Tak Percaya Pada Dia Yang Esa

Assalmualaikum, hi. Aku Nur, umur awal 20-an dan sekarang seorang undergraduate di sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia. Okay ni aku nak share satu pengalaman hidup mati yang mengubah 180 degree pandangan aku tentang kepercayaan sebenar pada Allah atau lebih spesifik, kepada janji Allah.

Dipendekkan cerita beberapa tahun lalu, lepas habis SPM aku ada ikut mak aku pergi bandar. Lepas tu dalam perjalanan balik kami singgah solat Asar di sebuah masjid ni. Ayah selalu pesan kalau singgah masjid selit la duit dalam tabung, 20 sen pun takpa.

Jadi aku bukak la purse aku tengok dalam tu ada RM 70, dalam bentuk duit nota RM50 dan RM 20, takda duit syiling. Tu pun baki duit hadiah sekolah bagi sempena keputusan cemerlang SPM yang aku guna beli barang keperluan universiti di bandar tadi.

Ntah kenapa masa tu aku terdetik nak hulur RM50, terfikir tadi dah banyak habis duit beli barang tadi, tapi aku tak pernah berhabis banyak ke jalan Allah. Aku tau aku muda lagi, tapi lama lagi ke aku hidup nak tunggu kaya baru nak sedekah..

But for someone my age, gila ko banyak tu. Dan lepas tu aku macam was-was, ‘hesitate’ dengan tindakan aku. Aku pikir nanti lagi sikit la duit aku nak beli barang-barang keperluan lain.

Iye aku tau sedekah tu baik. Ala bukan aku je, korang semua pun dari kecik sampai besar dah selalu dengar ceramah pasal sedekah, kita bagi sikit Allah akan balas banyak, Allah permudahkan hidup, rezeki luas, bisnes maju dan macam-macam lagi.

Tapi aku still monolog,

“Yelah, tu orang lain kalau aku tak dapat macam mana?”

That is when it really hits me.

‘Weh kau tak percaya Allah ke.

Kalau Allah dah janji, ha, Allah, Tuhan yang cipta ko tu dah janji, takkan Dia tak tunai.’

Kesimpulan aku masa tu,

Takut nak sedekah = Tak percaya Allah

T^T huhuhu…

Aku yang sedang sentap dengan diri sendiri terus Bismillah masuk RM50 tu.
Lepastu pejam mata nak lupa apa kita buat supaya tak timbul riak. Lepastu duk pikir lagi pasal apa yang aku sentap tadi.

Analoginya kalau sekarang ni, Datuk Boy Iman ke Tok Jib ke sapa ke tu boleh la kita ragui janji dia, tapi dengan Tuhan ni apa yang kau nak ragui.. aku sampai sekarang kalau fikir rasa berdosa dengan keraguan aku masa tu.

Allah Maha Besar.

3 hari lepas tu, mak aku tetiba dapat call. Ayah accident otw pergi outstation.. T^T
Sampai sekarang teringat sebak, yela weh aku hampir hilang seorang ayah..Ayah sangat cermat bawak kereta,,, Tapi masatu hujan lebat, ada pokok tumbang dan menolak dua kereta dijalan jatuh dalam gaung, masuk dalam sungai..hujan masih lebat, air sungai deras.

Tapi Allah mudahkan, ayah berjaya paksa keluar ikut pintu belakang, (secara logik susah sebab dah kemek), ayah naik dari sungai tu, air tinggi paras pinggang, tengok kereta satu lagi tak sampai masuk sungai, sangkut kat akar, dan mereka dah dapat keluar sebelum ayah.

Kereta Hyundai ayah hancur bahagian depan dan tepi semua, total loss… kena guna kren keluarkan kereta yang dah macam tin kemek, Cina yang in-charge tu bukan setakat tak percaya ayah cedera ringan je, dia malah tak percaya pun pemandu kereta tu hidup! Ya, ayah hanya luka sedikit sahaja di tangan kanan..

Allahuakbar, Allahuakbar, aku nangis sahaja minggu tu, aku gembira ayah selamat, tapi aku malu dengan Allah… Aku ragu-ragu tapi Allah selamatkan ayah aku. Aku percaya ajal maut tidak akan lambat sesaat, tetapi mungkin sahaja kalau bukan Allah permudahkan, ayah aku akan cedera parah, lumpuh dan mungkin tidak dapat lagi bekerja menyara keluarga. Ya, aku sekarang ni aku taip sambil menangis, masih malu pada Allah…

Kesimpulannya, semua amalan yang dilakukan telah dijanjikan balasan dan hikmahnya.. even sesimple amalan mula makan dengan Bismillah, keluar kaki kanan.. senang je, tapi berapa ramai mampu? Kita diberitahu setiap amalan akan Allah balas dengan pelbagai kebaikan, jadi kenapa kita masih tidak buat? Malas? Takut?

Atau sebenarnya ada jauh disudut hati kita berkata, “ala kecik je menda ni, takkan ni pun Allah nak balas banyak kebaikan kut”… dimana saya boleh simpulkan,,, kita tidak percaya janji Allah.. AllahuRabbi.. Buatlah amalan apapun walau sedikit, sebab kita tak tahu amalan mana yang akan bawak kita masuk ke dalam syurga atau menyelamatkan kita dari apa neraka kelak…

Jadi marilah kita tepuk dada, tanya iman, sejauh manakah kepercayaan kita yang sebenar terhadap Allah.

Sebelum berundur diri, saya mintak maaf andai terkasar atau tersalah bahasa, tolong doakan saya dapat istiqamah dalam apa sahaja kebaikan yang dilakukan.. Jazakallah khairan kathiran, Assalamualaikum.

– Nur Rose

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit