Takdir Allah Adalah Yang Terindah

Takdir Allah adalah yang terindah
.
Assalamualaikum..

Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan confession ,

Bersesuaian dengan tajuk, saya ingin mengingatkan diri yang lemah ini agar tidak terpedaya dengan ujian dunia. Senang atau susah, itu merupakan ujian

Ujian begitu berat saya terima dalam hidup saya ialah saya telah disahkan menghidap penyakit yang agak kronik, saya telah dimasukkan dalam wad icu di sebuah hospital kerajaan luar semenanjung dan dalam keadaan 50-50. Saya dibawa balik oleh keluarga ke semenanjung setelah beransur pulih dan terpaksa ulang alik menerima rawatan di hospital disini dan dimasukkan ke wad beberapa kali.saya merupakan seorang pelajar di sebuah universiti awan luar dari semenanjung. Disebabkan penyakit yang dihadapi saya menyebabkan saya terpaksa menarik diri di universiti tersebut kerana jauh dari family.

Setelah keadaan saya kesihatan saya beransur sihat, atas perhatian ramai, alhamdulillah saya dapat menyambung balik pengajian saya di sebuah universiti awan di negeri sendiri. Saya telah mendaftar msuk ke universiti trsebut dan telah menamatkan semester pertama. Tetapi saya kurang bernasib baik kerana saya tidak menerima pinjaman pengajian disebabkan ptptn saya dibehentikan atas alasan kerana saya bertukar universiti dari ijazah ke ijazah. Saya akui saya bukan dari keluarga yang senang dan tidak mampu membayar yuran pelajaran tersebut. Saya telah memohon perbagai bantuan, tetapi rezeki belum berpihak pada saya.Hal ini menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Walaupun berat untuk saya menarik diri dari pengajian. Saya terpaksa. Mungkin sekarang saya masih buntu untuk memulakan balik kehidupan saya setelah berhenti universiti, tetapi saya akan cuba yang terbaik.

In shaa Allah, rezeki Allah itu ada untuk saya. Dan saya tidak akan pernah mengeluh. Sesungguhnya takdir allah adalah yang terindah.

Akhirulkalam, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana izinkan saya berkongsi perjalanan hidup saya Sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa gundah di hati. Doakan saya sihat seperti sedia kala. Aamin

– She

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit