Surirumah Collect Pahala

Assalamu’alaikum..

Hai Minah.. kita sama. Saya pun surirumah jugak.. Ada dua orang anak, cuma yang sulung perempuan, juga 3 tahun.. adiknya lelaki.. 8 bulan.

Saya pernah bekerja tapi quit beberapa bulan lepas anak pertama lahir. Memang niat nak quit dan jaga sendiri anak since mengandung lagi. Ditakdirkan suami kena retrenched 2,3 bulan sebelum bersalin. Tawakkal je masa tu.. Tak lama lepastu suami dapat offer keja luar Malaysia. Alhamdulillah.. saya pun dapat quit dan ikut suami migrate. Suami memang galakkan berhenti kerja & jaga anak. Jadi kat sini lah saya. Jauh dari hometown.. Cantik kan Allah punya plan? Since dah 3 years (and counting) saya jadi surirumah mcm Minah, anak pun sama dua orang.. saya kongsikan sikit rutin harian saya yang less-stressful inshaAllah..

Hal suami2 ni kita set aside dulu.. pertama sekali saya nak kongsi tentang..

MULUT ORANG
..yang bertanya bila nak tambah anak. Yang ni tak payah cerita panjang.. buang masa. Pada saya, cukup kita fikir orang2 ni cuma nak “create conversation”.. Tak ada topik lain nak sembang. Itu saja kot yang terlintas dalam kepala dia. Kalau saya, saya tak tanya..sebab tak berminat nak tahu. Saya introvert memang jenis tak reti sembang. Tapi ada orang terlampau ramah sampai tanya benda tak perlu.. ini lah jadinya. Senang kata..abaikan saja.. Kita pergi kat point penting.. iaitu..

COLLECT PAHALA
Mulakan hari kita dengan bismillah. Biasakan lidah kita sebut bismillah setiap kali nak buat apapun. Bangkit dari katil je kata bismillah.. nak buka paip, nak start taruk bahan dalam kuali panas (detail la plak), nak pakaikan baju anak pun sebut bismillah. Ada time tu sebut kuat pun tak apa. Biar anak dengar, mudah-mudahan anak2 pun ikut.

Zikir – Memandangkan hari2 kita buat benda samaaa je, jadi biarlah ianya “berisi”. Contohnya sambil sidai baju pada hanger atau nak angkat baju dan sebagainya, kita sebut Subhanallah-Wabihamdih Subhanarabbiyal ‘Azim – cukup seratus kali, semoga “diampuni segala dosa sekalipun dosanya itu sebanyak buih di laut.” (HR Muslim dan Tirmidzi) . Tapi saya tak kira lah sebab tangan duk buat kerja.. cuma ulang2 je banyak2 asal yakin lebih 100.. Waktu lain dendiam tgh susukan anak atau tidurkan anak tu ya lah boleh kira2 dengan jari..

Sambil potong bawang, sambil lipat kain, sambil kemas toy anak-anak, susun barang dapur dsb.. kalau tgh dendiam sorang2 tu boleh jugak sebut Astaghfirullahalazim-Wa-Atubu-Ilaih. Atau paling simple kita ulang2 saja sebut “Subhanallah – Alhamdulillah – Allahu Akbar”.. Banyak lagi; Hasbiyallah, Lailahaillallah (sambung sampai habis, nak type panjang sgt, gugel lah. cari makna sekali).. Ulang-ulang sampai siap (atau kena distract dengan anak2 hehe).. lepastu sambung balik. Jadi kerja kita bukan kosong2 saje. Dalam hati pun takde mase nak pikir nak maki sape2 atau pikir bukan2.. In between, sambil anak menyusu atau tengah duduk kat riba kita.. atau tengah main2 sekalipun.. kita boleh lepak sama sambil baca Quran. Jarang missed walaupun satu page sebab sambil anak2 main, sambil susukan anak, sambil kita dapat baca Quran.. Nak baca surah Al-Waqiah / Al-Mulk pun sempat sangat.. Kejap-kejap kena distract dengan anak2 tu biasa lah..

Solat – Saya solat selalunya kat tengah2 area living hall tempat anak-anak main. Ambil wudhu pun kat dapur – sebab rumah ni open kitchen dengan living hall. Semua express. (Lepas wudhu tu saya ada jugak sapu sikit air wudhu kat ubun anak2 sambil doa2) Masa solat pun tak kisah kalau anak nak panjat2.. saya fikir, kita solat depan mereka ni sekurang-kurangnya jadi contoh nanti anak-anak ikut. Kdg2 anak ikut, kdg2 panjat, kdg2 buat hal sendiri.. Waktu Duha pun jarang missed sebab waktu anak2 segar duk explore nak main; atau depa sambung tidur jap sebab ikut bangun Subuh tadi.. Jadi kita ambil chance ni utk solat Duha sekali. Paling penting jugak, boleh solat awal waktu. Azan je terus wudhu kat dapur / anak2 tgh main kita lari kejap wudhu kat washroom – memana yang mudah/cepat. Jadi kat sini anak2 sebenarnya tak jadi masalah kita nak solat pun terutama bila kita kat rumah.. malah jadi pendorong solat awal waktu sebab kita fikir kot2 nanti anak nak tidur pulak, nak ke tandas, kita nak masak, etc etc.. setelkan yang utama dulu – solat. Nak buat solat rawatib pun sempat sangat. Anak2 ada area kita je kan.

MASA
Try selarikan waktu tidur anak2 kita (read: memandangkan saya dan Minah sama2 dua orang anak), saya rasa boleh try buat diorang tidur sekali. Paling baik waktu tengahari. Around Zohor. Ambil masa ni untuk rehat jugak; power nap / qailullah.. inshaAllah ada energy lagi sampai ke malam.

Tentang urusan rumah – masak, laundry dan sebagainya; memang time ni terkejar-kejar dan pause pause kejap sebab nak attend anak2.. time tu lah anak nak kita dukung, anak nak ke tandas, kena tegah anak terlebih explore pulak.. huhuhu.. Betul, kita tak ada boss, time management semua atas kita. Tapi terus terang, bila anak2 dah tidur.. atau nak tidurkan anak2 sambil nak lelap mata.. kadang2 saya terfikir, apa “submission” saya pada buku catatan saya akhirat nanti. Sebab tiba2 dah malam, saya rasa macam baruuuuu je bangun pagi tadi, anak2 bgn, mandi, salin diapers, dsb.. rasa macam baru je tadi saya tidurkan anak yang semalam nya.. Waktu cepat sangat berlalu..

“(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.” Surah An-Naziat; Ayat 46

Sedar2 anak sulung saya dulu tinggi separuh kabinet.. sekarang nampak dah nak sama tinggi dengan kabinet.. Dah boleh jengket ambil barang2.. Baby saya sedar2 dah sibuk nak berdiri. Baru je rasa lahirkan dia kecik halus dengan kuning.. haha.. Sayu pun ada kadang2 sebab pikir cepat sangat membesarnya. Alhamdulillah, bila bawah jagaan kita ni jarang anak2 sakit.. Setahun sekali rasanya kalau ada demam pun. Appreciate the moment. Kejap lagi mereka dah besar.. dah belajar/kerja dan tak tinggal dengan kita.. rumah pun dah tak sepah2 dah.. takde suara2 kanak2 dah.. sobss.. sedih plak.

MEDIA SOSIAL
Ini saya nak tekankan jugak. Since jadi surirumah ni makin kurang saya interact dengan media sosial. Kalau adapun feed saya yang banyak news update dan info sharing. Kalau instagram, saya banyak elakkan sebab bagi saya tak ada manfaat cuma melihat gambar2 orang lain share (keep in mind yang selalunya yang orang post ni indah2 je. Shot puluh2 keping gambar dan pilih the best untuk upload :D) . Silap haribulan nanti kita compare pulak dengan diri kita, anak2 kita dsb..

Malah gambar2 anak2 pun saya dah jarang upload. Padhal memory phone asyik penuh je saya snap and rekod macam2. Sindrom mak mak kannnn.. Tapi jadi tak nak upload sebab rasa tak perlu nak tunjuk kat orang, lagipun social media tak brapa nak safe. Evil eye apatah lagi. Cuma sharing dengan family untuk diorg tgk perkembangan anak2.. Pendek kata, spend less time kat media sosial.. lebih baik tumpu kan kat anak2, hal rumah, buka terjemah Quran dsb.. bila buka terjemah tu rasa nak baca lagi. Sebab makin kita baca, makin banyak kita nak tahu.

GRATEFUL
Cari apa yang kita ada, instead of tak ada. Saya syukur sekurang2nya anak2 saya sihat dan cergas (sekurang2nya?!! Ini lah sebenarnya antara rezeki tak ternilai). Walaupun kat sini saya ada menjalani rawatan lanjutan, kena daycare operation, jumpa doktor untuk follow up. Allah kurniakan anak2 dengan kesihatan yang baik. Suami yang caring dan tolong jagakan anak2 waktu saya kena jalani rawatan – tak boleh harap orang lain dah sebab kami tinggal di negara orang. Ini bahagian saya; barangkali anda lain pula. Saya fikir ada tempat tidur, ada rumah, suami sihat dan baik pulak tu.. kawasan pun selamat.. eh macam-macam lah kalau nak kira hari2 memang Alhamdulillah.. dapat gerak jari2 menaip ni pun rasa dah syukur (sebab pernah sakit, tak dapat berdiri tegak pun hazab nyaaa)..

KAWAN SEMBANG
Zaman ni bukan cam dulu dah.. boleh panggil jiran sebelah buat mesyuarat tingkap. Kami tak ada jiran yang boleh sembang. Dah menginjak umur 30 ni saya kecilkan circle kawan-kawan. Sekali sekala je tegur kat Whatsapp tanya khabar, update.. masing-masing pun paham komitmen masing-masing. Itupun selalunya saya yang last skali ‘blueticked’ orang sebab tunggu free betul2 baru saya reply.. atau tak tau dah nak reply apa. Selebihnya cuma suami je kawan saya sembang.. cerita apa saya jumpa kat internet.. share apa saya baca kat terjemah Quran.. cerita perangai anak2 siang tadi.. macam-macamlah. Kadang2 je saya tanya kerja hari ni ok tak.. (sebab biasanya dapat jawapan yang sama je – oranglaki kannn).

Alahhh.. sembang saja dengan anak-anak. Ok, bukan sembang sangat. More to “interact” dengan anak2. Saya ikut konsep EASY – Eat, Activity, Sleep and You. Kenyangkan anak2 dulu baru biarkan mereka dengan leaning dan exploration.. sambil2 tu kita involvekan diri kita sekali. Jangan underestimate anak2 tau. Umur camni la depa belajar macam-macam. Kita buat apapun kita bagitau.. “mama tengah potong onion.. ni apa? onion.. basol” .. haa konon2 nak kenalkan bahasa lain sekali. Sebenarnya masa kita ada ni boleh ajar depa macam2. Nak away jap (kadang2 saya pergi snacking cepat2 nak alas perut). “kejap yaaa.. mama nak makan peanut butter. Nak peanut butter?” … “itu.. vacuum cleaner” “mama nak fold blanket..” .. bagitau je semua. Interact dengan anak-anak. Time ni la depa absorb macam-macam. Even azan berkumandang pun saya bagitau “dah azannn.. azan Zohor.. Zohor berapa rakaat??” .. bukannya nak expect anak saya tahu. Cuma nak bagi biasa. Dalam diam sebenarnya tengah didik anak2 lah ni. So takde la rasa sunyi sangat macam tak ada orang nak sembang..

KEMAS RUMAH
Kena lincah sikit tang ni.. Jalan nampak sepah je saya angkat. Toy berterabur je saya simpan balik (kalau tak in rush lah – depends) .. Memang lepastu anak-anak akan main balik. Tapi lepastu kita kemas balik. Kadang2 toy dah terbiar diorg tak usik walaupun tengah main; sambil lepak dengan diorg sambil saya kemas. Letakkan balik kat tempat2 nya. At the same time kita ajar sekali anak untuk kemas, letak balik kat tempat asal. Yang jatuh tu angkat balik.. gittew..

Ulang point “collect pahala”, masa kemas ni lah kita zikir je. Jadi tak tension. Biar rumah ni jadi playground anak2. Nak explore kan? Biarkan je.. Tapi sebab kerap kemas2, jadi severity sepah tak teruk lah. Jangan “dikumpulkan” sepah2 tu plak.. Bagi saya kain baju pinggan semua tu boleh buat la ikut suka hati, kelebihan surirumah ni dapat kelonggaran camni lah.. Bagi chance kat diri sendiri, tengok keadaan.. Cuma make sure siap.. Disiplin pun penting.. Collect pahala sekali sambil2 tu (^_^). Tapi lama2 rasa nak setelkan terus. Daripada biar makin lama makin banyak nanti makin tensen makkk

DIRI SENDIRI
Yang ni saya ringkaskan. Camana kita kat rumah biarlah selesa. Rambut kita kalo boleh biar ikat kemas macam orang tengah pantang tu. Tarik kemas2 dan ikat. Biar kepala kita ringan, jadi tak stress.. Jangan lupa alas perut sikit2, jangan biarkan kita lapar.. Nanti cepat emosi. Snacking lah kejap.. Makan roti ke keropok ke.. Dannnn paling penting, minum air masak banyak2..

Saya sebut collect pahala ni sebab kita sedar kita di alam yang sementara. Dalam tak sedar tah tah kita duk collect dosa ke, mane tau kan? Sebab tu berlumba je lah zikir pun paling kurang. And yes, actually mende ni semua orang pun boleh buat tak kira kat mana saja anda beradaaa.. yang ibu2 bekerja sambil drive ke apapun boleh buat jugak. Cuma peluang jadi surirumah ni jangan disia2kan..

Takat ni dulu. Tang suami ni panjang kalau nak cerita.. Nanti kalau ada rezeki, bertambah anak, lain pulak cara kita. Tak dinafikan yang kita semua ada “battle” yang kita kena hadapi.. Battle nak tahan marah, antaranya.. Ya lah, saya kurangsembang sangat dengan orang – jadi kurang nak mengumpat (sekali sembang mengumpat banyak keeee mane tau kann uhuhuu ampuniku). Tak de nak bermake up bagai atau bergaya.. jarang keluar rumah.. jadi celah mana lagi syaitan nak hasut saya? Dia buatlah saya jadi cepat marah ke apa kan.. gituu..

So dont judge mak2 lain yaa.. Be empathy at least.. Takmo la duk cyber bullies sajaa.. Kita mak2 ni support la each other… Yang penting jangan jadikan life harian kita sia-sia. Kena ingat, perempuan ni Rasullullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam dah pesan untuk beristighfar dan bersedekah sebab??? (haa jawab lah sendiri huhuuuu) .. Jadi hari2 kita 24jam dengan anak duduk rumah ni lah kita istighfar/zikir banyak2 sambil buat housechores, dan niatkan semua kita buat urus rumah/handle barang2 kepunyaan suami, jaga rumah ni semua adalah sedekah..

Kita ada setiap hari untuk upgrade ourselves.. Begitu juga dalam didik anak2.. Perubahan takkan terjadi dalam sehari.. Ada banyak hari ni kita gunakan la sebaik2nya… Buat seikhlas hati dan semoga esok2 depan Allah kita boleh jawab tentang amanah ni semua..

– Dumplings

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit