Surat Untuk Ragam Mak Mertua

Surat Untuk Ragam Mak Mertua

Bila aku baca je confession Ragam Mak Mertua and aku tengok rata-rata komen komen terus aku dapat detect salah satu penyakit orang melayu ni which is “semua orang sama”. Disebabkan satu penyakit ni lah, kalau kita bela boleh bunuh orang dalam diam.

.

Pertama sekali setiap orang berbeza. Ada orang kalau kita pinjam barang lepas tu tertumpah teh sikit je pun. Dia dah bengang sebab dia suka barang dia kemas rapi. Tapi ada korang kalau jadi macam tu dia tak kisah pun.

.

Same jugak ada orang suka privacy dia sendiri. ada jugak yang tak kisah kalau hidup tak de privacy. Takkan kita nak salah kan orang tu sebab sikap dia sendiri.

.

Dan ada orang dilahirkan ada tahap kesabaran dan keikhlasan yang tinggi. kau bagi lah mil jenis pontianak sekalipun dia tetap akan tersenyum dan sabar melayan kerenah mil tu.

.

Orang macam aku pulak in order untuk ikhlas kan diri kita tak boleh nak bagi all out. ada bnda yang aku boleh bagi ada bnda aku tak boleh bagi. bila orang respect boundarioes. barulah hati kita rasa lapang je tak berkira. Dan kita akan rasa nak buat lebih lagi.

sebab tu pentingnya berbincang apa yang kita suka apa yang kita tak suka.

orang melayu punya style,

sabar, diam dan teruskan.

islam cakap,

Sabar is not remaining quiet and allowing anger to build up inside you. Sabr is to talk about what’s bothering you without losing control of it.

.

Nouman Ali Khan…

aku percaya kalau kau cakap dengan mak kau lembut2 mesti dia faham.

Aku rasa budaya ni lah yang patut kita pupuk. Bukan dia pangkat lagi tua semua betul.

Macam ceramah agama aku suka tengok Nouman Ali Khan. Semua orang dia tegor. Dari ibu bapa. suami. isteri. Bukan fokus kat anak2 je. Mak bapak pun jual Anak. Bapak pun rogol anak. Mak Bapak pun Saiko.

Berdasarkan pengalaman aku lah. Aku ada masalah keluarga bila aku dengar ceramah macam tu. Hati aku lapang balik sebab tuhan jaga hak aku. dan bila aku dengar ada part aku salah. dan ada part parent aku salah buat aku lagi rasional dan tak memberontak.

Daripada orang melayu cakap. Aku anak. aku kena dengar ckp mak bapak aku. Mak bapak nak yang terbaik. Apa yang diorang buat SEMUA BETUL.

Penyakit macam nilah Tanpa kita sedar kita dah lahirkan manusia yang penakut. Rasa tak puas hati. ada masalah tak berani nak cakap depan2 tapi mengumpat kat belakang.

Sebab apa. Kita kalau ada masalah tuan2 kita sabar je. Takde option lain pun.

So untuk confessor i love u. and i can exactly feel tahap meroyan kau mcm mana. kalau kau dah cuba dah try ikhlas diri. aku suggesltah kau build border. because aku sememangnya tahu kau sangat sayangkan mak mertua kau. mungkin kalau kau rasa orang kalau orang respect your boundaries u will love her more on more.

– Ucux raver

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit