Suami Aku Tak Pandai Drive

Suami Aku Tak Pandai Drive

Salam. Aku nak luahkan ni pasal suami yang tak tau drive kereta. Aku tau takde dalil ke apa yang kata suami mesti wajib pandai drive keta. Dalam situasi aku ni yes suami kena pandai drive kereta. Aku baru habis pantang. Masa nak bersalin kedua-dua anak aku drive sendiri pergi hospital. Kereta aku manual. Suami ikut naik motor kat belakang. Allah takdirkan aku nak bersalin dedua tu dengan turun tanda. Langsung tak sakit. Dan dedua c-sect. Dedua bila aku discharge anak kat nicu. So aku jela yang balik.

Yang first aku minta tolong biras aku jemput guna kereta aku yang park kat hospital tu la. Seminggu anak kat nicu. Tapi hari ke 3 hospital call bagitau aku kena duduk sekali dengan anak kat wad sementara nak completekan antibiotik sebab anak aku ‘congenital pneumonia’. Masa discharged tu dekat guard tu kena settle semua baru boleh bawa anak keluar. Dah settle makcik guard kata suami pegi la amik kereta dulu. Muka makcik tu kerek gila masa tu. Aku rasa nak tumbuk muka dia masa tu. Hahahaha. Tapi pastu aku yang pergi. Makcik tu macam pelik pastu cakap “eh biarlah suami yang amik kereta”. Aku pun jawab “dia(suami) tak pandai drive.” Muka makcik tu terkejut. Serious aku malu sangat masa tu. Yes aku nangis masa nak pegi kat kereta. Dia aku tak tau la.

Anak second ni pulak lagi mencabar bagi aku. Yes selepas hampir 4 tahun dia masih belum pandai drive & nasih belum ada lesen. Dia bawak motor tu pun tanpa lesen. Bukan aku tak pernah suruh dia amik lesen tapi dia yang bertangguh dari ada duit sampai takde duit nak buat. Aku memang tak kan bagi duit kat dia. Bukan tanggungjawab aku pun. Lagipun masa dia ada duit aku suruh berkali-kali pun dia buat tak endah.

Berbalik pasal bersalin anak second. Keluar wad aku tu aku drive sendiri balik. Aku malas nak minta tolong orang kali ni sebab aku tengok family dia macam tak peduli je. Akak ipar aku duduk blok sebelah rumah kitorang je. Sekarang ni pulak siapa yang bersalin c-sect kena inject ubat cair darah 2 kali sehari. Kena pegi klinik berdekatan. So 2 kali sehari setiap hari selama 10 hari kena pegi inject. Anak masih kat nicu. Kena pergi susukan anak jugak. Akhirnya hari ke 4 nurse datang check kat rumah dia tengok luka aku terbuka. Kena la pergi klinik. MA yang buat dressing tu cakap luka dalam terbuka 1 inci keluar air. Hari-hari la kena pergi dressing. Tak sakit pun. Sebab perasaan ni lagi sakit dari luka c-sect tu.

Mesti ada yang tanya apsal tak call grab car je? Aku rasa lagi jimat drive sendiri sebab yang akan bayar tambang tu masih juga aku. Mujurlah dia nak jugak temankan aku kat sebelah setiap kali pergi tu. Aku masih bersyukur sebab dia tak biarkan aku pegi sendiri.

Family aku termasuk adik beradik mak aku tau hal ni. Semua hanya mampu menggeleng kepala. Mak aku pernah tanya dekat kakak dia kenapa suami aku tak amik lesen? Akak dia cakap kaki susmi aku tak rasa. Sebab saraf jari sebelah ibu jari dah mati. Aku tau hal tu. Tapi aku pun tau yang kaki dia dah mula sembuh. Kalau tak cam mana dia boleh bawak moto kan?

Aku confess ni bukan nak cite buruk pasal laki aku. Aku risau cane nak balik semula pas abis cuti bersalin ni nanti. Sekarang aku kay kampung. Anak aku full breastfeeding. Yes aku boleh pam masuk dalam botol. Tapi bila anak meraung dia tak reti nak pujuk. Tu yang buat aku stress nak teruskan drive.

Sekian…

– Mom of two

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit