Study Smart Is Better Than Study Hard

Study Smart Is Better Than Study Hard

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku Mat. Aku hanya ingin berkongsi pendapat dan cerita aku semasa dibangku sekolah. Semua ni bermula semasa aku tingakatan satu sehingga tiga. Aku merupakan pelajar sekolah asrama. Setiap kali aku megulang kaji pelajaran di asrama, pasti akan ada suara dari rakan-rakan aku bertanyakan kenapa aku study padahal exam lambat lagi. Most of them akan cakap yang kita kena study smart bukan study hard macam perempuan sebab otak laki ni laju sikit dari perempuan. Study last minute pon, ilmu senang masuk. “STUDY SMART IS BETTER THAN STUDY HARD”, kata mereka. Bila aku tanyakan diorang apa maksud study smart, diorang jawab,study smart tu study yang rilek-rilek dan tak tension. Dan pada mase tu , aku masih tak paham maksud study smart and study hard.

Sebernanya aku ragu-ragu degan jawapan mereka pada waktu itu. Bayangkanlah rangking top 10 dalam batch semuanya dikusai oleh pelajar-pelajar perempuan. Jarang pelajar lelaki dapat top 10, kalua ada pon, satu dua je, itu pon kadang- kadang. Selepas PMR, aku berpindah ke sekolah yang baru. Boleh dikatakan kebanyakkan pelajar dekat sekolah tu mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam PMR. Susana sekolah tu memang banyak berbeza dari sekolah lama aku. First 4 months, aku “culture shock” habis. Kat sane, standard aku tidur semasa form 4 ialah kul 1 padahal dulu standard aku tidur pukul 12.15 camtu je lepas habis study. Mase form 5 lagi la, kul 3 pagi baru tidur. Ini semua disebabkan kerana “malu”. Macam mana tak malu, bila orang yang lebih pandai dari kita sanggup study lewat malam sedang kan kita ni tak seberapa pon. Orang yang tak sepandai kita pon rajin belajar gak. Pendek cerita, budak-budak kat sane rajin belaka. Bila balik asrama selepas prep, berebut cari kerusi untuk belajar. Kalau lambat, study atas lantai je la sebab kerusi “limited edition”. Diorang pandai, tapi diorang study hard gila. Serius, klau perempuan aku tak terkejut sangat. Ini lelaki. Kalua tak study malu wei. Mase form 4, diorang study cam esok nak SPM. Mase form 5, bila nak dekat exam, kul 3 pagi tu cam pasar kat bilik prep. Macam takde orang tidur pon waktu 3 pagi tu. Ade yang buat latihan, berbincang dan lain-lain la. Dan kat sekolah baru tulah baru aku tahu makna sebenar study smart and study hard.

Pada pendapat aku, study smart bermaksud cara kita belajar yang membolehkan ilmu tu senang nak masuk dalam otak kita. Sebagai contoh, untuk subjek sejarah, sesetangah orang mungkin lebih suka mengahafal, sebab degan cara itu dia lebih senang untuk ingat fakta- fakta yang terdapat dalam buku sejarah. Tapi, untuk orang lain , diorang mungkin lebih selesa untuk belajar sejarah degan membaca atau pon membuat latihan. Setiap orang lain caranya. And setiap subjek pon lain caranya. So bagaimana , nak tahu cara mana yang terbaik untuk kita? Jawapan ialah pengalaman. Untuk mendapat pengalaman yang banyak, kenalah rajin belajar (aka study hard). Bila kita study hard or rajin belajar, baru kita akan nampak di mana kekuatan dan kelemahan kita. Kita juga mungkin akan repeat benda yang same, dan akhirnya benda itu akan melekat dekat kepala otak kita. However, kita kena pandai manage stress jugak. Macam aku mase zaman nak SPM dulu, walaupon belajar sampai 3 pagi, tapi kami sempat gak main fifa, badminton,futsal dan lain- lain untuk hilangkan stress belajar. Baru otak tak overload.

Aku akui ade antara kita yang ‘gifted’ or ‘genius’. Belajar sikit je tapi score dalam exam. Ape yang aku boleh cakap ialah, korang kena tahu kemampuan korang, same ade kena belajar lebih atau pon belajar kurang. Yang penting kita belajar. Lastly, bagi aku, sebagai seorang pelajar, kita mestilah study smart and hard supaya kita senang nak ingat dan faham ilmu yang kita pelajari.

– Mat

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit