Tak Payah Belajar Dah

Assalamualaikum dan Salam Selasa,

Aku bosan sebab tak boleh bekerja kena jaga anak yang sedang kuarantin dan anak tersebut tido, merengek kejap, tido, ulanggg sampai aku naik bosan.

So, tadi dekat Wanita Hari Ini cerita pasal graduan hari ini, lebih kurang lah aku tengah masak dengar dengar jelaa sikit sikit.

Aku currently ada dua orang adik yang dah habis diploma and degree. Diploma UNIKL & Degree UITM. Both are hunting for job sambil sambil buat keja part time. Sorang photographer sambilan and sorang lagi buat Uber.

Adik adik ni relax ye tak, kalau gaji sikit kee banyak mak ayah boleh support for living. Kakak abang dulu jangan, banyak lagi kepala nak kena tanggung.

So cerita sambung belaja. Bila adik adik aku ni tak kerja kerja tetap (both lelaki), ada laa suara suara suruh sambung belajar. So aku adalah orang yang sangat sangat tak setuju.

Sambung belajar tu bagus, tapi kalau niat nak sambung sebab tak dapat kerja, aku rasa bukan lah pilihan yang baik. Tambah lah dalam zaman nak membantu financial US ni, jangan carik pasal.

So masa aku cakap depan keluarga aku “jangan sambung dulu” semua adalah sangat marah.

Aku jumpa sorang kawan ayah aku, dia ada company IT, kiteorang (aku and ayah aku and uncle tu) minum petang then dia bukak cerita. Dia kata dia dah tak boleh nak hire graduan degree sekarang, sebab memang tak mampu nak bagi gaji 2k ke atas. Bila gaji kurang graduan degree taknak kerja dengan baik atau taknak kerja.

Cerita lain pulak, ada sorang akak ni dia buat online bisnes, and bisnes dia makin mencanak naik. Dia open vacancy, graphic designer la, PA position lah, marketing team lah. Aku PM la for details mengenangkan nasib nasib adik aku. Sekali awal awal dia tulis dah. Position terbuka kepada lepasan SPM dan Diploma sahaja. Aku tanya la ada adik yang boleh buat graphic tapi dia degree. Dia kata sorry saya tak hire degree student sebab saya boleh bayar gaji less than 1.6k per month.

Yer itu realiti kita sekarang. Ramai jee kawan kawan aku yang habis Master dengan aku masih kerja dengan tangga gaji degree ada yang kurang dari tu.

Zaman aku, 4 years ago sponsor sambung master memang senang nak dapat. MyBrain masatu FREE FOR ALL. Slowly jadi untuk Sciences student jee, sekarang aku taktau dah untuk golongan camana tapi dengarnya susah nak dapat. MARA masa aku senang senang jee apply, sekarang zaman free dah takde. Semua tengah struggle untuk hidup.

So kalau kita ni orang biasa biasa dengan apa apa sijil yang kita pegang, polish dulu. Untuk masa sekarang memang semua is very tight so nanti dulu plan sambung belajar tu. (Tapi yang sedang sambung teruskan jelah aku bukan nak stress kan korang cuma sambung lah dengan kualiti yang tinggi) kualiti yang tinggi nak dapat mana?

Join any clubs or society kat U korang, timba pengalaman luar yang bukan dalam kelas, join mana mana volunteer untuk Run punya event kee, bagi makan gelandangan kee, kalau sempat atau ada masa terluang pegi keja part time kat kiosk atau cafe kolej korang tapi jangan abaikan pelajaran. Percayalah apa yang jadi kat tempat kerja hanya 20% jee apa yang kita belajar kat kelas, the rest yang lain lain tu. Contoh: bos bagi keja last minit nak suruh siapkan jam tu jugak, so knowledge yang perlu- how to complete fast yet nice, how to kawtim with husband untuk ambik anak kat taska, jalan jammed sebab lambat sikit balik how to handle emosi, sampai rumah nak masak apa kalau dah lambat and how to cook it in healthy way, ehh banyak lah lagi semua tu perlukan pelajaran luar kelas. Tolong jangan jadi pasif and tengok drama Korea je dalam bilik dan kawan dengan golongan yang sama jee sepanjang belajar. (Aku menyesal sebab awal awal tahun study aku pasif gila, nasib berubah)

Alahai dah melalut cerita lain pulak, kasi chance lah bosan weh dok rumah.

And untuk yang tak dapat dapat kerja tu, buat sesuatu. Tak tau nak keja apa sangat dah, pegi jela keja Call Centre. Best je keja ni pon, dapat kenal macam macam ragam, dapat belajar banyak benda. Jangan tak tau aku dapat keja yang sekarang pon berdasarkan pengalaman kerja aku sebagai TeleMarketer. Janji tengok offer letter betul betul, bahagian gaji tu macam mana- make sure ada basic masa 2013 basic je rm1800, comission boleh laa dapat 3k. Tapi keja cam operator la, eh tapi best! Dengan kenal workmates yang macam macam- bertudung merokok, nerdy tapi score sale cam gila, kunyit yang suka mengajar kawan, eh macam macam. Ambik lah jadi pedoman jangan follow pulak.

Makin melalut lah. Sorry kalau ada yang baca sampai habis tapi tak rasa berguna. Live to the fullest please guys. Take care.

– Kakak A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit