Tak Salah Kahwin Lebih Daripada 1

Assalamualaikum buat semua warga iium confession.
Baru-baru aku terbaca suatu berita “tak salah lelaki kahwin lebih dari satu” dari pelakon izreen Azminda, dan rata rata dari orang yang memberi balasan, kebanyakkan mengencam status tersebut. Bagi aku tiada yang salah dari kenyataan itu, selagi seorang lelaki itu mampu dari segi kewangan dan mampu bersikap adil kepada setiap satu dari isterinya. Bunyinya kedengaran bahagia kan, boleh beristeri lebih satu, bila bergaduh dengan ini, kerumah isteri dua, bila bergaduh dengan isteri kedua ke rumah isteri keempat. Bahagia bila setiap tempat yang pergi ada isteri yang menanti , lagi bahagia bila sekarang, nak tambah cawangan baru tak perlu persetujuan isteri yang pertama. Arhh indah sekali. Disini aku ingin kongsikan pengalaman yang aku lalui sepanjang zaman aku membesar,. Cerita ini panjang terpulang jika dibaca atau diabaikan, disiarkan atau tidak, aku telalu lapang untuk meluah rasa dalam jiwa.

Sedu aku menahan sebak, sebak bila mengenangkan aku sendiri penah mendengar kenyataan bahagianya beristeri muda dari seorang lelaki yang aku gelar PAPA . Aku masih ingat bait bait kata tu, masih segar lagi diingatan tawa papa kesukaan, kegembiraan, tawa orang dilamun cinta , dan ketika aku masih terlalu naif untuk memahaminya, perkahwinan papa buat kali kedua tidak penah mendapat restu mama aku, ya semua orang menyalahi mama dalam hal nie, isteri tidak bau syurga, isteri dehaka, dan pelbagai lagi. Papa ku orang yang disegani, memegang jawatan tinggi dalam jabatan kerajaan, mempunyai gaji yang aku kira, pada ketika itu mewah, kami 7 beradik , tak penah bejaya dapat apa pun bantuan kerajaan, buku atau makanan, biasiswa apatah lagi, hanya kerana sekeping slip gaji yang lebih dari apa yang kami layak. Wahai orang luar, seorang isteri adalah orang yang paling memahami suaminya lebih dari orang lain, tak perlu tengok tingginya serban atau budi pekertinya hingga mudah melempar kata nista.

Tahukah orang lain, ketika itu, baju sekolah kami adik beradik kusam, sepasang seorang, baju abang-abang kami ganti pakai saban tahun, tiap pagi mak berbasikal ke pasar, mencari bekal untuk kami makan, bangun seawal 3 pagi untuk membuat jualan nasi lemak dan kuih, bekerja dikilang elektrik secara sambilan dan bersungguh megambil upah menjahit baju demi menampung kehidupan harian?, tahukan orang lain yang menghina, anak anak ini kelaparan ke sekolah, mengharapkan jika ada rakan yang tak ingin menjamah RMT(rancangan makanan tambahan) untuk santapan perut ketika itu, jika diharap dengan slip gaji 5 angka tu, kami sekeluarga hanya mampu makan nasi berlaukkan kicap, tidak pernah mama merasa wang pembelanjaan barang basah, wang nafkah yang wajib bagi seorang suami, mama sangat naif, mama kasihan kan papa, apa sahaja yang dilakukan demi membantu papa yang kononnya berhabis wang demi keluarga. Ketika itu, Papa berazam, kerana isterinya sangat baik, kerana isterinya sangat cantik, dan kerana dia mampu papa mahu tambah cawangan, mudah untuk larikan diri tika mama mula membuka mulut kerana penat menyelesaikan urusan rumahtangga.

Sejak dari hari itu, papa lupa pada kami semua, pada anak anak yang disayangi, pada isteri cantik yang penah dicintai, membawa sekeping kertas untuk ditandatangani, apa sahaja makanan mama ketika itu, tampar, pukul, penendang, tali pinggang, helmet katakan sahaja, semuanya dah sedap dirasa, kami anak beranak turun naik balai bak rumah kedua, mama pertahankan hubungan demi anak anak yang hauskan kasih seorang ayah, mama pertahankan bahawa papa tak penah mampu untuk semua itu. Tapi tika itu hati seorang suami yang dilamun cinta hanya terpandang, ya aku mahu beri syurga kepadamu sayang, payung emas untuk kau pakai sayang, seorang peneman yang akan menyerikan hari-harimu, seorang teman untuk kau berborak tika usia menjelang senja,seorang kekasih yang akan menambahkan zuriatnya, anak anak yang inginnya seramai satu team pasukan bola, aku ingin membantu perempuan itu sayang, seperti nabi yang membantu perempuan yang tidak bersuami ketika zamannya, tidak mahukah kau suamimu berada di syurga kerana kasih ini, kerana sunnah yang diperjuangkan ini, Tak kisah papaku atau orang lain, aku kira ini sahaja alasan seorang lelaki untuk menambah cawangan, aku lali, terlalu lali sehingga jika aku dengar suamiku ingin berkata demikian, mahu ku muntah kan sahaja isi perut ini ke mukanya, biar dia tahu sakitnya yang penah aku rasa disebabkan alasan ini.

Sebagai anak , kami hidup bak pelarian perang, membawa sedikit pakaian yang sering mama tampal koyak disini koyak disana, ditendang papa sendiri jauh dari tempat tinggal kami, rumah itu telalu mewah, tak layak diduduki mama, rumah itu telalu besar, untuk diduduki seorang isteri yang dah hilang serinya. Kami ditendang jauh ke kampung, rumah gah pemberian kerajaan itu diberi pada isteri muda, mudah untuk isterinya ke tempat kerja, mama tidak bekerja, mama tidak layak,mama bukan wanita berkerjaya, malu dibawa ke majlis majlis, anak anak hanya menganggu kehidupan sang merpati dua sejoli yang baru bernikah itu. Tika itu mama bak orang yang kematian anak, menpertahankan hak, mempertahan kata kata papa yang kononnya mampu, kalau mampu, sediakan tempat tinggal baru yang selesa, kalau mampu kenapa dipulau kami anak beranak.
Mana kata kata adil yang ingin dilaksanakan, pangggg, itu sahaja makanan mama bila bersuara.

Mama dari seorang yang paling lembut, gadis yang penah menjadi pujaan ramai jejaka kampung, selembut lembut seorang ibu mula berubah, mama jadi kasar, kasar kerana ciptaan sikap papa, mama jadi pemarah, jadi seorang isteri yang mula memberontak, kata mama, isteri yang dahulu telalu bodoh diperbodohkan, telalu baik dan telalu ingin menjadi isteri yang didambakan mana-mana suami. Tiada lagi manja mama, tiada lagi mesra dalam kata, selepas perkhawinan papa, mama mula bekerja, membanting tulang membesarkan kami, menyekolahkan kami, aku tak penah kisah jika papa tidak pulang berhari hari, tak penah kisah jika penceraian itu terjadi, tak penah ambil tahu dan tak ingin langsung ambil tahu tentang papa, penah juga aku berdoa, papa diambil tuhan awal, hilangkan derita kami sekeluarga , dan bila kami tunjukkan amarah pada papa, mama selalu ingatkan “ itu papa awak, awak kena hormat, awak kena sayang selagi papa masih ada, apa yang belaku antara papa dan mama, adalah urusan kami berdua, dan sebagai anak awak harus jalankan tanggunjawab awak tehadap papa” . kami adik beradik membesar atas didikan mama, kami jadi manusia hanya kerana didikan mama, jadi orang yang bejaya juga hanya kerana mama, di anak yang tidak penah ramah dengan papa hanya kerana didikan papa. Aku tahu, papa menyesal, terlalu menyesali , dia penah terluah kata, tersilap bicara tika pejam menikmati khayal ubatan ketika sakit menyerangi, dia juga menghulur maaf dalam titisan airmata yang dia sendiri tidak sedar.

Perkahwinan papa yang kedua, bukan suatu kejayaan yang besar, yang seperti dikatakan papa pada awalnya, papa kini Lelah diusia senja, berulang ke hulur kehilir menganti waktu setiap isteri, adilnya tak penah nampak di mata manusia, mana tanggujawab nafkahnya tidak penah aku tahu kenapa tidak dilaksanakan, sedangkan papa perjuang agama, tanggunjawab perbelanjaan mama, makan minum mama , biarlah itu antara mereka dan tuhan. Penah ketika aku terserempak dengan rakan papa yang ingin menambah cawangan, katanya papa penah menasihati “ jika bahagia yang kau cari, kekalkan yang mana masih menanti, masih bahagia dan tidak dicemari, dan jika derita yang ingin kau nikmati, kau kahwinlah satu lagi” .

Konsep adil ini bukan pekara yang mudah, nak jadi suami tanggunjawab itu berat, tambah cawangan bukan kisah yang telalu bahagia untuk kau bayangkan macam dalam mimpi-mimpi kau semalam , serupa kau musnahkan kebahagian yang memang depan mata, untuk kecap bahagia yang kau sendiri tak tahu rupa bahagia itu, sebuah pertaruhan yang akan kau hadap seumur hidup kau . Jangan dipikirkan sunnah yang satu ini, jika sunnah yang lain tak penah sangat kau ikut, kencing masih berdiri, kadang lupa pula baca doa makan, rokok jadi kewajipan, jika sunnah dan ajaran yang sekecil ini kau masih tunggang langgang, jangan dikejar sunnah yang menambah beban dosa kau kelak, hidup ini yang dicari amalan disana, jaga jaga jika adil itu kau mungkiri.

Disebaliknya pulak , Beristeri lebih dari satu ni tak penah salah yer, wahai isteri isteri penghuni syurga sekalian , tak perlulah kau mengecam membabi buta, macam benda ini terlarang dalam agama yang kau amalkan, tak penah salah kalau tak salah cara membahagikan adil dan kesenangan kedua dua pihak dengan betul, dan jika kesemua pihak yang terlibat saling sayang meyayagi dan saling mempersetujui. Bukan tak wujud keluarga bahagia yang dalamnya ada isteri isteri syurga yang saling berkongsi kasih, penah juga aku baca, seorang wanita yang telalu mencintai suaminya , izinkan suami menikah lagi hanya kerana takutkan rasa cinta yang melebihi cinta pada tuhan, aku terkedu membacanya, hebatnya kisah wanita tersebut, dan hebatnya bahagia yang Allah kirimkan.

– nabila

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit