Struggles of being Introverted & Socially Anxious/ Awkward

Assalamualaikum…

Nama aku bukan lah Amelia, tapi berhuruf A juga lah. Aku 24 tahun, dah berkerja dan masih single, but not available. Aku just nak cerita betapa strugglenya aku jadi seorang introvert dan socially awkward ni.

Dari aku kecil, aku memang seorang yang pendiam. Sering dibuli oleh ‘popular kids’ yang jahat, sebab aku memang tak banyak cakap. Dan semestinya aku seorang pemalu juga. My childhood consisted of befriending girls that are extroverted and popular, because Im the “quiet” one, so there’s a balance in our friendship. Aku sering jadi pendengar dengan kawan2 aku. Sebab aku lebih selesa mendengar dan memberi pendapat, daripada bercakap. Masa aku kecil, sebabkan aku berkawan dengan orang popular, walaupun aku pendiam tapi aku suka melawan orang lain. Back up kawan2 aku yang bergaduh dengan orang lain.

Bila aku masuk sekolah menengah, aku kawan dengan budak2 baik, yang jenis polite dan pemalu. Jadi lama2 aku pun terikut perwatakan diorang. Sampai lah aku masuk university, aku ni dikenali sebagai seorang yang reserved tapi baik dan sopan. Disebabkan tu, aku struggle nak buat kawan. Aku tak reti bergurau kasar macam orang Melayu lain, tak reti bersakat dan cakap benda tak berfaedah seperti mengumpat dan mengata. Sebab masa sekolah aku suka borak pasal benda2 positif je dengan kawan2 sebab diorang ni pun jenis hati suci. Bila aku masuk uni, jumpa macam2 orang dari negeri lain, aku sedar betapa bezanya manusia ni.

Awal2 degree, aku berkawan dengan 4 orang perempuan yang ada puak dia sendiri. Aku memang tak boleh ngam dengan diorang, entah kenapa, aku rasa janggal, diorang pun rasa aku janggal. Fast forward 2nd year degree baru aku jumpa kawan yang aku boleh ngam, nama dia Anna (bukan nama sebenar) dan selepas 4 tahun belajar pun aku baru rasa selesa dengan classmates aku yang lain walaupun tak ada la rapat sangat. Masa dekat kolej pun, aku tak bertegur sangat dengan roommate aku, tegur bila perlu je.

Masa uni ni, aku sangat lah pelik. Aku rasa selesa berkawan dengan orang yang extra extroverted ni, jenis yang asyik nak bercerita tentang diri dia dekat semua orang 24/7. Kalau dengan introverts, aku boleh masuk asalkan tak awkward. Dan aku sangat lah susah nak berkawan dengan orang yang suka sangat bergurau kasar. Aku suka cakap pasal real issues, pasal makeup ke, daripada benda2 macam tu. Aku juga rasa reserved dengan authority figures, walhal orang lain boleh gurau senda lagi dengan lecturers etc.

So now I’m an adult with very little friends and acquaintances, tapi kawan aku semua baik belaka. Masalahnya timbul bila aku start berkerja. Masa interview dulu bukan main habis confidence and outspoken character aku. I was like a different person, sebab aku nak make good impression jadi aku tak boleh la tunjuk aku reserved kan. I was accepted as their new employee, alhamdulillah.

At first aku excited and jolly dengan colleagues aku. Ya la, new environment aku taknak la tunjuk introvertedness aku kan. So I tried being peramah. Tapi benda tu exhausting buat aku. Lama2 aku jadi balik diri aku. Masa meeting aku jenis diam je. Masa ada jamuan raya aku tak reti nak bergaul dengan colleagues yang bergurau dan borak kosong. Lagi2 aku yang paling muda dan paling tak ada experience apa2 dekat company ni, aku rasa terpinggir, lonely, susah nak masuk dengan semua orang. Kalau dengan colleagues laki, jangan cakap la, aku kadang lalu tak tegur pun. Kadang kala aku guna tangga instead of lift untuk avoid making small talks with colleagues or superiors, sebab tak tahu nak cakap apa selain “ having lunch?” “ good morning!” Or cakap pasal benda paling cliche when it comes to small talk, that is how terrible the weather can be today.

I feel like I have to force myself to interact with people, lagi2 dengan orang yang generasi berbeza dan tak serasi pandangan/lifestyle. Tambah2 colleagues aku jenis baik depan2, bila belakang ada juga yang mengata. But at times, bila aku terlebih gula aku bukan main mesra lagi dengan orang, tapi macam aku cakap, perkara tu short-lived, aku tak boleh retain conversations dengan orang.

Aku struggle sangat sekarang ni. Aku rasa macam nak jadi student balik. Bila kerja ni aku stress sebab taktahu macam mana nak balancekan work-personal interaction dengan colleagues aku. Aku tak reti nak cakap benda lain selain kerja dan hal mustahak. Aku sedih sebab aku lonely dan rasa macam aku tak belong to any group. Kalau korang tahu, introverts ni dia suka make deep connections. Small talks exhaust the heck out of us. Aku rasa nak jumpa kaunselor ke apa, untuk selesaikan masalah ni. Sebabnya aku yang sebenar adalah seorang yang suka menghiburkan orang lain, suka annoy orang lain, suka menyakat juga. Tapi depending on the social setting, aku jadi hambar sangat. First impression of people towards me, orang selalu cakap aku “ kind, polite and innocent” lepas tu kinda blur, sebab aku tak reti nak bersarcastic, sebab aku memang slow orangnnya.

Jadi aku minta tolong netizen dekat IIUMC ni. Ada ke yang macam aku? Ke aku ni memang orang yang pelik? Boleh nasihatkan aku macam mana aku nak selesa jadi diri aku dan pada masa yang sama tak segan dengan colleagues aku? Apa patut aku buat untuk hilangkan social anxiety ni?

– Amelia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *