Syukuri Apa Yang Ada Dalam Hidup

Assalamualaikum, terima kasih admin kalua sudi benyiarkan kisah ini. Anggaplah kisah ni sebagai ruang untuk kita mensyukuri nikmat yang kita ada sekarang. This is not about me. Ini mengisahkan kawan aku. Kita gelarkan kawan aku ni sebagai Nana.

Aku kenal Nana ni dari zaman aku belajar Diploma. Aku dari keluarga biasa, bukan orang senang sama jugak macam dia. Tapi syukurnya aku, bila aku dah mula bekerja ni, hasil gaji ni aku boleh bagi mak aku sikit, belanja dapur kampung sikit dan lebihnya aku guna untuk aku. Walau tak banyak, tapi okaylah syukur. Tapi bila mengenangkan Nana ni, aku rasa mak dia mesti bersyukur sangat dapat anak macam dia. Lepas diploma, dia kerja keras, cuba buat OT selagi boleh hanya untuk tampung family dia.

Pernah sekali aku ajak dia keluar konon nak lepaklah. Dia bagi alasan kerja. Banyak kali aku ajak dia, ada je alasan dia tak nak jumpa aku. Last sekali dia cerita kat aku, yang family dia tak cukup duit. Dia kerja selama ni untuk family dia. Bukan untuk diri sendiri berjoli sakan. Berkerja keras untuk cari duit untuk tampung keluarga di tengah pusat bandar. Duduk di pusat bandar pun bukan mudah, tiada kenderaan, tiada saving. Kita tengok diri kita, cukup syukurkah kita? Mengeluh sakan. Syukurkah kita?

Ada satu malam tu aku whatsapp dia, cerita macam-macam, luah macam-macam. Dia pernah ada bestfriend. Geng pun ramai. Tapi bila dah dewasa ni, bila dia dah mula ada komitmen pada family, mula rasa tanggungjawab, geng-geng semua buang dia. Cakap dia takde masa untuk geng dan kawan baik sendiri. Tak reply chat pun dituduh lupa kawan, tak reply story kat insta pun dituduh lupa member. This is not how friendship works. Bukan!! Mengaku kawan baik, tapi bila kawan nak share problem, tak nak layan, amende yang kau kata friendship tu?

Aku nasihatkan pada dia, abaikan kawan-kawan yang macam tu. Kalau kita susah pun, bukan semua kawan ada. Waktu kita susah, waktu kita mati, yang ada sekeliling kita adalah keluarga. Aku pun cuba praktikkan benda yang sama. Kita rasa kita susah, ramai lagi susah. Kita rasa penat, ramai lagi penat. Pandang yang lebih jerih dari kita, dan kita akan tahu apa maksud syukur yang sebenar Untuk Nana, aku bangga dengan kau. Maaf tak dapat jadi kawan yang baik. Tahniah dapat buktikan yang kau anak yang baik, bangsa yang boleh dibanggakan dan manusia berguna. Rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk. Ilmu, kesihatan, masa, keluarga.. SYUKURI APA YANG ADA, HIDUP ADALAH ANUGERAH

– Saya perempuan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *