Suami dan Tanggungjawab

Suami dan Tanggungjawab

Assalamualaikum. Initially, terima kasih admin kalau approve confession ni. Aku perempuan 26 tahun, ada 2 anak. Tahun ni dah masuk tahun ketiga aku dan suami mendirikan rumah tangga. Aku rasa terpanggil untuk confess kat sini bila baca banyak isu rumah tangga lately. And mostly pasal suami yg culas bab tanggungjawab. Kisah aku ni more to pahit manis dalam rumah tangga. Let say sebelum kawen aku jenis yg independent and happy go lucky. Senang cerita selalu happy je.

Aku and husband bercinta setahun before kawen. Husband aku kategori yang nampak baik and jaga agama jugak. Awal kawen aku seronok je. Kentut pun bau cupcake. Aku and husband dedua keje. Income kami sederhana. Hidup kat tengah bandaraya KL. Tapi after few months husband aku jadi makin malas keje. Slalu ponteng and end up resign. Lepas husband aku resign tak lama lepastu aku pun resign. Gila tak gila tapi aku resign jugak bila aku rasa husband aku dah start nak alih tanggungjawab dia pada aku. Parents kami tak penah tau pasal ni sampai sekarang. Bagi aku, aku lebih rela makan pasir daripada husband aku lari dari tanggungjawab. Tapi aku tak makan pun pasir. Bila duit betul betul zero and terdesak kami akan take turn mintak or kekadang pinjam duit sikit dari parents dengan memacam alasan but husband aku la yang selalu mintak dengan parents dia sebab dia segan nak suruh aku pinjam dengan parents aku. Husband aku ni anak orang senang la jugak and most of belanja rumah family dia, husband aku cakap mak dia yang tanggung. His father banyak spend untuk diri sendiri je. Aku taknak husband aku end up jadi macamtu. So then bermulalah hidup kami yang tunggang langgang.

Last gaji aku and husband before resign dah makin susut, bil api air kereta makin tertunggak. Luckily rumah yg kami duduk rumah parents aku beli. So x bayar sewa pun parents aku ok je even aku rasa segan. Tak lama lepastu husband aku start kantoi dengan porn, cubaan chatting ngorat perempuan perempuan tak cukup kain dekat wicet, insta n other soc med. Aku daripada hormat terus hilang hormat dengan husband aku. Tiap kali kantoi porn and chatting aku akan ngamuk teruk and husband aku punya maaf dah tak boleh pakai. Husband aku punya style dia buat fake account and cuba ngorat perempuan perempuan seksi but luckily takde yang bagi serious respond since dia pun pakai fake account kan. Bila kantoi alasan husband aku saja suka suka je takde apa pun. But bagi aku start dari saja suka suka la yang boleh jadi bahaya. Sempat lah dua bijik fon husband aku berkecai. Bukan aku yang hancurkan tapi husband aku sebab dia geram bila aku ngamuk maki maki and dia tak boleh nak balas balik sebab benda tu berpunca dari dia. So dia lepas geram dekat fon. Huhu. Since then kami memang selalu gaduh. Almost everyday.

Aku dah start sangsi dengan husband aku, selalu memberontak, marah, menangis, murung, rasa stuck dalam marriage yang serabut. Aku and husband takde lah alim mana tapi bab solat kami jaga jugak. Selalu jugak solat sama sama, mengaji sama sama. Tapi sebabkan husband aku tak keje, tak laksana tanggungjawab dengan betul, selalu kantoi porn and chatting buat aku rasa tak tenang. Aku and husband dua dua macam kena kejutan lepas kawen. Dia rasa terbeban, aku pulak rasa tertipu. Penah jugak few times aku mintak cerai tapi husband aku diam je. Makin lama hidup kami makin sempit. Husband aku start jump from one job to another. Keje 3,4 bulan resign then cari keje lain. Luckily aku and husband both ada certificates. So senang jugak dapat keje. Sementara nak dapat keje lain tu bertabahlah kami berjimat cermat dengan apa yang ada je. Husband aku selalu jugak suruh aku cari keje, aku iyekan je tapi aku tak cari sungguh sungguh sebab aku taknak keje lagi and aku taknak husband aku rasa senang dengan gaji isteri. Ada masa yang kami hitung duit syiling untuk makan, takde duit nak pegi memane pun. Ada barang yang boleh jual kami jual online and pakai duit tu untuk survive. Peritnya hidup susah ni tapayah cakap. Orang yang penah hadap je tau macam mana rasanya. Tapi aku okay sebab aku nak husband aku sedar and belajar bab nafkah.

Bagi aku, aku okay kalau hidup susah dengan suami, tapi aku sangat tak boleh terima kalau husband aku takde rasa tanggungjawab and menggatal dengan perempuan lain. Sebab yang menghadap susah payah hidup dengan dia ni aku jugak. Aku and husband pernah sama sama berniaga tepi jalan, jual barang barang online tapi selalu separuh jalan je. Penah jugak gaduh and husband aku cakap aku ni beban pada dia. Memang aku sentap and rasa macam taknak dah jadi bini dia but then husband aku mintak maaf.

2nd year kawen aku selamat lahirkan anak sulung kami. Hari last pantang husband aku resign keje lagi. Memang aku rasa serabut. Tak lama lepastu husband aku decide nak ajak pindah balik negeri asal kami sebelah utara. Aku ikutkan je. Kami tinggal dengan mertua aku few months sementara husband aku cari keje. Lepas dapat keje husband aku kantoi porn and chatting lagi. And untuk kesekian kalinya aku mengamuk lagi. End up aku mintak husband aku cari rumah sewa so that kami boleh duduk asing dengan mertua and senang sikit aku nak hadap perangai husband aku yang selalu buat aku marah.

Lepas dah dapat rumah sewa and mulakan hidup baru dengan keje baru and tempat baru, husband aku makin better. Dah kurang kantoi porn and chatting. Makin busy dengan keje but kami still selalu gaduh. Alhamdulillah anak kami tak banyak ragam and as parents we both act normally. So one day aku cuba muhasabah diri. Apa salah aku, kekurangan aku. Kenapa kami still selalu gaduh, rezeki still sempit.
And finally aku sedar yang aku pun kena banyak sabar, cakap yang baik baik, doa yang baik baik. Sebab aku memang tak boleh kawal husband aku sepanjang masa. Alhamdulillah makin lama husband aku nampak makin matang and makin bagus bab tanggungjawab. Apa apa keperluan aku dan anak dia akan tunaikan dengan baik.

After almost two years baru aku and husband boleh terima satu sama lain. All these while kami macam selalu salahkan satu sama lain. Sebelum ni aku takut kalau hilang husband aku sebab aku memang sayang dia. But now aku sedar aku tak boleh control everything. Sesungguhnya Allah yang memegang hati hati manusia. So aku cuma boleh doakan yang terbaik and usaha untuk jadi lebih baik inshaAllah. Now anak dah masuk dua husband aku dah ada keje tetap dengan gaji yang baik and dah tak suruh aku keje. Bila aku cakap nak keje husband aku suruh duk rumah jaga anak anak or buat online business. InshaAllah akan cari income sendiri jugak lepas anak anak dah besar sikit.

So aku rasa apa yang Allah bagi harini berbaloi dengan apa yang aku dah hadap. Experience is the best lesson. Layanan husband aku makin baik, aku makin happy and rezeki pun rasa makin lapang. Aku urus rumah and anak anak, husband aku cari duit. Give and take. Hari cuti husband aku tak berkira untuk tolong aku and bawak kami anak beranak jalan jalan. Hopefully akan datang pun yang baik baik saja inshaAllah. Tolong doakan ye. Jadi lah isteri yang bijak disamping berusaha menjadi isteri yang baik untuk suami. Taat tu wajib dan perlu bila kena pada tempatnya. Happy wife happy life. Sekian terima kasih.

– Isteri tak sempurna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit