Tackle Your Roommate

Tackle Your Roommate

Assalamualaikum dan terima kasih sudi baca. Sebab akhir-akhir ni banyak cerita pasal roomate, jadi saya pun tak nak berkecuali hehe.

(Straight to the point)
Saya berpengalaman ada roomate yang berlainan selama 2 kali. Terus terang saya cakap, saya tak ‘ngam’ sangat dengan roomate first ( now dah tak contact lagi dengan dia sedih kan ). Kenapa saya tak ngam?Saya ceritakan pengalaman saya supaya anda semua boleh hadam and tinggalkan apa yang perlu, and praktik kan apa yang relevan.

First, sebab tak ngam mungkin salah saya. Second mungkin salah dia hehe. Kitaorang tak ngam sebab roomate agak tak memahami sangat (maafkan saya kalau nampak mengata beliau). Contoh keadaan saya tak dapat bagitahu takut dia syak haha. Contoh lain boleh saya bagi ialah pukul 12 malam still berhuha dengan kawan lain(bukan housemate) di mana roomate-roomate dia nak tidur. Apa yang saya nak highlight kan ialah bila awak semua ada roomate, tolong bertolak ansur. Kalau sorang tak bertolak-ansur, anda akan dapati roomate-roomate awak akan ikut perangai awak. Sampai habis sem nanti awak semua simpan dendam kan.

Yang kedua, saya tak ngam dengan roomate sebab kitaorang krik krik sikit. Yang peliknya, dengan roomate lain (housemate) dia boleh gelak tak ingat dunia. Apa yang saya nampak kenapa kami boleh krik krik ialah dia terlebih rapat dengan roomate lain ( Untuk pengetahuan dalam rumah itu ada 4 orang). So pesan saya, bila dah ada housemate, tolong jangan rapat dengan certain orang,tapi rapat dengan semua orang. Kesian kepada roomate yang dipinggirkan. Kadang-kadang, mereka ini jenis yang tak pandai bersosial, mudah terasa dengan orang sekeliling. Awak yang pandai bersosial ni kena pandai mainkan peranan ok.

Ringkasnya, ada banyak lagi yang patut awak buat untuk jaga hati roomate awak antaranya :
i) Ingat birthday dan sambut seperti mana awak semua sambut birthday roomate-roomate lain. Kalau tak cukup bajet untuk sambut, pastikan untuk roomate awak yang lain juga tak perlu disambut.
ii) Bergurau senda bersama-sama tanpa sesiapa terkecuali.
iii) Bila time study, jangan pinggirkan sesiapa.( Part ni paling saya sangat terasa.). Study lah sesama, tanya soalan tu tanya secara terbuka, jangan tanya pada orang yang sama. Kekadang, roomate lain expect awak tak nak study dengan dia.
iv) Bagi saya, kalau boleh roomate jangan sama course. Tujuannya untuk kurangkan konflik ( saya harap bab ini awak semua faham sendiri ).
v) Dan sebagainya.

Sebelum saya tamatkan, saya ceritakan secara ringkas roomate terbaru saya. Alhamdulillah untuk kali ini saya ngam dengan dia. Dia seorang yang sangat bertolak ansur. Macam yang saya cakap, kalau awak bertolak ansur, kawan awak pun akan ikut sama. Sebab tu ada satu pepatah tu cakap, kawan itu cerminan kita. Kami merapatkan ukhwah dengan berkongsi barang yang boleh dikongsi. Akhir sekali, beliau juga rajin belanja saya hehe. Selamat men’tackle’ roomate tercinta awak.

Terima kasih.

– Mira

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit