SVT

SVT

assalaamualaikum warga iium semua. Harap2 di approvekan lah sebab aku nak share ilmu. tahun ni genap 20 tahun umur aku hidup. aku seorang mahasiswi ipta.

aku medical student tapi course dirahsiakan haha. dan sekarang aku sedang menjalani praktikum di hospital berhampiran. aku berada di semester 4. doakan aku dapat habiskan study ya. aku nak cerita pasal svt. yang bukan dalam medikal pelik bunyinya. tapi aku memang nak cerita sebab aku suka bercerita dan share ilmu. svt adalah supraventricular tachycardia. apa tu? ia adalah satu rentak jantung yang tak normal pada seseorang iaitu rentak jantung yang laju melebihi 100 degupan dalam 1 minit. tak ramai yang sedar dan mungkin ada yang tak pernah kira pun degupan jantung sendiri. degupan jantung normal pada setiap individu iaitu 60 – 100 degupan setiap minit. ok masing2 check ya.
ok, bagi orang yang degupan yang melebihi 100 degupan seminit ada beberapa faktor yang mempengaruhi seperti demam, jangkitan kuman atau dehidrasi, anemia, atau elektrolit imbalance(unsur2 dalam badan tak stabil). tapi bila seseorang tu tak sakit, tapi degupan jantung masih laju, itu jadi tanda tanya. contohnya, korang yang tengah duduk je sekarang ni dan korang rasa jantung korang melebihi 100 degupan seminit, korang better pergi check. korang bagithu pada doktor yang korang notice degupan jantung korang laju. ada orang , dia sedar degupan jantung dia laju tapi dia kata dia ok sebab dia dah biasa dengan degupan jantung laju macam tu. ya, aku dulu macam tu, aku mula2 sedar yang degupan jantung aku sangat laju mula dari umur 16 tahun atau kurang dari tu. aku juga ada simptom lain macam pening, nak pitam, nak muntah, cepat letih, rasa macam letih nya nak tido je, start sakit dada, aku dapat rasa degupan jantung sendiri pada dada walaupun tak buat apa2. aku tak defikir apa2 langsung time ni sebab apa? sebab aku tak pernah nak tanya mr google dan aku tak pernah fikir yang aku sakit. aku aktif macam biasa dan aku budak sukan. aku cuma fikir mungkin orang lain pun rasa simptom2 yang aku rasa cuma mereka tak cerita so aku pun tak de la cerita kat sapa2 sebab aku anggap benda tu biasa la kan simptom2 macam tu. kalau korang lari, jantung korang laju tu biasa lepas bebrapa minit dia akan kembali normal. tapi bila degupan jantung korang time baca buku ke atau apa2 yang korang tak buat ap2 pun boleh lebih dari 100 degupan seminit, yang tu bahaya. jangan jadi macam aku yang tak pernah kisah pasal diri sendiri.

Kesannya, bila jantung kita pump darah dengan sangat laju, jantung akan terhenti secara tiba2 atau boleh kena serangan jantung secara tiba2. Habislah … pentingnya buat pemeriksaan jantung secara berkala terutama kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Wajib lah. Yang muda2, kalau ada simptom boleh check juga.ecg aku memang tak normal dan rentak jantung aku menunjukkan rentak jantung yang bahaya. Aku sendiri pun takut bila tengok rentak jantung aku macam tu sebab aku tahu apa yang jadi pada jantung aku sebb aku dah belajar.

sekarang umur aku dah 20 dan dah hampir 5 tahun aku hidup dalam keadaan macam ni yang tak selesa . dan aku survive tanpa mendapatkan apa2 rawatan dan simptom makin hari makin teruk. aku sedar aku makin teruk. aku cuma makan vitamin yang aku beli di farmasi atas suggestion farmacist. sebab farmacist cakap mungkin aku kurang vitamin sahaja + letih . biasalah budak sekolah kan selalu letih. tak pernah pergi klinik ke? pernah je bila aku bagitahu mak aku yang aku betul2 tak larat sampai dah nak pengsan dah dan doktor kaata i’m fine then balik. sekarang aku seorang student medikal which is aku patutnya sedar aku ada svt sebab aku dah belajar benda ni di sem 4. tapi aku tak sedar jugak sebab sibuk belajar. sehingga minggu terakhir sebelum habis praktikum sem 3, aku sakit dada selama 4 hari yang aku anggap akan hilang dalam masa beberpa hari tapi still tak hilang yang aku rasa makin teruk sampai aku tak mampu nak tahan lagi dengan nafas yang macam macam nyawa2 ikan je. dan pada sebelah petang selepas balik dari praktikum, aku terus ke klinik dan aku doktor suruh aku buat ecg(check aktiviti jantung). result nya ecg aku sinus tachycardia dengan degupan jantung 130 degupan seminit. aku notice tapi aku tak tahu kenapa aku tak dapat nak relate segala yang aku belajar dengan diri aku. lepas tu doktor buat diagnosis 1st aku adalah asma yang mana aku tak pernah ade asma pun. so aku pergi la buat xray dada dan clear je tak de apa2. and then check tiroid clear jugak (hypertiroid juga menyebabkan degupan jantung laju). lepas tu 2 minggu lepas tu aku teruk dengan segala simptom2 aku datang dengan menggigil nye, aku terus ke klinik balik dan doktor suruh aku buat echocardiogram(check struktur jantung) dan holter(mesin jantung kecil untuk rekod aktivit jantung selama 24jam dengan aktivit harian). result holter aku menunjukkan ecg aku memang tak normal dan dengan degupan paling tinggi 154 degupan seminit dan ade 19 kali degupan jantung tak normal dalam 24 jam. tu semua symptom2 yang aku ade dan badan aku menunjukkan simptom yang sangat teruk. bukan orang tua je boleh dapat penyakit jantung tau. aku duduk bilik sorang sekarang ni di asrama, bahya juga kan sebab kalau ap2 jadi pada aku orang tak tahu. ya, aku memang tak selesa dengan simptom2 yang aku ada sebab kadang2 mengganggu aktiviti seharian aku.

so korang yang rasa diri tak sihat tu walau apa pun simptom yang korang ade walaupun masih muda remaja, tolonglah rujuk pada doktor. takut nanti dah terlambat. aku alhamdulillah belum terlambat kut sebab masa buat echo, struktur jantung aku masih elok. korang yang rasa ade tanda2 macam ni juga jumpa dengan doktor ples.

bila lect aku tahu(lect yang ajar bab jantung) , dia refer aku ke bahagian jantung untuk treatment. aku sekarang sedang menunggu rawatan tunggu masa bahagian jantung panggil aku. ya, aku tak pernah ade history dalam family yang sakit jantung atau apa2 pun.

aku malu sebab aku medical student tapi aku sakit……. aku rasa macam orang cakap aku tak pandai jaga diri. tapi kalau korang ade penyakit yang sama, korang jangan malu sebab benda ni jadi secara natural maksudnya bukan sebab korang buat salah atau sebab makan tak sihat. bukan bukan. ini terjadi sebab fungsi badan korang yang tak betul je. dan boleh dirawat walaupun bukan 100%. mula2 aku nafikan bila lecturer aku tanya simptom2 yang aku ada sebab aku malu, tapi lecturer aku boleh tangkap sebab dia lagi pakar hahaha. dia cakap awak jangan deny yang awak sakit, kita akan tolong awak. ya allah, rasa terharu betul. mungkin sebab kita banyak tolong orang, alhamdulillah.

jaga kesihatan ye semua.

-faz-

– faz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit