Susah Jadi Orang Perempuan

Susah Jadi Orang Perempuan

Assalamualaikum. Aku sekarang berumur 32 tahun.. aku just nak luah apa yg tersimpan. Masa aku umur 11 tahun ayah aku meninggal.. adik beradik aku kecik2 lagi waktu tu. Ayah dan mak saudara arwah ayah aku… kira tok saudara aku ni konon nak tolong kami. Tok saudara aku ni takde anak.. tapi diorang ada ambik anak2 angkat.

Asalnya tok saudara aku ni ada rumah sewa dan nak sewakan rumah tu kat kitorang… tapi tiba2 tak jadi so diorang suruh kami duduk kat rumah diorang je. Mak aku tak sedap la nak duduk rumah orang.. mak aku nak buat jugak rumah sendiri guna duit yg mak aku simpan, tambah duit arwah ayah aku.. actually arwah ayah memang dah buat rumah tu tapi separuh jalan..lepas arwah ayah meninggal jangan cakap la.. tok saudara yg konon nak tolong, lebih2 pulak dlm pembahagian pusaka..yg ni malas aku nak cerita.

Masa duduk rumah tok saudara aku ni..anak angkat diorang ni ada 4 orang.. seorang laki tua sikit drpd aku, yg perempuan muda beberapa tahun drpd aku.yg 2 org lagi dah dewasa. Aku nak cerita yg budak laki ni…aku cukup tak suka dia..aku rasa dia gatal. Ke mana aku pegi dia ikut dan dia suka usha aku.. aku duduk dlm bilik pun aku tau dia panjat tingkap skodeng aku. ada sekali tu aku tak berapa ingat dia buat apa kat aku… macam raba..tp dia cakap terpegang. Aku ngadu kat mak aku..mak aku cakap dia tak sengaja la tu. Mak aku taknak kecoh sebenarnya . Yer la kami duduk menumpang. Budak laki tu pulak anak tuan rumah.

Yg budak perempuan tu pulak tak suka dgn aku… bila dia tengok aku berkawan dgn sesiapa dia akan marah2. Satu hari tu mak aku tau yg tok saudara aku ni.. yg konon nak tolong siapkan rumah, rupanya ambik duit mak aku..tapi rumahnya tak siap2. Mak aku bertanya pasal rumah tu .. tok saudara aku ni naik angin tetiba dan dia bring up pasal aku. Cakap aku ni punca masalah anak2 angkat dia. Tok saudara aku ni nak tutup cite pasal duit rumah tu.. berpuluh ribu kot kena rembat. last sekali tok saudara aku suruh kami pegi pindah.. duduk la kat rumah tu walaupon rumah tu tak siap lagi. Halau la kiranya.

Macam2 lagi yg berlaku lepas tu bila duduk rumah yg tak siap… aku malas nak ingatkan. Tok saudara kami ni tak pernah jenguk kami lagi.. sampai la bila aku dah habis belajar. Adik beradik aku dah senang. Mak aku pun dah senang. Tok saudara aku jumpa mak aku minta maaf… ah macam aku tak kenal. Lepas dah baik dgn mak aku..dia pinjam beribu duit mak aku. Aku bagi kata dua kat mak aku..aku tak kisah mak aku dah maafkan tok saudara aku dan terima nak berbaik. Aku tak kisah mak aku nak bagi pinjam duit. Mak pun tau perangai tok saudara aku tu. So lepas ni kalau jadi apa2 pasal duit tok saudara aku tak bayar balik ke apa..jangan cerita kat aku. Aku tak nak tau.huhu.sampai sekarang aku tak tau tok saudara aku bayar balik ke tak. Mak aku tak berani nak cite kat aku dah.

Tiap2 kali raya mak aku ajak kami pergi beraya rumah dia. Aku tiap kali raya paling benci part kena paksa pergi beraya ni.. aku benci bila duduk kat rumah tok saudara aku memori aku waktu kecik2 dulu datang balik. Banyak lagi yg terjadi di rumah tu. Semuanya tak best. Tok saudara aku minta maaf kat mak aku..tapi bukan kat aku. Bila pergi beraya rumah tok saudara aku ni dia punya jelingan tu….pergh. Aku kalau nak balas boleh je..tapi ingat orang tua. Paling tak best kene jumpa budak laki dan budak perempuan tu. Budak laki tu dah kawin pun, anak 3. Semua laki. Apa dia buat kat aku tu..aku tak rasa aku boleh maaf. Memang aku rasa aku fake giler bila pergi beraya rumah dia. Mak aku je terhegeh2 pegi raya rumah dia…tok saudara tak pernah pon beraya rumah kami. Cakap banyak2 pun..aku jugak yg salah. Adik beradik aku yg lain tak tau pasal apa aku benci dan malas nak beraya rumah tok saudara aku tu..diorang duk asrama. Diorang tak tau apa terjadi.

Pengalaman aku ni membesar antara sebab jugak aku traumatic dgn laki… belum lagi cerita aku hampir kena cabul dgn perompak yg pecah masuk rumah tak siap tu, kena raba masa berjalan nak pergi sekolah. Benci betul. Sampai dulu aku marahkan tuhan kenapa aku jadik perempuan. Dah la tak habis2 cerita orang perempuan banyak dalam neraka.. isteri derhaka… dalam kepala aku, asyik cakap kalaulah aku laki… huhu. Rasa tak redha jadik perempuan.

Aku ni kurus keding..tapi kalau orang laki kurang hajaq..aku tak teragak2 bersilat. Sekarang aku dah kawin. Nasib baik suami aku hormatkan aku.. pernah jugak gaduh2 aku naik angin..aku tumbuk suami… suami aku baik dan penyabar.. dia tak balas pun. Aku je la tak habis2 menyesal kenapa la aku gangster sangat. Syukur suami aku tak pernah naik tangan… dia jugak bertanggungjawab, kalau boleh bagi anugerah suami mithali aku rasa dia layak.

Anak2 aku semua perempuan. Susah betul nak membesarkan anak perempuan… aku dah letak KPI, anak2 aku kena belajar martial art dan berenang. Aku jugak dah ajar…kemaluan dan aurat tu kehormatan , tak boleh disentuh tak boleh dipegang. Kadang2 aku jadik kapten atau komando, aku suruh diorang beratur.. main ninja2. Tu pun bila suami aku takde kat rumah…dia tak tau pon. Haha. Aku ajar anak2 perempuan aku lasak sikit… bukan apa, anak2 aku comel2. Banyak buaya di air tenang.kan?

Jadik orang perempuan tak boleh lemah. Tak boleh jugak menggatal. Belum kahwin, nak manja2 dgn lelaki. Lelaki puji sikit, belai sikit…dah layu. Mudah diangkut ke sana ke mari. Ingat lelaki nak kisah lagik ke kalau dah dapat nikmat tu daripada hang? Jangan jadik bodoh.

Jaga diri. Lepas kahwin, hang nak berkepit 7 hari 7 malam tak keluar rumah pun takde sape kisah … nikmat pun nikmat yg berkat. Aku bukan nak galakkan kahwin cepat2. Orang perempuan pon wajib pilih suami. Kena tau dgn siapa bakal suami berkawan. Kena tau keluarga bakal suami macam mana. Kena tau solat puasa dia tunggang langgang ke tak. Kahwin bukan tangkap muat… duduk fikir elok2 apa sebab kau nak berkahwin. Kalau tengok lelaki gampang ramai sangat… takde sebab kau nak berkahwin kan. Baik solo. Tapi ada sebab kenapa Allah suruh berkahwin. Untuk menyempurnakan agama. Jadik nak carik suami, bukan keje main2.

Ok… aku pun tak tau apa point sebenar luahan aku ni. Yg mana baik ambik lah pedoman. Tak rugi membaca. Yg rugi lepas membaca kutuk orang je keje… hehe. okay, wassalam…

– Reen

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit