Suraya

Assalamulaikum admin. minta tolong siarkan ni sebab aku nak minta tolong daripada semua orang. kami satu keluarga dah buntu nak buat macam mana. watak utama adalah adik aku, Rafiq dan adik ipar aku, Suraya.
 
cerita dia, 5 tahun lepas (2012) diorang berdua ni memang bercinta. sampai 2014 je. jadi kami pun dah mengenali antara satu sama lain sampai dah berbincang nak merisik. diorang putus pun sebab Rafiq tipu Suraya. Suraya yang aku kenal ni baik sangat orangnya. soft spoken. Cuma dia gempal. masa ni, Suraya boleh dikirakan salah satu tulang belakang adik aku selain kitorang. adik aku ada masalah duit, Suraya mesti support. adik aku dari gemuk, boleh jadi tampan dan fit. aku rasa memang beribu Suraya ni pernah habiskan untuk adik aku. adik aku kerja bagus pun sebab Suraya tolong. dan satu hari tahun 2014, Suraya ni sangkut nak bayar loan kereta dia untuk bulan tu sebab tebing rumah dia roboh (dia habiskan duit nak repair balik tebing tu), jadi dia minta tolong adik aku dahulukan duit dia separuh daripada monthly instalment yang dia kena bayar, nanti dia bayar balik. adik aku cakap okay, tuptup adik aku tak bagi pun sebab duit perabih kat motor. dia kata nantilah dia bagi sampailah Suraya sendiri yang bayar untuk dua bulan terus. apa lagi, berangin la Suraya. aku pun geram je dengan adik aku. akhirnya dua2 putus. memang gaduh besar sampai adik aku cakap dia benci dengan Suraya.
 
cerita bapak aku pulak (bapak aku umur 73, mak aku bini ketiga, kiranya masa kahwin bapak aku dah berumur tapi mak aku muda lagi). dulu masa dia muda, dia ada kawan baik (Pak Said) sampaikan diorang ni berjanji secara bertulis nak bersaudara antara satu sama lain. cerita ni zaman lepas merdeka yang orang-orang kampung masih hidup susah. disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, Pak Said terpaksa pindah ke negeri lain dan dah tak berjumpa dengan bapak aku. diorang lost contact sampai sekarang. bapak aku cuma ada dua keping je gambar kenangan dengan Pak Said. satu gambar mereka berdua, satu lagi gambar bertiga iaitu dengan anak sulung Pak Said yang berusia 3 tahun masa tu.
 
aku rasa korang dah tahu cerita yang akan berlaku.
 
Oktober 2016
bapak aku dari dulu dia berusaha nak cari balik kawan dia. dia cuba cari bertahun-tahun dan akhirnya jumpa bila pergi ke kampung asal mak Pak Said. itu pun dah tinggal adik Pak Said je seorang. rupanya Pak Said dah meninggal hampir 40 tahun dulu setahun lepas berpindah sebab kemalangan. menangis bapak aku. dan ada satu sudut kat dinding rumah tu adalah gambar bapak aku dengan Pak Said diframekan. adik Pak Said nengok gambar yang bapak aku bawak, dan bagi tahu dia boleh jumpakan dengan anak Pak Said yang bernama Paei.
 
akhirnya bapak aku jumpa dengan Paei lepas mereka bertemu janji di satu tempat. kami anak beranak semua ikut, termasuk la anak beranak Paei.  tanpa diduga, rupa-rupanya Paei tu adalah nama kampung bapak si Suraya di mana kami memang tinggal satu negeri cuma berlainan daerah. kami semua terkejut sebab selama ni memang kami dah mengenali antara satu sama lain atas hubungan Rafiq dan Suraya 5 tahun lepas.  memang jejak kasih betul keadaan masa tu antara bapak aku dengan Cik Ilyas(bapak Suraya). Orang-orang sekeliling semua dah nangis-nangis termasuk aku. aku nengok Suraya masa tu memang dah berubah habis. dulu comel sebab chubby, sekarang badan dah slim, cantik sebagai wanita.
 
tiba-tiba bapak aku keluarkan satu lipatan kertas lusuh yang aku rasa kalau salah pegang memang tinggal cebisan je. itulah perjanjian antara bapak aku dan Pak Said puluhan tahun dulu. Cik Ilyas pun macam dah setuju bila dia tahu isi kandungan surat tu. dan akhirnya mereka, dan kami anak-anak bersetuju menjodohkan Rafiq dan Suraya ditambah dengan alasan diorang sebelum ni pernah berkawan. lagipun anak-anak lain sudah ada pilihan hati sendiri. itulah kesalahan paling besar pernah kami lakukan untuk mereka berdua.
 
dengan cliché ala-ala novel yang lebih menarik, segala perbelanjaan majlis dua-dua pihak akan ditanggung sepenuhnya oleh bapak aku. rupa-rupanya dia dah menyimpan dari dulu lagi untuk hari besar ni. bapak aku orang paling gembira sekali tanpa lepas mulut dia cakap, “kalau dari dulu abah tahu, dah lama abah kahwinkan diorang berdua.”
 
Rafiq dengan Suraya macam mana? apa lagi, diorang bantah lah keputusan tu. dah masing-masing benci tahap langit. lepas kena pujuk dan tawar menawar campur doa-doa kami supaya lembutkan hati mereka berdua, akhirnya mereka setuju. aku adik beradik dengan adik beradik Suraya dah berat hati dalam kes ni sebab kami tahu benda buruk boleh jadi. tapi sebab nak jaga hati bapak aku dan perjanjian lama dia tu, kami turutkan. mak aku mengeluh panjang dan minta kami berdoa semua urusan berjalan lancar.
 
Disember 2016 (cepat kan?)
persiapan semua dah siap dan lengkap. semuanya last minute. yelah, dua bulan je persiapan mana tak kelam kabut. malam sebelum Rafiq dan Suraya menikah lebih kurang ‪pukul 1‬ pagi masa aku nak turun minum air, aku nampak mak aku duduk kat buaian luar rumah aku. seriau jugak masa tu dengan keadaan gelap lepastu dari jauh nampak macam lembaga hitam. aku duduk sebelah mak aku, nengok mak aku menangis dan cakap,
 
mak : ngah, kau percaya tak setiap benda naik mesti ada turunnya. setiap benda jatuh mesti ada naiknya?
aku : ngah percaya sebab semua benda ada lawannya. Cuma cepat atau lambat je.
mak : macam tu lah mak yakin dengan diorang berdua. hari-hari mak buat istikharah untuk diorang. hati mak cuma cakap suruh ikut abah. tapi mak risau dengan diorang berdua. tak ngam langsung. ego masing-masing tinggi. benci antara satu sama lain. pandang pun tak mahu.
aku : takpelah mak. kita cuba dulu. kalau memang tak boleh, terpaksa kita putuskan diorang.
 
sepanjang persiapan berlangsung, adik aku dengan Suraya bawak hal sendiri. fitting baju pun pergi asing-asing. itu pun gaduh sebab warna baju dan akhirnya aku dengan kakak Suraya yang pilihkan semua set persalinan. diorang gaduh sampai bertegang urat, bukan gaduh-gaduh manja dalam drama tu. nengok pun takut.
 
waktu nikah dan majlis dua-dua pihak berjalan lancar. masa nikah, muka teging masing-masing. Suraya salam tangan adik aku pun tak cium, dia guna dahi je. photoshoot? takde sinar langsung muka. muka terpaksa. nak pegang suruh amik gambar pun sampai gaduh. memang tak bercakap langsung. bapak aku pulak suruh diorang duduk kat rumah Suraya konon untuk bagi privasi untuk diorang.
 
tapi anggapan kami semua silap. hari-hari diorang ni bertegang. sampai pecah-pecah barang. mula-mula kami tak tahu. tapi disebabkan setiap hari Suraya balik kerja dia balik rumah mak bapak dia, lama-lama jadi musykil. Cik Ilyas paksa Suraya bersuara lepas satu hari Suraya balik dengan pergelangan tangan dia retak berbungkus. adik aku baling printer kat dia tapi dia tepis guna tangan. tercengang semua orang. bapak aku? dia asyik suruh bagi masa. aku tak rasa tu perang dunia, tu macam perang antara iblis.
 
aku ingat lagi, ada sekali diorang balik rumah mak bapak aku, aku dengar suara orang bertekak dalam bilik diorang. diorang gaduhkan kenapa Suraya tak tolong basuhkan baju kotor Rafiq sekali. nak tahu Suraya jawab apa?
“kau sape aku nak tolong kau? aku nak nengok kau pun tak ingin. nak suruh tolong konon… kau bagi aku makan pun tak pernah lepastu ada hati nak suruh aku jadi hamba kau. kau buat hal kau, aku buat hal aku. titik!”
berderau darah aku dengar Suraya menengking adik aku. hilang semua sopan santun dia yang aku kenal. dia jadi lain. kalau lah mak aku ada sekali masa tu, mesti menangis dia dengar.
 
Februari 2017
bapak aku disahkan ada sakit jantung lepas kena heart attack kat rumah. seminggu kena masuk wad. waktu tu, slow sikit lah diorang berdua. nampak komunikasi sikit. mungkin risau dengan bapak aku. semua orang macam lega. mungkin ini permulaan yang baik.
 
sekali lagi sangkaan meleset. kali ni dah tak ada gaduh belakang-belakang. depan kami pun boleh bertekak cuma diorang elakkan bertekak depan bapak aku. lagi ekstrim bila kata-kata kesat dah keluar, b*doh, s*al, b*bi, f*ck, a*shole dan seangkatan dengannya (maaf agak kasar). dulu tak ada pun perkataan-perkataan ni. dua-dua sama naik. maca kena rasuk kalau gaduh.
 
Mac 2017
bapak aku suruh duduk serumah lagi kat rumah Suraya. dia guna alasan, ‘Demi abah, korang tak sayang abah ke?’. nak tak nak, diorang akur. aku dah setuju dengan mak aku dan kakak Suraya untuk selalu jenguk diorang.
 
satu hari, majlis hari jadi anak buah kami. aku dengan laki aku planning nak pergi sekali dengan diorang berdua jadi kami akan jemput diorang. aku tekan-tekan loceng tak ada orang menyahut. telefon pun tak angkat. kebetulan Suraya bagi aku kunci spare kat aku dan kakak dia dulu sebab dia takut apa-apa jadi kat dia, orang luar boleh masuk. aku masuk dan pintu depan tak kunci tapi aku dengar adik aku menjerit cakap dari tingkat atas, “kau ni dulu kecik-kecik tak nak mati, dah besar menyusahkan orang!”
suraya: “kau dengar sini eah jantan. aku bukan doakan atau berharap bapak kau meninggal. tapi kalau suatu hari bapak kau meninggal, aku nak mintak cerai dengan kau. kau ni pemusnah hidup aku!”
rafiq: “aaaaaahhh! pergi mampus kau!”
belum sempat Suraya balas, aku dah jerit nama diorang. aku tak boleh tahan sebak. aku sedih sebab Suraya boleh sampai terfikir tahap bapak aku meninggal. aku tau dia tak berniat tapi dia ikut amarah. aku pun sedih dengan adik aku yang sama perangai tak reti nak mengalah dan mengaharapkan ajal orang.
 
benda tak boleh jadi. bukan sekali dua Rafiq dan Suraya ada kesan luka, banyak kali. entah apa yang dibaling. adab pun dah hilang. lepas majlis hari jadi malam tu, aku minta tolong kakak Suraya amik dia balik rumah. aku nak kena hadap dengan adik aku sendiri. bukan nak masuk campur rumah tangga orang tapi kalau dah melampau terpaksa lah kita kena ambil tahu. kalau dah tak boleh diselamatkan, terpaksa leraikan. aku ajak dia pergi beranda luar rumah. aku suruh dia cerita satu persatu sejak diorang putus yang menjadikan diorang benci sangat antara satu sama lain.
 
masa Suraya minta tolong bayar kan separuh monthly instalment tu, adik aku buat bodoh sebab dia lebihkan motor dia. aku pun geram. Suraya minta balik semua duit yang pernah dia laburkan dengan Rafiq masa diorang bercinta. tu buat Rafiq bengang sebab Suraya mengungkit. tapi dia mengaku dengan aku sebenarnya duit Suraya tu semua dia dapat dengan janji dia akan bayar balik. tapi Suraya tak pernah berkira dan minta balik. malam tu sama-sama angin. si Rafiq geram sebab Suraya mengungkit dan mungkin bagi Suraya, dia geram sebab Rafiq buat bodoh. aku tak rasa Suraya salah sebab dia cuma minta balik apa yang dia punya je.
 
lepas kahwin, Suraya tak jadi diri dia macam masa Rafiq kenal dulu. dia langsung tak ambil peduli pasal Rafiq. kat rumah tu memang pentingkan diri sendiri. lantak lah dah makan ke, sakit ke, hidup ke, Suraya langsung tak ambil peduli. Suraya ada daily maid (‪8am-5pm‬) setiap hari dan maid dia dapat arahan jangan pernah sekali sentuh atau bersihkan atau buat apa yang patutlah kat barang dan bilik Rafiq dengan alasan itu maid dia yang bayar, so kena ikut cakap dia. patutlah adik aku sekali balik rumah parents aku, baju setimbun. kadang-kadang adik aku langsung tak nampak kelibat Suraya dalam rumah tu dan dia pun tak nak amik peduli. Rafiq pernah cuba nak berbaik tapi Suraya langsung tak bagi kesan. “Kalau kau nak suruh aku sayang dia, aku tak kisah sebab rasa sayang tu ada lagi. Tapi dia tu bukan macam orang, macam setan kau tau tak. Aku benci bila dia angin.”
 
kakak Suraya pulak cuba korek dari Suraya namun hampa. kena maki ada lah. maid Suraya pun kami soal siasat. kalau dia datang kerja waktu pagi, kadang ada la barang yang pecah dan berterabur. pinggan, cawan, stereo, kamera dslr, frame, dan segala benda yang kau mampu nak fikir. pagi nak pergi kerja pun sempat menyumpah antara satu sama lain. terkejut aku dengan kakak Suraya masa tu sampai kami nangis. apa yang ada dalam hati diorang sebenarnya. aku minta sangat dengan diorang berdua kalau marah, senyap. buat-buat tak wujud je.
 
 
Jun 2017
kata-kata maki dah tak ada. Cuma tengking-tengking. tapi tu depan kami, belakang kami… entahlah kami tak tahu. Satu hari, Suraya pengsan kat pejabat dia. Bapak aku dah happy sebab mengharapkan berita gembira. Korang rasa kenapa dia pengsan? Sebab dia sesak nafas. Keluarga Suraya terkejut sebab ahli keluarga dia tak ada genetik asma. Sambil menunggu Suraya sedar, kawan baik Suraya datang dan buka satu cerita. Cerita yang buat kami semua menangis termasuk Rafiq. Kita gelarkan dia Najwa.

5 tahun lepas, malam kejadian Rafiq dan Suraya gaduh besar… lebih kurang pukul 9.15pm diorang kat atas highway dan Suraya mengamuk sampai suruh Rafiq turunkan dia kat tepi highway tu. kebetulan Rafiq berhenti tu berhampiran dengan satu exit sebuah pekan kecil kat negeri kami ni. Jarak antara Najwa dengan plaza tol tu dalam 45 minit perjalanan sebab malam tu Najwa keluar dengan bf dia. Najwa dapat call dari Suraya minta tolong amik dia di plaza tol tersebut secepat yg mungkin sebab dia sorang-sorang dan akan tunggu dalam surau. Dari highway sampai kat plaza tol Suraya menapak ke surau kecil di tol tu. pekerja-pekerja yang nampak pun cuma senyum, mungkin diorang dah biasa dengan penumpang-penumpang bas yang suka berhenti di exit highway. Dalam 1 jam, baru Najwa sampai. Dia nengok surau gelap dan Suraya tak angkat telefon lepas berkali kali call. Najwa dan bf turun dari kereta, dan nampak ada sandal Suraya depan surau, dia masuk dan nampak ada lelaki tengah berdiri. Terus dia bukak lampu, Suraya dah separuh bogel, muka merah dan tangan diikat, mulut disumbat dengan gumpalan kain, lelaki tu tengah pakai seluar. Suraya DIROGOL.

Menjerit Najwa menyebabkan perogol tu sempat lari. Bf Najwa yg tunggu di sebelah kereta terus kejar, tapi tak dapat sebab dia terus masuk dalam belukar. Kelam kabut Najwa bawa Suraya ke klinik terdekat sebab kain yg dalam mulut najwa tu adalah gumpalan dengan gel pewangi. Mungkin nak bagi Suraya sesak nafas dan sejak tu Suraya selalu kena serang sakit dada.

Diorang pergi buat laporan polis malam tu jugak. Tapi langsung tak dapat bagi apa2 maklumat lengkap. Najwa dan bf dia tak nampak dengan jelas muka pelaku, Suraya tak dapat ingat langsung sebab lampu surau tu tiba-tiba gelap. Lepas beberapa minggu, Suraya keguguran. Dia mula-mula sangka dia datang bulan lewat tapi darah kali ni lain macam dan perut dia terlalu sakit. Najwa bawa pergi jumpa doktor sakit puan, dan sahkan Suraya alami keguguran bukan datang bulan. Suraya akui kalau pun janin tu masih hidup, dia akan jaga budak tu sebab anak tu tak berdosa.

Ini lah asbab utama kenapa Suraya menjauhkan diri daripada lelaki. Sebab dia rasa diri dia terlalu kotor, bukan sebab dia tak move on dengan adik aku. Self confident dia hilang. Dia takut lelaki tak boleh terima dia. Jadi, setiap kali Suraya sesak nafas atau sakit dada, dia akan minta tolong Najwa. Tak ada seorang pun yang tahu pasal benda ni.

Semua orang terdiam bila dapat tahu cerita sebenar. Rafiq? Terduduk. Aku yakin dia rasa bersalah gila dan dia dah dapat jawapan kenapa Suraya benci dia sangat. Lepas masuk wad satu malam, Suraya boleh keluar dan dia minta balik rumah mak ayah dia. Lepas tu Suraya ambil cuti tanpa gaji sebulan dan dia pergi travel dengan group travel dia.

26 September 2017
Kehidupan diorang macam biasa. Dah tak ada gaduh-gaduh sebab adik aku tak pernah marah Suraya lepas tu. Rafiq menangis nangis minta maaf dengan Suraya dan keluarga Suraya sebab dia cuai dan tinggalkan Suraya tepi highway malam tu. tapi Suraya hati dia mati. Dia tak pernah bercakap sepatah apa pun dengan adik aku walaupun diorang duduk serumah. Dia macam tak ada perasaan. Hati dia dah keras. Adik aku dah usaha macam macam nak ambil hati dia balik, sampai buat solat hajat setiap malam, minta tolong peramal perubatan bagi ubat penenang hati dan cuba bagi layanan baik dengan Suraya. Tapi dia tak pernah endah.

Minggu lepas bapak aku mengalah dan tanya Suraya, apa perkara yang boleh buat hati Suraya puas… Suraya minta cerai dan dia tak nak ada apa apa kaitan lagi dengan adik aku. Bapak aku akur… tapi adik aku pulak yang tak nak lepaskan. Jadi macam mana… apa yang harus kami buat… perlu ke bagi diorang masa lagi atau benarkan diorang berpisah?

– Kakak Buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit