Takut Pandu Kereta

Hai dan Assalamualaikum semua!

Aku perkenalkan diri sebagai Siti. Ni first time aku luah dekat sini dan aku harap sangat korang dapat bagi cadangan atau pandangan berkenaan masalah aku.

Macam ni, aku ni dah ada lesen sejak aku habis belajar tahun 2012 lagi. Itupun setelah 3 kali ujian jalanraya baru aku dapat lesen lulus dan dapat P. Aku ambil lesen ni saing dengan adik aku dan masa tu dia yang nak sangat ambil lesen kereta. Dia ajak aku kira buat teman dia jugalah. Masa tu yuran baru RM850 untuk lesen D sahaja. Aku pon tak terfikir nak ambil masa mula-mula dan memang tak pernah terlintaslah! Masa tu aku tengah belajar diploma rasanya dalam umur 18-19 tahun gitu. Memang rasa awal lagi nak fikir semua tu. Hahahahaha

Mase first time aku gagal sebab enjin mati lebih dari 3 kali dan aku keluar simpang tiga tapi rupanya ada kereta dan aku tak perasan sebab blind spot. Terus pemeriksa tu suruh aku ke tepi sambil dia membebel2. Gila tak panik kalau dah mati enjin sampai 3 kali.

Second, sebab aku tersalah jalan di mana aku sepatutnya u-turn pada bulatan pertama dan bulatan kedua baru belok ke kanan. Tapi aku ter’distract’ oleh arahan pemeriksa tu supaya kekalkan 60km/j dan aku pergi belok kanan pada bulatan pertama. Guess what? Aku panik dan asyik enjin mati lepas pada tu. Sampai pegawai tu cakap kat aku, “saya tak boleh nak luluskan awak macam ni. Nanti nama saya yang buruk.”

Kali ketiga, pegawai tu yang bagi route di mana dia suruh ikut jalan lain bukan jalan pilihan ujian dan aku berjaya lepas semuanya. Pegawai tu sempat interview aku tanya kenapa sampai 3 kali repeat ni? Aku jawablah sebab aku gementar. Lepas tu dia pon bagi semangat dan cakap fokus dan dengar je arahan dia. Bila dah nak sampai ke sekolah tu, dia cakap kat aku, tahniah dah lulus dah. Aku punya gelabah sebab nak cepat habis, aku sampai termakan jalan masa nak masuk semula sekolah memandu tu. Mujur pegawai tu tak ‘fail’kan aku. Phew!

Tapi itu semua mungkin rezeki aku. Aku masih cuak nak bawak kereta. Masa tu pulak memang manual je belajar dan kereta ayah aku pun manual. Pulak tu ayah je yang berkereta masa tu. Jadi cuba jugaklaa bawak kereta ayah aku sesekali. Adik akulah yang setia teman aku sebab dia dah lulus lesen dulu dari aku walaupun kitorang amek sama-sama. Kereta ayah aku ni Proton Wira Aeroback dan memang power stering. Pernah sekali aku terlebih pusing dan laju masa nak masuk simpang, menjerit adik aku suruh brek dan enjin mati sebab brek mengejut dan tak tekan clutch. Tapi ada satu peristiwa yang memang lepas tu buat aku serik nak bawak kereta.

Macam biasa memang bila ada masa terluang time ayah aku tak guna kereta, aku akan ajak adik aku teman aku drive. Memang hari tu smooth je aku bawak. Sekali, sampai rumah aku nak masuk macam biasalah. Rumah aku ni kena turun bukit nak masuk parking. Jadi aku pon slow down dan masuk gear satu sambil break. Entah macam mana, kereta macam laju sangat sebab aku takut-takut nak break takut mati enjin. Sekali sebab jalan pon tak berapa rata, aku tersenget ke kiri dan belah kiri tu ada tembok yang memisahkan jalan masuk rumah aku dengan rumah jiran. Macam tembok penahan gitu. Pulak tu aku turun laju dan BAMMMM!!! Aku cepat-cepat tekan break dan enjin mati.

Ayah aku keluar dengan muka macam nak marah dan sikit pon dia tengok muka aku. Dia check kereta dia calar belah kiri tempat sebelah pemandu. Bahagian tayar juga ada kesan akibat impak tersebut. Tak teruk. Tembok penahan pon calar sikitlah cat dia. Kecederaan pon tiada. Tapi yang buat aku fobia dan trauma lepas tu adalah reaksi ayah aku. Dia macam sangat marah walaupun dia tak kata apa. Aku jadi sedih sebab ayah aku tak tengok muka aku langsung. Memang moral down lah. Lepas tu ayah aku suruh adik aku yang bawak turun kereta. Alignment ada lari sikit lepas tu. Lepas tu masuk rumah, mak aku pon cakap aku laju masa turun. Ayah aku masih tak bercakap apa-apa. Mungkin terlalu marah sebab aku buat kereta dia begitu. Sejak tu memang aku nekad taknak dah bawak kereta ayah aku. Sebab aku takut kejadian berulang dan ayah aku marahkan aku.

Sejak tu, sampailah aku dah dapat lesen kompeten pon sampailah sekarang aku belum pernah memandu lagi. Aku masih fobia. Aku ni memang ada perasaan cuak kalau duduk seat driver dan macam kena anxiety attack di mana aku punya perut boleh meragam dan tangan berpeluh-peluh. Pernah jugak cuba tapi hidupkan enjin je aku mampu. Aku masih belum ada kekuatan lagi.

Aku dah berkahwin dan punya 2orang anak yang masih kecil dan aku juga masih bekerja. Buat masa sekarang memang suami aku yang hantar dan jemput termasuk menghantar anak ke rumah pengasuh. Kadang rasa aku menyusahkan juga sebab laki aku kerja syif dan dia terpaksa keluar hanya untuk hantar dan jemput aku. Lepas tu dia masuk kerja semula.

Pernah juga orang suruh aku bawa kereta sebab takut kalau berlaku kecemasan. Memang aku teringin sangat. Tapi aku masih takut lagi. Jadi, aku nak mintaklah pendapat korang. Macamana aku nak atasi rasa takut aku ni. Aku pon nak jadi normal tapi entahlah. Aku buntu.

– Acik gemuruh

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *