense kot kau nk dtg tolong, datang je la, takkan nk tunggu orang tu call), dia punya cerita tu mcm org tak jemput datang kenduri. Kah. Mcm mcm perangai kan manusia ni?

Aku rasa dah cukup panjang dah confession aku ni. Biar pun aku confess ni panjang, tapi still tak puas mana sebab nya berlapik – lapik. Haha takpelah. Nak buat mcm mana. Aku just harap korang tlg doakan all my aunties tu agar di berikan Hidayah & di bukakan mata mereka. Tak baik buat orang mcm tu. Kenapa tah jadik gitu. Pelik. Haha.

Okay semua, terima kasih la sebab sudi baca confession saya yg panjang berjela ni. Kalau ada depan mata, surely I hadiah kan cekelat. Tapi sebab bukan depan mata, mohon belanja diri sendiri ya. Heh Heh hehh.. Sekali lagi, yg mana buruk sy akui dari saya, yg baik datangnya dari Dia yg Esa. Terima Kasih. Byeeee..

-Rukia

– Ichigo Kurosaki

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit