Teguran Untuk Pusat Tahfiz

Assalamualaikumwarahmatullah…
Bismillahirohmanirrohim..
Terima kasih pada admin jika confession saya disiarkan.. Pertama sekali saya pohon ampun dan maaf kepada semua pihak jika coretan saya ini seolah-olah mengaibkan sesetgh pihak. Saya rasa medium inilah saluran yg betul utk saya lontarkan sedikit nasihat, pendapat, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya mintak tlg baca dengan minda yg positif. Saya tak tau kat mana lagi yang sesuai utk saya luahkan perkara ni. Benda dah lama semakin dibiarkan semakin parah.

Saya bukan warga IIUM, saya membesar di sebuah Pusat Tahfiz swasta selama lebih kurang 12 tahun, hafazan sepenuh masa. Kelmarin viral kes pelajar Tahfiz didera sehingga berjahit di bahagian kepala. Sedih menangis saya tgk gambar tu. Terkenang zaman belajar. Sebenarnya benda macam ni memang wujud dari zaman dulu lagi cuma dulu takda medium utk viralkan. Sebelum ni pun saya banyak mendengar banyak budak2 tahfiz didera di Pusat Tahfiz. Ok itu mungkin cara mereka didik pelajar mereka.

Pengalaman..12 tahun di Maahad Tahfiz… Saya tgk dan kena sendiri cukup buat saya trauma. Sedikit saya nak kongsikan yg lain2 biarlah menjadi memori. Saya pernah dirotan 15x hanya kerana tak wirid waktu solat sakitnya sampai seminggu tak leh angkat tangan demam.. masa tu saya baru 10 tahun. Budak2 10 tahun apa yang saya tahu waktu tu?? Saya trauma sampai waktu wirid solat saya macam benci benci nak wirid macam kena paksa.. Ini hanya secebis dari pengalaman2 saya yang lepas.

Utk semua pembaca saya hanya nak sedarkan Pusat Tahfiz yang bersifat mendera memang wujud (tapi tak semua). Kebanyakkan silibus pelajaran dari India dan Pakistan, cara mengajar Ustaz/Ustazah juga sama. Ustaz/Ustazah tidak maksum walaupun diorg hafal quran dan khatam quran dapat sanad lilit serban 12 kali. Itu tak semestinya diorg tak lari dari buat silap dan trlps godaan syaitan. Ustaz/Ustazah berhentilah sedarlah cara didikan begini tak kemana buat kami para pelajar bertambah benci nak belajar dan beramal dgn apa yg diajar.

Parents… kalau anak2 mengadu tlg take a note sikit. kadang2 kami bukannya terlalu manja cuma kami dah tak tahan didera. Ada kawan saya bila dh besar ni umur dh 20 thun lebib baru dpt tau matanya sebelah dah buta kesan dirotan dikepala 10 tahun yang lalu. Ada yang baru 20 terkena penyakit darah tinggi padahal background keluarga elok je. Bila fikir2 balik waktu belajar dipaksa makan garam saja sesudu kantin setiap kali gagal sebut huruf Ro.. dia berjaya sebut sampai sekrg tapi dk kena penyakit.. Parents.. anak2 yang masih muda tlg jangan hantar lagi keasrama baru2 ni sampai ke telinga saya budak 7 tahun dirotan sampai lembik kerana kencing tilam setiap hari. Umur 7 tahun??? memang menyusahkan guru dan senior.. itu belum bab pengurusan diri.. Ghairahnya parents nak jadikan anak seorang hafiz jangan sampai makan diri. Kecil2 dh dihantar ke Pusat Tahfiz mmg tak tau urus diri lagi susahkan pengurusan, guru dan senior last budak tu dijadikan tempat utk melempiaskan perasaan marah.. Bila besar penuh dendam maka lahirlah mat rempit dan “taikpit”. Harapan ibubapa anak jadi hafiz dah lain jadinya..

Ya.. jiwa mereka memberontak kanak2 seusia mereka masih bermain guli dan congkak mereka dirotan hari2 sampai bengkak2.. Ya.. mereka tak melawan..kerana diajar parut yg terkena rotan itu bercahaya diakhirat jika kita redho.

Pihak pengurusan sekolah tlglah pantau Ustaz/ Ustazah kadang2 parents bukan saja nak mengadu anak dah teruk sampai trauma tak kan nak biarkan lagi. Jangan sampai viral baru menunding jari salahkan salahkan sana sini. (Guru ganti konon.. guru ganti apa kalau dapat duduk di Quarters ngajar dari bujang sampai dah beranak pinak… ditujukan kepada pusat tahfiz yang berkenaan).

Ustaz/ustazah… berhentilah mendera pelajar.. ya.. pelajar sekrg tak sama macam hangpa dulu.. ketegaqnya.. menguji kesabaran sungguh tapi ingt balik utk apa kita mengajar?? Bukankah redho Allah itu tujuan.. Bukankah assunah itu jalannya? Mungkin saya tam berhak utk bercakap lebih sbb saya tak da pengalaman mengajar (pengalaman belajar membuatkan saya takut utk mengajar takut saya buat benda yg sama pada budak2 lain) ingat la pada hukuman Allah. Didik dengan baik selami jiwa kanak2 mereka banyakkan berdoa semoga Allah mudahkan urusan kalian.

Parents jgn hntr anak ketmpt yg jauh.. ziarah mereka sekurang-kurangnya seminggu sekali, periksa badan kalau depa balik rumah.. kdg2 sebelum balik cuti dah kena warning dgn Ustaz jgn tunjuk dkt mak.. nanti bla2…(doa keburukan). Jangan bila dh teruk baru nak menyesal.

Persatuan tahfiz, majlis agama, jakim, tlg pantau Pusat Tahfiz sedia ada.. sebolehnya periksa sekali mental gurunya. Orang yang berakal tak tergamak mencederakan walau binatang sekalipun apatah lagi anak orang. Sekali sekala buat la ceramah motivasi atau kemahiran sosial dan nilai sosial duit zakat banyak.. Peruntukkan utk perkembangan guru2 juga perlu jika mahu melahirkan generasi yang cemerlang. Tak semestinya untuk pembangunan madrasah saja. Pembangunan sahsiah guru dan pelajar juga perlu.

Akhir sekali mohon ampun dan maaf kepada semua pihak jika coretan ini trlalu membuka pekung didada.
Saya terima setiap teguran dan nasihat semua sebab saya juga tak lari dari buat silap. Mohon maaf sekali lagi.. Selamat Hari Raya..

misstulips65