Tak Perlu Bersedih

Assalamualaikum, aku first time nak confess kat sini..kalau ayat tunggang-langgang tu faham sendiri lah..

To be honest, baru recover dari broken heart Ramadhan lalu. Ceritanya begini, aku kenal dengan Kamil (bukan nama sebenar) sejak dia masuk kerja sama tempat dengan aku pada tahun 2014. Mula-mula tu, aku tak layan sangat dia sebab dia secara jujurnya bukan taste aku. Aku suka orang yang main tarik tali. Tapi dia ni jenis easy to grab haha. Dia try hard nak dapatkan aku. I can see the effort, so aku terima. Complicated sikit kisah cinta kitaorang sebab aku taknak orang tahu aku dengan dia sebab yang pertama, aku kerja dengan mostly family member. So aku taknak family aku tahu, sebab family aku tak suka Kamil (kerana dengar orang cakap dia hot temper). Second, aku taknak publish hubungan yang tak pasti. Third, aku taknak kawan-kawan aku tahu sebab mostly dorang pon tak suka Kamil. Well, aku sorang je buta sebab dah suka so aku pejam mata semua perangai dia. Dia mmg hot temper tapi tak pernah pukul atau marah aku.

Kitaorang terus bercinta siap dengan perancangan kahwin. Yes, dia kerja lebih masa dan niaga macam-macam untuk kumpul duit hantaran. Dah ada 37k dah. Sepanjang kawan ni, aku jarang check hp dia. Dia pon jarang tengok hp aku. Sebab aku nak trust each other. Aku pernah nak tengok, tapi dia cakap privasi. Nanti lepas kawen, nak check boleh lah. So aku bersangka baik jelah.

Aku ingat nak bertunang raya haji ni. Aku dah bagitahu parent aku. Even dorang tak suka tapi dorang dah restu. Kalau tu pilihan aku kan. Tapi,

Masa aku bercuti dengan family aku sebelum Ramadhan hari tu, Kamil bagitahu mak dia pulak tak suka aku. Di cakap mak dia nak orang sekampung pulak. Aku cakap dengan dia, cuba la pujuk mak dia. Dia cakap nanti dia cuba. Aku dah melalak dah masa tu. Eh, parent aku kasi, dah kenapa pulak parent kau ni. Lepas aku balik bercuti, masuk bulan Ramadhan, terus dia cakap dia tak boleh pujuk mak dia. Mak dia nak tunangkan dia dengan perempuan sekampung lepas raya ni. Aku fikir, eh desperate ke hape ni nak menantu haha.

So aku ajak Kamil jumpa. Mula-mula dia tolak nak jumpa aku. Aku cakap just nak jumpa kejap untuk minta penjelasan. Aku cakap tak adil tinggalkan aku macam tu je after 4 years kan. Dia cakap, dia takkan lawan cakap mak. Dia terima je. Guys, aku nangis siang malam. Aku siap mogok lagi. Buka minum air, pastu berkurung. Gi kerja pon berkurung. Punya lah heart broken. Aku jenis jarang sangat marah / stress. Bila aku marah/ stress aku jenis express kat orang. Sebab tu aku berkurung. Aku taknak marah kat orang lain sebenarnya. Tapi, ada jugak orang tegur masa aku berkurung. Lepas tu kena amukan aku. Already says sorry. Aku tak patut lepaskan kemarahan aku kat orang lain :)

Luckily, i was dumped time bulan Ramadhan. Aku banyak muhasabah diri. Mula aku mmg tak boleh terima. Sebab aku ingatkan mak dia paksa terima pilihan mak dia. Tapi, tulah satu-satu Allah buka cerita sebenar.

Actually, masa dia minta putus dengan aku sebelum puasa hari tu, dia dah pun merisik Liya (bukan nama sebenar). Siot je. Aku dapat tahu dari kawan dia, Kamil sendiri mmg minat Liya tu. Selalu VC sama-sama. Betul la tu. Dengan aku mana dapat VC, aku malas nak kena pakai tudung nanti. Tak, yang aku bengang, pehal nak guna nama mak cakap mak yang berkeras nak orang kampung? Bagi alasan, mak sakit nanti senang jaga sekampung. Dia pon bukan jaga mak dia pun. Sebok dengan kelab motor pergi sana-sini tapi bagi alasan balik kampung, jaga mak. Dia nak nampak macam mulia je, taknak nampak macam dia yang buat hal. Haaa tepokkk..

Okay, aku baru tahu dia hisap ganja juga . I dont know others, tapi aku taknak risk kan life aku untuk orang macam ni. Hahahaha, dia nak kawan weh dengan aku. Memang tak lah, tinggal macam sampah, pastu nak kawan? Lastly, dia minta balik duit yang dia bagi kat aku untuk bayar saman RM1k. Berkira dengan aku? Dia lagi banyak hutang dengan aku. Taknak sebut apa lah. Aku ni tak suka nak berhutang budi dengan orang, duit tu ada aku asing kan. Aku taknak kasi dulu. Bila aku rasa nak bagi, nanti aku bagi. Jumpa aku dulu, kalau berani.

Aku tak beritahu parent aku pon pasal ni. Cuma cakap tangguh je. Mungkin nanti parent aku akan faham bila tengok aku takde story pon pasal Kamil ni. By the way, dia dah bertunang raya haritu. Patutnya cincin tu sarung kat jari aku, tapi jari orang lain pulak  . Yes, dah beli cincin pun. Gi gadai jelah  simpan nanti asyik terfikir. Aku pun bukan baik sangat, cuma nak cerita je jodoh tak panjang. Kawan kemain lama. Ni nak masuk 3 series, tak kawen-kawen. Hangpa jangan dok tanya kenapa. Orang setia, dia pulak buat hal. Hahahaa well aku dah pon recover. Tak guna heart broken lama-lama. Bukan dapat apa pun. Baik move on.

Alhamdullillah, rasa lagi tenang. Dah tak takut nak jaga hati orang. Cuma jaga hati parent aku sendiri jela. Aku rasa aku lagi rapat dengan family aku dan kawan-kawan aku sekarang berbanding dulu.. Dulu asik nak main mesej sampai family cakap pon tak pandang. Tengok hp je kan. Hikmah nya lebih baik. Aku pon now mostly banyak cerita dekat Allah berbanding orang. Aku percaya Allah dengar apa kita cakap. Kalau ada nampak orang cakap sesorang masa tengah driving tu, mungkin tengah story dengan Allah macam aku. Jangan kecam beliau  Kat sejadah jarang nak story, mostly meminta.

Korang jangan confirm sangat yang pilihan korang sekarang ni bertahan sampai akad. Doa yang baik-baik. Jaga lah diri, jangan sayang 100% nanti broken, ambil masa lama nak recover. Letak hati pada Allah, insyaa Allah akan terjaga.

Sekian.

– Kakak Manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *