Tarik Kereta Awal Pagi Minggu

Tarik Kereta Awal Pagi Minggu

Ahad lpas (100618) aku drive sorang pagi tu dari stesen minyak area south city nak ke kolej. Kira kira 6.30 pagi. Masa tu aku otw nak pegi jemput kawan aku, then hantar dye ke klia. Aku memang agak mengantuk tp aku gagahkan jugak. Niat aku nak pegi singgah solat dekat surau terdekat before aku pick kwn tu. Sebabkan pagi yg sejuk, aku tutup aircond dan bukak tingkap sparuh.

Jalan punya jalan tiba² dekat 1 simpang 3 dpn kilang logam menuju ke Sri Serdang, kereta aku kena himpit. Aku macam da cuak la. Memandangkan aku banyak sejarah eksiden yang aku tak mahu kira, jadi aku slowkan kereta. Aku dengar orang tu cakap kereta aku nak kena tarik. Ah sudah. Kegilaan apakah di pagi buta ni? Aku nak kejar mase nak pick customer pegi klia, dye boleh buat lawak kejung.

Lelaki india tu minta aku berhenti tepi. Okay, aku berhenti. Dari dalam kereta dengan tingkap bukak separuh aku tanya, ada apa? Dye repeat kenyataan sama, nak tarik kereta aku sebab dah 2 bulan 21 hari tak bayar. Aku dengar tu da berdesing telinga aku. Tu seolah merendahkan kemampuan abah aku sebab aku tahu abah aku bayar ansuran kereta tiap bulan. Aku cakap, hey ayah sye bayar tiap bulan la. Bila masa pulak dye tak bayar? Keling tu cakap, memang abah aku bayar tiap bulan tapi ada 1 waktu tu dye lewat bayar. Jadi interest tu yg naik. Aku jadi pening. Takkanlah.. Aku minta masa utk call parents aku. First try, semua tak angkat. Ya Allah, aku rasa nak pitam jap.

Cuak, keliru, pening, marah sume bercampur baur. Aku try call kawan aku kat kolej masa tu pun hampeh. I just need an idea about the issue. Betul ke boleh jadi kes macam tu. Aku tak pernah alami, tak pernah dengar situasi macam tu sebab selalu tengok dalam drama je kes² tarik kereta ni. Dalam aku tengah call, dye tarik kunci kereta aku. Dye cakap, sye pegang kunci dulu ye. Aku dengan keadaan blur dan otak yg slow function akibat mengantuk masa tu biarkan je.

Bila da dapat call abah aku, abah aku pun jadi keliru. Tah bila masa pulak dye lewat bayar ansurans. Dasar biadap betul mamat ni aku rasa. Abah aku nak ckp dgn orang tu, sekali dengan abah aku pun jadi terkeliru. Sebab dye dengan yakinnya cakap abah aku tak bayar interest. Abah aku da risaukan keadaan aku sorang² perempuan kat kawasan lengang waktu² macam tu. Lelaki tu minta RM300 untuk setelkan dekat luar. Katanya kalau surat RO da keluar, kereta mesti kena tarik. So before surat keluar, setelkan terus dengan dye supaya kereta tak kena tarik.

Aku minta dye tunjuk surat RO yang dye dok cakap tu tapi dye keep ulang kalau surat da keluar kereta kena tarik. Aku pandang muka percaya tak percaya je. Kenapa macam tak ikut prosedur? Tapi aku senyapkan je. Abah aku cakap dye pegi bank nak bank in RM300 tu. Dye minta no account orang tu. Tapi bijak bengap ni.. Dye cakap dye takde kad bank. Patut aku pun cakap aku takde kad bank. Biar padan muka dye tahu, ingat sume orang bawak kereta ada duit. Dan memang kebetulan masa tu beg aku tinggal kat kolej. Duit aku bawak cukup² untuk isi minyak. Jadi abah aku kena bank in kat aku, aku yg kena keluarkan duit dan bagi kat dye.

Dalam tunggu² tu, aku ingat segala info yang perlu aku dapatkan kalau dye orang yang betul. Aku minta untuk tengok IC dye. Dye bagi tengok je, tak bagi snap gambar. Aku sempat capture nama dye SARAVANAN je. Aku geram la. Aku tanya kenapa tak boleh? Sye kena simpan data awak. Macam mana kalau awak menipu? If sye bayar rm300 tapi takde resit apa semua, tiba² next time ada orang datang cakap tak bayar duit kereta lagi, sye kena tunjuk bukti sye da setelkan dgn awak. Dye ckp, dye tak menipu. Tu memang kerja dye. Tuhan tahu sye nak tolong awak la. Tuhan kepala kauuuu. Aku tanya siapa nama bos, dye jawab VICKY STAPA. 1 Malaysia kenal siapa Vicky ni. Memang dye buat towing kereta. Sape giler Vicky Stapa ni? Aku search google keluar gamba² mamat mane tah. Takde pun biodata ke apa ke. Sah kene kencing terok aku ni. Tapi tak boleh nak buat apa sebab kunci kereta aku dye da pegang. Aku punya otak start function lewat daripada sepatutnya.

Da 30minit kami argue kat situ, dye ajak pegi bank untuk bayar RM300 tu. Aku kena duduk kat seat penumpang and dye drive. Kereta dye park tepi. Aku tak pernah duduk kat seat penumpang dalam kereta aku sendiri melainkan dengan rela hati. Dan aku tak pernah rela bagi mana² lelaki drive kereta aku sesuka hati sesedap kepala dye but HE DID. RUDE! Sampai kat bank petronas Kolej 10, aku withdraw duit then aku pegi kat kereta bahagian pemandu. Dye suro aku masuk untuk pergi tempat kejadian kami tadi. Dye nak amek kereta dye. Pantang aku orang nak pakai minyak kereta aku sesuka hati untuk kepentingan peribadi. Kereta aku pun berjalan untuk cari duit je. Aku sua duit kat dye then aku cakap, sekarang sye da bagi duit jadi sye nak bawak kereta ni. Ni kereta saya!

Dye cakap takyah², duduk kat seat penumpang biar dye je bawak. Aku tarik kunci kereta macam first time dye buat kat aku masa minta duit, aku cakap, ni kereta saya dan saya nak bawak. Awak duduk sebelah sana! Haa aku da tunjuk sikit taring aku. Otw pegi tempat dye park kereta aku tanya, kenapa tak bagi sye drive? Takut sye bawak pegi balai polis. Dye ketawa tapi macam teragak². Aku tahu nada dye macam takut tapi aku tanak risk myself. Mungkin tu rezeki kotor dye di pagi hari tu. Aku pun taktau kenapa aku tak bawak terus je pergi balai. Mungkin sebab aku pun keliru kesahihan dakwaan dye pasal kereta tu tak bayar interest. Abah aku pun macam keliru dgn ‘fact’ yang dye bagi tu. Nak tanya bank, haritu ahad. So abah aku hanya boleh dapatkan kepastian keesokan harinya.

Masa nak dropkan dye kat kereta dye, aku minta no fon. Dye dolak dalih cakap takde kredit la apa la. Aku try call dye ikut nombor yang dye bagi aku tapi nombor tu tak boleh dihubungi. Mungkin dah tamat talian. Nombor tu function kat whatsapp je. Damn, aku memang kena tipu teruk dalam keadaan aku sedar. Masa dye da blah tu baru la aku terfikir itu ini segala strategi keluar daripada otak aku. It was too late for it now..

Keesokan hari, 110618, abah aku pegi bank tanyakan tentang isu tarik kereta tu. Orang bank cakap..

-towing takkan berlaku pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am.

-orang tarik kereta akan datang sekali dengan trak towing.

-owner akan dapat surat amaran 2-3 kali jika lewat bayar ansurans sebelum kereta ditarik.

Jadi sah..aku ditipu. Aku pegi balai polis Serdang petang tu buat laporan itu ini. Kes aku bawah Unit Komersil tapi pegawai tu cakap kalau ikutkan cara keling gila tu dapatkan duit sepatutnya bawah Unit Jenayah sebab ada unsur peras ugut. Sebab, dye cakap kalau tak setel dengan dye, kereta tu kena tarik bawak ke rumah dye. Dan dye insist untuk aku bayar instead of tarik kereta tu. Dorang try detect nombor plat kereta yang dye pakai masa tahan aku tu, kereta tu ada laporan dicuri kat Cheras 9/6/18, a day before aku kena peras ugut. Biadap ke biadap perangai macam tu? Aku memang doa la spesis manusia ni hidup penuh kesulitan, tak tenang sampai dye pulangkan kereta tu pada owner dye. Sampai dye minta maaf kat aku sebab buat aku terlajak subuh pagi tu, little depress seharian tu. Duit yang dye dapat tu habis terus dalam sekelip mata. Biar jadi pengajaran kat dye, sebab amek hak orang siap yakin lagi yang Tuhan tau dye nak tolong aku. Tuhan dye tolong apa jadah? Tolong terbabaskan subuh aku.

So these are few precautions yang aku nak remind kat korang especially perempuan, orang muda, dan orang yang ada kenderaan tapi bukan dye yang buat pembayaran bulanan:

• Jangan lalu kat laluan sunyi sama ada malam atau awal pagi, masa² kenderaan tak penuh atas jalan lagi.

•Jangan bukak tingkap kereta waktu memandu seorang diri pada waktu malam atau awal pagi kat tempat sunyi. Silap aku, bukak tingkap pagi tu, buatkan orang luar nampak siapa yang memandu.

• Bila rasa keliru dan pelik dengan situasi tu, terus pergi ke balai polis terdekat atau hubungi je polis untuk datang buat rondaan kat situ. Aku disebabkan terlampau cuak dan slow function, jadi aku tak mampu nak fikir tentang polis apa sume tu bagai.

•Jangan berhenti even kereta kena himpit sampai la korang jumpa tempat yang ramai orang yang trusted dan boleh diminta tolong. Silap aku sebab terus berhenti bila dengar dye cakap nak tarik kereta. Da la sorang je mamat tu. Depan kilan logam tu, ada rumah pekerja asing kilang tu je. Apa la yang aku nak harap sangat daripada diorang. Silap hari bulan tragedi lain pulak menimpa. Na’uzubillah..

• Ambil tahu urusan bayar bulanan kereta even korang tak bayar kereta tu, mak ayah korang yang bayar. Kalau jadi kes macam ni, korang tak mudah² je percaya. Sebabkan aku terpercaya dengan lakonan keling gila yang maha dahsyat tu, aku pun jadi keliru betul ke tak abah aku ada miss bayar.

• Make sure kereta ada safety lock lagi² jenis yang selalu lupa nak lock kereta everytime masuk kereta. Aku rasa kereta aku pun nak kena buat after this.

• Baca ayat Qursi selalu supaya tak jadi perkara buruk kat kite sepanjang memandu dan kat luar rumah.

Moga jadi pengajaran buat yang lain. This is real story happened to me. I learnt a lot.

– AHMK

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit