tak reti nak bayar hutang

Assalamualaikum… Harap admin approve luahan aku. Semoga dapat ambil iktibar dan jauhi dari perbuatan ‘tak ambil kisah’ tu. Terima kasih.

Ni masalah masyarakat sekarang.

Dulu masa kat tempat kerja… aku tolong kakak ipar aku habiskan stok tudung dia. Aku bawak la tudung-tudung tu promote dekat tempat kerja. Then kawan aku minat nak beli 2 pasang. Harga sepasang RM45 ringgit. Dia beli and cakap kat aku, “Boleh tak aku bayar lepas dapat gaji?” Aku masa tu ok je lagipun detik-detik nak dapat gaji tu lagi seminggu je. Jadi disebabkan dia nak bayar lepas dapat gaji, aku terpaksa lah pinjamkan duit aku dulu. Masa tu aku takde nak buruk sangka or negative thinking kat dia sebab aku fikir aku kesiankan dia sebab dia nak beli tudung tu untuk mak dia.

Sampai lah hari dapat gaji tu dia senyap. Dia datang kerja. Bila jumpa aku senyap je. Satu hari tu aku pergi jumpa dia aku cakap, “Gaji dah masuk. Bila nak bayar?” “Yelah.. petang ni aku bayar sekarang aku busy.” Dannn…..aku masih lagi ok dan bersabar. Sampai petang tu, dia tak bayar pun. Dia balik awal. Masa tu aku husnudzhon jelah. Apa kau rasa bila ada orang hutang dengan kau, tapi dia buat tak tau je. Nak bayar ke tak kisah? Dan apa pulak kau rasa bila orang hutang dengan kau, kau pulak yang pergi mintak hutang? Dalam kes ni, siapa yang malu? Kau ke orang yang berhutang tu? Bagi aku dua-dua malu. Kau malu sebab tahan muka pergi mintak hutang dan orang yang berhutang tu PATUT MALU jugak sebab DAH LAH BERHUTANG PASTU TAK RETI-RETI NAK BAYAR!

Back to the story, aku dah lamaaaaaa sangat tunggu dia untuk bayar hutang aku. Tapi dia boleh pulak selamba badak je tak rasa bersalah langsung. Macam dia takde apa-apa dengan aku. Ya Allah naik angin betul aku masa tu. Tapi sebab kawan, dia lebih tua dari aku maka aku hormat dia. Tapi bila kerja, be professional lah kan. Tak kira lah kakak ke adik ke, tua ke muda ke HUTANG TETAP HUTANG. Aku pergi kat dia dan tanya elok-elok, “Bila nak bayar ni……” dalam hati aku masa tu sedih sangat-sangat dah lah aku takde duit. Dia kata, “Sabar lah..nanti aku bayar lah…” sampai bila kau nak aku sabar? Aku dah lama sabar dengan kau. Kau kata esok nak bayar. Lepas esok kau kata minggu depan.

Satu hari aku makin geram tapi masih boleh bertahan lagi. Setiap kali jumpa dia, setiap kali tulah benda yang sama aku tanya, “Bila nak bayar?” Sampai kesabaran aku dah habis, aku ugut dia. Aku kata, “Kalau kau tak nak bayar takpe aku tak kisah tapi kau kena bayar dekat bos lah ye.” Sambil senyum sinis ala-ala macam dalam drama. Aku pandang dia diam tak terkata. Terkejut agaknya. Biar lah kejam sikit pun daripada orang yang tahu berhutang tapi tak reti nak bayar tu lagi kejam tahap setan. Dia merayu kat aku, “Alaa jangan lah macam tu.. tak baik kau buat aku camtu. Ok ok macam ni, aku boleh bayar dekat kau tapi aku bayar ansur-ansur k?” Kau buat tak tahu je taknak bayar hutang aku takpe pulak? Tak rasa berdosa ke? Baik ke buat aku macam tu? Masa kau nak beli tudung tu aku tak fikir banyak pun yang aku fikir cuma kesiankan kau je pastu bila kau nak bayar hutang aku bayar ansur-ansur pulak? Aku membebel dalam hati. Aku fikir panjang masa tu tak tahu nak percaya ke tak. Aku beri dia peluang kedua. Aku sebenarnya tak boleh terima dia nak bayar ansur-ansur tapi aku terpaksa terima jugak atleast dia bayar.

Esok tu dia bayar aku RM10. Lusa pulak dia bayar aku RM1. Weh!! Dah lah seminggu sekali dia bayar ansur-ansur. Menangis aku nak tunggu cukup RM90. Bukan aku tak sabar. Sebab aku dah lama sabar lah aku dah tak boleh sabar dengan manusia perangai macam ni. Aku sebenarnya tak kisah pun kalau orang nak berhutang dengan aku. Cuma dia perlu tahu tanggungjawab dia bila berhutang. Kalau dia janji nak bayar selepas dia berhutang, aku tak kisah. Kalau dia janji nak bayar hutang esok, lagi lah aku tak kisah janji esok dia dah bayar. Tapi dalam kes ni, bukan kata janji nak bayar lepas dapat gaji, bukan kata nak bayar esok, dah masuk sebulan tak bayar apa-apa pun lagi. Duit RM90 tu banyak bernilai sangat bagi aku yang baru beberapa bulan pertama kali dapat gaji. Hal ni aku dah tak tahan nak pendam sorang, aku luah dekat rakan sekerja. Dia suruh aku sabar je. Ye aku sabar.

Hari ni RM10. Lusa tulat tubing RM10. Lega sikit bila dah cukup RM31. Tapi aku kena cukupkan lagi nak jadi RM90. Banyak kali aku peringatkan dia RM90 okay bukan 90 sen! “Oii perli nampak!” kesah pulak aku. Walaupun aku geram, naik angin dengan perangai dia, perli-perli dia tapi macam aku cakap tadi, kat tempat kerja be professional. Aku baik-baik je dengan dia macam biasa. Gelak tawa macam takde apa. Pergi kedai sama-sama. Balik dari kedai tu, aku tengok duit dia banyak padahal seringgit-seringgit je. aku tak kisah la masa tu aku buat perangai budak-budak buat muka tak tahu malu aku cakap selamba kat dia, “Weh kau malas sangat nak bayar kat aku kan meh biar aku ambik sendiri. Aku ambik RM15 dalam dompet kau eh” “Tak habis-habis ngan hutang dia tu. Ambik lah” eh memang lah tak settle lagi pun hutang kau ngan aku. Memang lah aku sibuk nak cukupkan duit hutang.

Dan hari seterusnya, Alhamdulillah aku berjaya cukupkan RM90. Tapi semua tu aku yang cari dan dapatkan dia untuk bayar. Kalau tak, sampai kesudah lah tak bayar. Mengenai ugutan aku tu, aku suruh dia bayar dekat bos sebab aku nak settle dengan bos. Biar dia berhutang dengan bos pulak. Tapi dia tak bagi aku buat camtu sebab dia takut dengan bos. Aku dengan bos ok je. maka aku pun bersetuju lah dengan cadangan dia tu.

Alhamdulillah walaupun sekarang dah settle hal aku dengan dia, tapi bila ingat balik. Aku rasa geram. Aku harap sangat sekali je aku jumpa orang macam tu. Dan aku harap sangat tolong lah siapa-siapa jangan ada perangai macam tu. Dan aku harap jugak tolong lah KESIAN dekat orang yang kau berhutang tu. Tolonglah tolong sangat-sangat. Kau fikirlah perasaan dia macam mana dia fikirkan perasaan kau saat kau takde duit. TOLONG YE!

– hati pasu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Haha bro kawan aku hutang beratus ratus dah lima tahun dok ngelak..cakap nak bayar next month la, bila dapat gaji la, lepas kawen la..ni dia kata lepas raya nak bayar..yang best nye, buat bisnes kemain hebat, bayar hutang kemain payah, siap suh aku yg remind kan dia..hahahahahaharammm jadah

  2. kes kes cm ni cuba kita pulk y try pinjam duit dye dlm jumlah y dekat nk sama dye pinjm dari, pura2 mmg ksmpitn , pastu ari2 merayu nk pinjam, jenis2 mnusia cm ni, kita mmg xleh kesian, klau kesian, mmg kesudah x dpt blik duit kita

  3. Ermmm.. same as me. Alahaii.. kita pulak yang malu nak minta. Aku paling patang bila kata nak bayar hujung bulan tapi sampai ke sudah 10 sen pun tak bayar. Tapi boleh pula beli barang2 lain. Sabar jaklaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *